Monday, December 26, 2011

Life Goes On...! That's The Way Kak Ijat.... Mmmuaahhh...!!

Pergerakan Wanita UMNO diingatkan supaya tidak mengamalkan pilih kasih dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, sikap 'pilih bulu' perlu dihindari dalam usaha UMNO memenangi hati rakyat.

Katanya, setiap aktiviti itu perlu diselaraskan dengan Wanita Barisan Nasional (BN) dalam memastikan setiap hasrat rakyat dipenuhi tanpa mengira fahaman politik, kaum dan agama.

"Wanita UMNO jangan hanya mendekati masyarakat Melayu sahaja malah perlu turun padang bertemu dengan kaum lain selaras hasrat kerajaan dalam gagasan 1Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Pemantapan Gerak Kerja Pilihan Raya Wanita BN Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Menurut Shahrizat, Wanita UMNO sama ada di cawangan atau bahagian juga diminta menganjurkan pelbagai program kemasyarakatan yang boleh disertai semua lapisan masyarakat tidak kira kaum dan agama.

"Visi kita adalah untuk mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat tidak kira latar belakang kaum dan agama kerana setiap rakyat mempunyai hak untuk mendapat perkhidmatan yang terbaik," katanya

No comments:

Post a Comment