Wednesday, September 14, 2011

Weii.., U oLz Percaya Ker Abg Mat Sabu Lambung Suka Membaca...?


Halamak Ai!!! Yang wartawan ni pun satu hal. Ada ke soalan itu yang ditanya kepada Si Mat Syabun Komunis Penipu ni.

Tanya dia pasal buku, dia mana la tau. Dia bukan tau membaca pun. Itu pasal la dia main ikut suka hati dia je sebut cerita pasal Komunis ni hari tu.

Kalau dia bagi ceramah mengikut fakta yang sebenar, tak de la dia nak mempertikaikan pasal tragedi Bukit Kepong dalam ceramah dia tempoh hari.

Tak mungkin dia akan angkat perjuang Komunis yang dah membunuh anggota - anggota Keselamatan serta keluarga mereka yang terkorban tu sebagai Hero.

Dan, jika Si Mat Syabun ni pandai baca buku, buat apa lagi Gerakan nak tawar dia biasiswa untuk bantu dia belajar pasal Sejarah.

Sebabkan dia tak pandai membaca jugak la yang dia boleh 'hentam' berkhalwat dengan bini orang ikut suka dia je dulu. Lepas tu, sekarang tak nak mengaku la pulak.

Sampaikan dia sendiri tak tau yang mana satu Land Rover dan yang mana satu kereta Waja sewaktu membuat dakwaan terhadap Polis dalam isu Bersih tempoh hari.

Apa yang Si Mat Syabun ni tau buat ialah bercakap dengan menggunakan Kepala Lutut dia je. Jadi tak heran sangat la kalau dia asyik lupa apa yang dia sendiri katakan sebelum ini!!!

Taken from
Blogger Semut Hitam

KOTA BHARU 13 Sept. - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu 'gagal' untuk mengemukakan judul buku yang dirujuknya bagi membuktikan bahawa Muhamad Indera yang mengepalai serangan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong 61 tahun lalu adalah pejuang kemerdekaan.

Mohamad atau Mat Sabu sebaliknya menyatakan secara umum buku-buku yang dibacanya sebelum membuat kesimpulan bahawa sejarah negara perlu ditulis semula dengan memasukkan tokoh-tokoh pejuang kiri ketika ditanya seorang lelaki yang mengaku ahli Pas dari Pasir Puteh pada Forum Rakyat di di Dataran Stadium Sultan Mohamed Ke-IV di sini malam tadi.

"Saya baca banyak buku, tulisan Salman Rushdi, (Tun) Dr. Mahathir Mohamad, Tunku Abdul
Rahman, Chin Peng dan Shamsiah Fakeh, semuanya saya baca dan kemudian kita timbang secara waras.

Jangan takut untuk membaca apa saja jenis buku kalau kita berpegang pada dasar Islam," katanya ketika menjawab soalan mengenai buku yang dirujuknya sehingga mencetuskan fenomena Mat Indera sebagai pejuang merdeka.

No comments:

Post a Comment