Seorang penarik kereta yang sedang menjamu selera bersama tiga rakannya di sebuah restoran mati ditembak oleh dua lelaki sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal dekat Taman AST di sini, tengah malam Khamis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner (ACP) Hamdan Majid berkata dalam kejadian pukul 12.15 tengah malam itu, mangsa P, Vickneswaran, 33,dari Rasah di sini maut di tempat kejadian selepas ditembak dari jarak dekat.
Katanya mangsa terkena empat das peluru yang menembusi kepala dan badannya manakala seorang lagi rakannya mengalami kecederaan kaki selepas dipercayai terkena peluru sesat.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner (ACP) Hamdan Majid berkata dalam kejadian pukul 12.15 tengah malam itu, mangsa P, Vickneswaran, 33,dari Rasah di sini maut di tempat kejadian selepas ditembak dari jarak dekat.
"Ketika mereka sedang makan, tiba-tiba dua lelaki yang menaiki motosikal kapcai jenis Honda EX5 menghampiri kedai makan itu sebelum seorang daripada mereka meluru ke arah mangsa dan melepaskan beberapa das tembakan sebelum melarikan diri," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontingen Negeri di sini Jumaat.
Katanya rakannya yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Seremban untuk mendapatkan rawatan.
Hamdan berkata motif pembunuhan mangsa masih disiasat tetapi tidak menolak kemungkinan kejadian itu disebabkan dendam.
Polis sudah melancarkan gerakan memburu kedua-dua suspek yang berbadan kurus dan tinggi serta bermisai nipis, katanya. – BERNAMA
Tak kesian pun .... padan muka "Buku bertemu ruas" ....sama-sama samseng
ReplyDelete