Friday, September 16, 2011
Akhirnya..., JUSTICE For Adik Aminulrasyid...! Dia Bukan Penjenayah..., Bukan Perompak...!
Anggota polis, Koperal Jenain Subi dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian seorang pelajar tingkatan tiga, Aminulrasyid Amzah yang ditembak di kepala pada April tahun lalu.
Hakim Latifah Mohd. Tahar memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa tertuduh dan dua saksi yang dipanggil bagi pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu.
Beliau bagaimanapun membenarkan hukuman penjara ke atas Jenain ditangguhkan sehingga rayuannya selesai didengar dan diputuskan dengan jumlah jaminan RM10,000 yang dikenakan sebelum ini dikekalkan.
Sementara itu, ibu Aminulrasyid Amzah, Norsiah Mohamad, hari ini melahirkan rasa syukur kerana nasib anaknya yang ditembak mati akhirnya terbela selepas anggota polis yang bertanggungjawab dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini.
Dia bagaimanapun mengesa pihak polis membersihkan nama baik remaja berusia 15 tahun itu itu dengan menarik balik kenyataan dan tuduhan bahawa anak bongsunya seorang perompak dan penjenayah.
''Saya cuma mahu bersihkan nama Arwah. Dia bukan penjenayah. Polis yang labelkan dia penjenayah dan penyamun. Tolong bersihkan nama anak saya. Itu yang saya minta,'' katanya kepada pemberita di luar Mahkamah Sesyen di sini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Moral dari kejadian ini kita sbgai ibu-bapa perlu ambil iktibar. Pantau anak2 kita...apa lagi umur semuda itu bila keluar tengah malam dan memandu tanpa lesen. Satu nyawa melayang secara sia-sia
ReplyDeletekepada semua anggota polis.....lepas ini berhati2 lah ketika jalankan tugas!kalau dapati kereta dlm keadaan mencurigakan, tak payah nak kejar2 dan lepaskan tembakan utk tujuan pencegahan...sia2 je masuk penjara!!!anak bini yg merana....
ReplyDelete