Sunday, September 11, 2011

Kris Dayanti Ceritakan Hal Dalam Kelambu...!!

BERAPA tahun lalu Kris Dayanti (KD) menulis sebuah buku biografinya. Buku itu bukan saja menceritakan perihal dunia nyanyian malah hal-hal yang sangat peribadi. KD mendedahkan hal-hal dalam kelambu bersama Anang ketika itu menjadi suaminya. Pendek kata, itu bukan buku biografi tapi buku seks KD.

Walaupun KD mendedahkan moralnya yang buruk dalam buku itu tapi dia terus dipuja. Peminat termasuk di negara ini tidak rasa jijik menyanjung makhluk perosak seperti ini. Ini memberi peluang KD mengaut kekayaan hasil menjual virus sosial. Banyak artis kita bermimpi mahu menjadi KD. Maka apabila KD berperangai buruk, apa salahnya kalau mereka juga berbuat begitu.

Maka apabila Siti terbaca KD mengandung anak luar nikah dengan Raul, Siti tak terkejut. Tapi Siti bimbang ini menjadi ikutan kepada artis kita dan juga peminat. KD berbangga mengandung anak luar nikah. Pandai pula kata anak dalam kandungan itu tak bersalah. Lalu semua orang (kecuali Siti) menerima gaya hidup yang dibawa KD. Dia sedikit pun tak rasa bersalah malah memperagakan anaknya kepada media.

Artis seperti KD yang berada dalam lingkungan agama, budaya dan sosial yang sama dengan kita. Dia bukan Elizabeth Taylor yang terpisah lingkaran agama, budaya dan sosial dengan kita. Kerana itu pelanggaran moral yang dilakukan amat menyinggung kita. Lalu sewajarnya KD dihukum.

Dia dikenakan hukuman sosial, salah satunya dengan memulaukan semua yang berkaitan dengan penyanyi ini. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. KD terus dipuja. Lalu, apa yang nak dihairankan anak luar nikah bertambah dengan mendadak, KD pun melahirkan anak luar nikah juga dan terus dipuja. Malah KD lebih popular selepas mengumumkan kandungannya anak luar nikah.

Peminat-peminat menjadi mangsa virus sosial yang dibawa KD. Siti belum terbaca satu pun kritikan terhadap KD, puji-pujian banyaklah. Minta maaflah kerana Siti tak nak bersekongkol dengan perosak seperti KD. Tapi ada kalangan artis kita kalau boleh berkepit dengan KD, rasa bangga sampai lupa dunia. Selepas ini bolehlah KD beritahu dunia tentang berkatnya anak luar nikah itu dan kita menerima sambil ternganga.

Tapi apa boleh buat, KD bersin di Timur Leste pun peminat sini dah bagai nak gila simpatinya. Sewajarnya makhluk perosak moral seperti ini diharamkan sama sekali untuk membuat persembahan di negara ini.

Tapi Siti pasti tak ada pihak yang berani berbuat begitu. Sebaliknya kita hamparkan permaidani merah untuk menyambut KD perosak moral ini. Tak percaya, tengoklah. Kecil tapak tangan, Stadium Nasional Bukit Jalil kita tadahkan.


Siti Jarum - Mingguan Malaysia

No comments:

Post a Comment