Sunday, December 11, 2011

Anwar Ibrahim Boleh Jadi Sasau...!!

Kerajaan yakin peruntukan RM2.6 bilion untuk 5.2 juta ketua isi rumah yang layak memohon program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah mencukupi, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Bagaimanapun beliau berkata sekiranya jumlah pemohon yang layak melebihi jumlah 5.2 juta, kerajaan sedia menambah peruntukan bagi memastikan kebajikan rakyat dijaga.

Menurutnya, jumlah isi rumah yang layak itu diperolehi daripada pangkalan data Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan permohonan akan dirujuk semula antaranya melalui semakan pihak Bank Negara Malaysia (BNM).

"Kerja memproses (permohonan) akan dibuat secepat mungkin secara dalam talian kerana mahukan sasaran awal mengagihkan bantuan ini dibuat pertengahan Januari 2012 mengikut jadual," katanya kepada pemberita selepas melancarkan BR1M di Dewan Komuniti 1Malaysia, Chemor dekat sini Sabtu.

Ahmad Husni berkata kumpulan sasaran terdiri mereka yang berpendapatan kurang RM3,000 bagi satu isi rumah dengan ramai tanggungan, warga emas berumur 60 tahun ke atas dan anggota keluarga berdaftar di bawah program eKasih.

Lu Fikir La Sendiri....!!!

Blog Putra Merdeka

No comments:

Post a Comment