Sunday, September 18, 2011

Cayalaaaahh..!! PM Hadir Konsert


Seramai 6000 penonton Konsert Suara Kami di Stadium Merdeka telah diberikan kejutan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut serta menyaksikan konsert tersebut, di sini, malam Sabtu.

Ketibaan Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah ke atas pentas konsert anjuran stesen televisyen berbayar, Astro itu mendapat sambutan hangat daripada para penonton yang terdiri daripada golongan muda itu.

Kata Najib, kehadirannya ke konsert itu dapat dimanfaatkan dengan mengenali para remaja yang jarang didekatinya itu dengan lebih dekat.

"Saya mahu menyertai generasi baru kita dan kenal mereka dengan lebih dekat,"ucap beliau yang hadir pada separuh masa konsert tersebut dijalankan.

Selepas ucapan ringkas itu, Najib turut merakamkan beberapa gambar para penonton untuk dimuatkan dalam akaun laman Twitter miliknya.

Kehadiran Najib pada konsert itu selepas menerima undangan khas daripada pengacara popular negara, Aznil Nawawi, menerusi Twitter.

3 comments:

  1. for anyone that listen to hitz.fm

    this tuesday there were Najib version of "Gotcha" segment,seriously its our prime minister doing a prank call

    gotta to listen to it :)

    ReplyDelete
  2. Takkan la disebabkan undi nak turun padang sampai macam menggalakkan generasi baru membuat maksiat?

    Konsert tu kan ada bercampur lelaki dan perempuan bukan mahram?

    ReplyDelete