Tuesday, September 20, 2011

What's Up Bro..? Yb Tony Pua & Yb Pakatan Pening Plak Dah Bila Datuk Sri Najib "Cool"

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) telah mengakui bahawa 'make over' imej terbaru Datuk Seri Najib Tun Razak boleh menimbulkan ancaman buat mereka…!

Najib yang mahu watak "cool" mendekati golongan pertengahan umur juga boleh memberikan Pakatan suatu tekanan mengekalkan sokongan yang selama ini tidak berpihak kepada Perdana Menteri.

YAB Datuk Sri Najib dilihat telah meningkatkan keyakinan pengundi bahawa reform terbaru Perdana Menteri "bukan substantif", "bersifat kosmetik " dan benar benar memberikan tekanan untuk pembangkang.

"Ia adalah pasti bahawa Najib akan berjaya sapu bersih porla pengundi muda, dan melihat daripada usaha yang bersungguh sungguh ini…, there is no question that it is a threat to PR’s attempt to win in the next general election " kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua memberitahu The Malaysian Insider.

"Beliau (Najib) bergerak ke arah pembaharuan, beliau telah mansuhkan ISA, dan walaupun ini adalah apa yang pembangkang desak selama ini…, namun ianya memberikan kelebihan buat Najib dan keadaan ini akan membuatkan golongan atas pagar cenderung kepada BN…" kata PAS MP Mujahid Yusof Rawa.

1 comment:

  1. Cool cool jugak. Tapi PM jangan lupa dia juga Presiden UMNO, mana nak bela orang melayu.... Nampak semua yang ada 1Malaysia menyebelahi bangsa lain. Jangan nanti semua orang melayu tidak mahu keluar mengundi. Ialah PAS macam haram, UMNO macam sarkis. Ada TERAJU, letak menteri yang jaga terkenal dengan songlap nya. Fikir-fikirkanlah PM ku.

    ReplyDelete