Thursday, December 22, 2011

Datuk Seri Dr Khir Toyo Akan Buat "Come Back" PRU ke 13...??

Kes perbicaraan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo memasuki fasa terakhir apabila kedua-dua belah pihak Peguam Bela dan Pendakwaraya menutup hujahan kes mereka Isnin lalu.

Jumaat ini, bersamaan 23 Disember 2011, Hakim Datuk Wira Mokhtarudin akan membuat keputusan sama untuk menyabitkan Khir Toyo dengan pertuduhan tersebut atau membebaskannya...

Dr Mohamad Khir dituduh mendapatkan satu barangan berharga bagi dirinya dan isteri dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui Pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, yang beliau ketahui mempunyai hubungan rasmi dengannya, pada harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Pada hari Jumaat ini, Hakim Datuk Wira Mokhtarudin Baki akan membuat keputusan mengenai kes ini. Berdasarkan hujahan pendakwaraya dan peguam bela, Hakim mungkin perlu memutuskan beberapa perkara berikut:

1. Apakah nilaian sebenar hartanah berserta rumah yang tidak siap pada 2007 itu sama dengan harga pembelian pada 2004 sebanyak RM 6.5 juta. Ini kerana pertuduhan tersebut dengan jelas menyatakan Dr. Khir memberi balasan yang kurang berbanding harga RM 6.5 juta.

2. Yang mana satu pilihan hakim dalam menentukan harga hartanah tersebut pada 2007 sama ada nilai pembelian, nilai oleh Rahim and Co atau nilai oleh TransAsia.

3. Jika hakim menerima nilai pembelian tersebut sebagai nilai struktur rumah tidak siap yang dibeli oleh tertuduh pada 2007, Hakim perlu membuat keputusan sama ada tertuduh mempunyai pengetahuan mengenai harga hartanah tersebut bernilai RM 6.5 juta.

4. Untuk menentukan sama ada tertuduh mempunyai pengetahuan ini, Hakim perlu membuat keputusan sama ada untuk menerima atau tidak keterangan SP2 dan SP 3. Hakim juga perlu memutuskan apakah kenyataan-kenyataan SP2 dan SP3 boleh diterima sebagai satu saksi yang suci dan melampaui keraguan munasabah. Ini kerana pertuduhan terhadap Dr Mohamad Khir bergantung kepada kenyataan-kenyataan SP2. Jika kedua-dua ini diterima oleh Hakim, maka Dr. Mohamad Khir akan disabitkan kesalahan.

5. Jika hakim menerima penilaian Trans-Asia, Dr. Mohamad Khir mungkin dibebaskan berdasarkan kenyataan SP2 sendiri bahawa beliau tidak pernah memaklumkan kepada tertuduh mengenai laporan ini.

6. Jika Hakim menerima laporan Rahim and Co, bermakna tertuduh harus dibebaskan walaupun pendakwaraya mendakwa SP2 terpaksa menjual kepada tertuduh. Ini kerana tertuduh mendapat barangan tersebut dengan memberi balasan yang setimpal. Dakwaan SP2 terpaksa menjual juga tidak dapat diterima kerana SP2 mengaku di dalam Mahkamah bahawa beliau yang menawarkan untuk menjual kepada tertuduh.

Read more..., please click here

2 comments:

  1. Lawyer Lydia
    Salam Hormat

    Pertanyaan yang tak perlu mengganggu fikiran Yg Arif:

    i. mengapa tanah Ditamas itu dijual kepada tertuduh?

    ii. bagaimana kedudukan lapuran kewangan Ditamas dan prestasi syarikat selepas penjualan tanah tersebut?

    Maaf kita kurang arif dengan kasus ini dan kurang minat pun kecuali kerana:

    Asked why it had taken so long for the case to be brought to court, Gani said a very detailed investigation had to be done into how the land was obtained and transacted.

    “A piece of land being bought cheaper does not automatically mean an offence has been committed.

    “MACC had to check every detail to make sure the case was not flimsy,”

    http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/12/7/nation/7572422&sec=nation

    Yang lebih utama adalah MACC yang sedang diteliti dan dinilai. Sekiranya MACC 'kalah kes' sewajibnya MACC diteliti dan dinilai dengan lebih mendalam. Anda setuju, Lawyer Lydia?

    Sekian.

    ReplyDelete
  2. nak tanya, bukan beliau dah pulangkan ke darjah kebesaran die, kiranya die da bukan datuk seri lg la kn?

    http://pendapatniaga.blogspot.com/2011/12/please-start-business-in-your-area.html

    ReplyDelete