Thursday, December 8, 2011

Isshh...!! Tak Percayer La Anwar Ibrahim Tu Berani....

Puak-puak pembangkang dikhabarkan telah merancang untuk mengadakan satu debat diantara DS Najib dan juga Ketua Umum Pakatan, Anwar Ibrahim. Kata mereka, tujuan debat tersebut ialah untuk mendapatkan penjelasan tentang kebebasan Akademik dalam negara.

Selain itu, debat tersebut bertujuan untuk melihat bagaimana kebebasan Akademik dapat membentuk pelajar serta Mahasiswa lebih baik.

Ia sekaligus dikatakan dapat menyelesaikan segala permasalahan yang timbul akibat dari desakan pelajar untuk menceburi politik.

Kalau melihatkan tujuan debat yang dirancangkan itu, nampak memang baik niatnya. Tapi rasanya kalau debat mengenai Akademik ini, tak perlu DS Najib yang menjadi pemidatonya.

Wajar tugas berdebat mengenai isu tersebut diberikan kepada Menteri Pengajian Tinggi kerana beliau lebih arif.

Apa perlunya Perdana Menteri berdebat mengenai isu tersebut jika beliau selama ini mempunyai barisan pemimpin yang dipertanggung jawabkan menangani hal ehwal berkenaan didalam negara? Perlukah DS Najib mengikut rentak pembangkang hanya kerana mereka mahukan populariti mudah?

Mungkin pemimpin pembangkang serta pengikutnya akan menuduh Perdana Menteri sebagai penakut kerana menolak tawaran debat dari mereka. Namun yang sebenar penakutnya ialah pembangkang sendiri kerana melakukan sesuatu perkara yang tak menguntungkan negara.

Lagipun, bagaimanakah mereka yakin Anwar akan berani berhadapan dengan DS Najib untuk berdebat? Takkan lah pihak pembangkang tak menyedari bahawa Anwar amat terkenal dengan sikap penakutnya selama ini?

Kalau hendak bersumpah di masjid dan mengangkat sumpah di Mahkamah pun Anwar tak berani, sanggupkah dia bersedia untuk berdebat dengan Perdana Menteri?

Silap-silap haribulan, Anwar akan sekali lagi lari menyorok di Kedutaan Turki sebagaimana yang dilakukan di awal kes Saiful Bukhari dahulu.

Satu nasihat buat Anwar serta pengikut-pengikutnya.., daripada sibuk-sibuk hendak berdebat dengan DS Najib, lebih elok rasanya mereka pergi berdebat dengan rakyat di negeri-negeri jajahan Pakatan.

Rakyat disana tertunggu-tunggu bilakah janji-janji manis Pakatan pada PRU12 dahulu hendak ditunaikan.

Tak perlulah puak-puak nak berdebat atau mengadakan segala macam cabaran yang bertujuan membuang masa pemimpin kerajaan. Jangan ingat rakyat tak tahu, Anwar dan pembangkang sengaja mahu mencari populariti murahan dan sengaja nak cari glamour masuk TV dan akhbar.

Inilah jadinya kalau dapat Ketua pembangkang yang malas nak buat kerja. Asyik nak cari jalan mudah untuk terkenal dan popular tanpa mahu bersusah payah. Cuba bayangkan kalau mereka ini diberikan peluang untuk mentadbir negara.., hancur jadinya Malaysia!!

myKMU.net

1 comment:

  1. Lawyer Lydia
    Salam Hormat

    Terima Kasih kerana membawa cerita ini.

    Walauapapun, Orang Johor yang beruntung!
    Selalunya, orang yang tak berani hanya berani dengan mereka yang lagi tak berani berbanding mereka. Apa betulkah begitu, Lawyer Lydia?

    Terima Kasih dan Salam Hormat

    ReplyDelete