Thursday, May 24, 2012

Anwar Bagi Tau... "Ada Ramai Lagi Staff Gani Patail Akan Ikut Saya.., Tunggu Masa Jer.."

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata bekas Peguamcara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden tentu mempunyai alasan kuat untuk mewakili beliau dalam kes berhubung perhimpunan BERSIH 3.0.

Anwar berkata tindakan tersebut membawa makna besar kepadanya kerana Yusof merupakan bekas pegawai kanan di Pejabat Peguam Negara.

"Tentu beliau ada alasan kuat dan kekuatan moral. Belum pernah dalam sejarah, Ketua Pendakwa selesai kes terus 'menyeberang'. Tentu ini memberi kekuatan kepada kes.

"Orang dalam kerajaan sedar bahawa kekotoran dalam kerajaan dia tidak ingin pertahan semua," kata Anwar ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Jalan Duta semalam.

Anwar juga berkata, ramai lagi rakan Yusof di Pejabat Peguam Negara yang mempunyai sikap yang sama.

Golongan berkenaan kini "menunggu masa untuk bersama saya," kata Anwar lagi.

No comments:

Post a Comment