Thursday, December 29, 2011

Nik Aziz: Boleh Ambil BR1M, Tapi Undi 'Bulan'

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta rakyat Kelantan agar jangan menolak Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 yang diberikan oleh kerajaan persekutuan.

"Apa yang diumumkan oleh (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Tun Razak) (bantuan) sebanyak RM500 itu, saya minta rakyat terima.

"Yang gantung (kain rentang) tu mengarut sahaja...nak bagi berapa pun ambil tapi bila mengundi, undi bulan," katanya sambil menafikan beliau ada kaitan dengan tindakan pihak tertentu yang menggantung kain rentang yang tertera gambarnya dan kenyataan bahawa pemberian sebanyak RM500 itu adalah haram.

Pihak tidak bertanggungjawab yang mengantung kain rentang itu berbuat demikian kerana kecewa, katanya kepada pemberita semasa meninjau hakisan akibat ombak besar di kawasan pantai di Bachok, semalam.

No comments:

Post a Comment