Monday, September 19, 2011

Fasha Sanda Tak Akan Lelong Seluar Dalam


Barisan artis-artis popular tanah air akan berhimpun untuk melelong barangan peribadi masing-masing bagi membantu Amir Shah Osman, 54, iaitu suami kepada wartawan hiburan Harian Metro, RamlahZainal yang menghidap penyakit hati.

Amir Shah memerlukan peruntukan kewangan lebih RM100,00 bagi tujuan pemindahan hati yang perlu dilakukan di India dalam waktu terdekat.

Majlis yang berkonsepkan “berhibur sambil beramal” itu akan diadakan di ruang legar syarikat akhbar New Straits Times Press (M) Bhd, (NSTP) Jalan Riong, Bangsar, dekat sini bermula pukul 12 tengah hari sehingga 7 malam, pada Sabtu.

Antara artis yang dijangka hadir untuk acara itu ialah Intan Ladyana, Shaheizy Sam, Fasha Sandha, Alyah, Yana Shamsudin, Eja dan Fahrin Ahmad.

No comments:

Post a Comment