Thursday, September 1, 2011

Hampeh..! U oLz Baca Nie, Bila Hishamuddin Semakin Penakut, Mat Sabu Lambung Pun Semakin Banyak Lemak...

Kerajaan tidak boleh terperangkap dalam mengenakan tindakan ke atas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu berhubung kenyataan menghina pejuang kemerdekaan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sebarang tindakan ke atas Mat Sabu akan diambil mengikut lunas undang-undang dan perlu mengelak sehinggakan mendatangkan simpati kepada beliau.

"Apa jua tindakan yang kita ambil mestilah mengikut keadaan dan suasana serta pertimbangan tuan punya badan (Mat Sabu) yang melakukannya (membuat kenyataan)," katanya selepas menghadiri sambutan Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana di sini hari ini.

Hishammuddin percaya apa yang disebut oleh Mat Sabu itu adalah satu provokasi politik yang lahir daripada pemikiran sempit dan bertujuan untuk melihat reaksi kerajaan.

Begitu pun kata beliau, Mat Sabu tidak wajar menyentuh mengenai perjuangan tokoh kemerdekaan sehingga mendatangkan rasa marah dan meluat orang ramai yang sedar mengenai kebenaran sejarah.

"Kalau orang lain boleh berasa marah, bayangkan keadaan saya sendiri sebagai cucu kepada Dato' Onn Jaafar serta seluruh ahli keluarga Tunku Abdul Rahman?" soalnya.

1 comment:

  1. kalaulah Almarhumm Dato' Onn dan bapa beliau Almarhum Tun Hussein Onn masih hidup, mahu diseligi, maki hamun dan diketuk ketampi si hishammuddin kerospondan udin nih! memalukan nama keturunan jer! tak dak teloq!

    ds najib, gugurkan saja menteri kdn paling takdak teloq dalam sejarah Malaysia ni!

    ReplyDelete