Wednesday, September 21, 2011

Ape Aar Bodosnya Peguam Anwar Ibrahim TAK Tahu Bezakan Specialist Dengan Consultant…!!

Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Dr. Brian McDonald, adalah hanya seorang perunding dan bukannya seorang pelaku uji kaji yang dianggap pakar dalam bidangnya.

Kenyataan itu terdedah ketika hari kedua sesi pemeriksaan balas oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abdidin ke atas saksi keempat pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam sesi hari ini, Mohd Yusof bertanyakan Dr McDonald adakah beliau pernah membuat proses pengekstrakan DNA mengikut prosedur yang betul di makmalnya sendiri.

Dr McDonald menjawab beliau tidak mempunyai makmal dan tidak perlu melakukan ujian tersebut kerana beliau hanya seorang perunding.

Perunding dari Australia itu dalam keterangannya sebelum ini pernah mempertikaikan kaedah dua orang pakar kimia tempatan, Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon yang didakwanya tidak mengikuti beberapa garis panduan makmal untuk proses pengekstrakan DNA.

Mohd Yusof dalam mahkamah hari ini bertanya kepada McDonald sama ada beliau telah membuat tuduhan bahawa prosedur yang dilakukan oleh Dr Seah tidak sempurna.

McDonald menjawab uji kaji yang dilakukan Dr Seah betul, tetapi katanya Dr Seah tidak melakukan beberapa prosedur tertentu untuk memisahkan sel.

No comments:

Post a Comment