Saturday, September 3, 2011

Mat Sabu Lambung TAK Bohong Fakta Kisah Mat Indera... Jom Baca Nie!

Foto Mat Indera(3 dari kiri) bersama kawan-kawan sekolah Melayu

Muhammad (Ahmad) bin Indera atau lebih dikenali sebagai Mat (Muhammad) Indera merupakan salah seorang pemimpin rakyat. Tiada jalan lain ,hanya PKM yang berada di bawah perintah Chin Peng menentang Inggeris, untuk bersama -sama menghadapi Iggeris.

Jadi beliau bertahaluf siasi bersama PKM. Dia menjadi terkenal kerana memimpin serangan terhadap pihak Polis dalam peristiwa Bukit Kepong.

Ahmad bin Indera dikatakan salah seorang daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela, Pahlawan Siak Seri Inderapura yang pernah menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.


Beliau dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor. Ahmad bin Indera mendapat pendidikan awal di sekolah agama sehingga tahun 1937. Seorang Hafiz Quran. Dapat tauliah untuk mrngajar agama.Dia kemudian pernah berkhidmat sebagai seorang guru agama di Sekolah Agama Parit Setongkat, Muar.

Ahmad bin Indera kemudiannya terbabit dalam politik apabila menyertai ahli sayap pemuda Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dengan matlamat membebaskan tanah air daripada penjajahan Inggeris.

Apabila Parti Kebangsaan Melayu Malaya diharamkan, Ahmad bin Indera telah bertindak menyertai pergerakan gerila komunis di dalam hutan, kemungkinannya terpengaruh dengan perjuangan Indonesia menentang Belanda.

Beliau bergerak cergas di sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris. Dia mengetuai pergerakan komunis dibahagian selatan yang merangkumi daerah Muar, Batu Pahat, Segamat dan Melaka.

Akibat dari peristiwa itu, pihak Inggeris menawarkan $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan Muhammad Indera. Pada 14 Oktober 1952, Muhammad Indera telah diperangkap oleh anggota Cawangan Khas Batu Pahat dalam satu perjumpaan di Kampung Seri Medan, dan beliau ditangkap.

Muhammad Indera kemudiannya menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di penjara Taiping. Keesokan hari, mayatnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.

Fitnah oleh blog pro Pakatan, please click here

No comments:

Post a Comment