Friday, December 23, 2011

Nak Pastikan Anwar Ibrahim Didapati Bersalah, Datuk Seri Dr Khir Pulak Jadik Galang Gantinya..., Kesian Datin Seri Zaharah..!

Berkubur sudah karier politik mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo apabila pagi ini bertempat di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Hakim Datuk Mohtaruddin Baki memutuskan Dr Khir bersalah atas tuduhan rasuah melibatkan pembelian dua lot tanah dan sebuah rumah di Seksyen 7, Shah Alam pada Mei 2007.

Mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa hari ini, serta memerintahkan harta terbabit [rumah banglo tersebut] dilucutkan hak kepada kerajaan Malaysia...!

Hukuman penjara itu dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkuat kuasa mulai hari.

Perintah melucuthak harta tersebut pula dibuat mengikut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997.

TWO IN ONE...? Dua Dalam Satu....?? Hukuman keatas mantan MB Selangor itu boleh diambil dari dua akta dan kanun yang berbeza...?

Nampaknya bersungguh sungguh hukuman yang mahu dijatuhkan kebahu Dr Khir Toyo....!

Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Mohtaruddin Baki berkata hukuman yang berat adalah perlu kerana dalam kes-kes yang melibatkan kepentingan awam dan swasta, kepentingan awam perlu diberi keutamaan.

Bagaimanapun, Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut.

Dr Khir berkata beliau akan merayu keputusan mahkamah hari ini yang menjatuhi hukuman penjara setahun ke atasnya seleas mendapatinya bersalah atas tuduhan rasuah.

Peguamnya, M Athimulan memberi gambaran bahawa notis rayuan itu akan difailkan petang ini. Baca semula ulasan asas pembelaan kes ini, klik sini.

Dr Khir Toyo berkata beliau akan membuat pengumuman berhubung masa depan politiknya pada 9 Januari depan, bagaimanapun tidak memberikan sebab beliau memilih tarikh berkenaan.

Tarikh 9 Januari dijadualkan untuk Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan perbicaraan kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Blog MIK

1 comment:

  1. Lawyer Lydia
    Salam Hormat

    Qisti O Qisti Di Mana Dikau?
    (menuju ke kehancuran mahkamah)

    Semestinya tetapi biarlah kita katakan kepala cerita posting ini hanya mendekati hina mahkamah.

    Lawyer Lydia, apakah kebarangkaliannya nanti berlaku 'keguguran keadilan' (miscarriage of justice) dalam kasus yang penting dan bermula berlaku kehancuran mahkamah adalah bermusababkan apabila tiada tindakan betul dan tepat pada waktunya diambil terhadap perilaku menghina mahkamah yang telah terang-terang berlaku yang sepatutnya telah melahirkan perbicaraan tidak sah(mistrial) dalam perbicaraan mahkamah negara lebih-lebih lagi dalam kasus-kasus besar dan penting yang berpunca apabila Eksekutif menodai Kehakiman. Apakah anda setuju, Lawyer Lydia?

    Namun di tahanair kita yang bertuah ini 'justice took its course and justice was served', kata saya. Kata anda bagaimana, Lawyer Lydia?

    Yang menghacurkan UMNO adalah ahli-ahlinya sendiri yang jahil undang-undang dan pemimpin yang membiarkannya dalam sedar. Apa Lawyer Lydia setuju?

    Biarkanlah ianya begitu berserta keluhan marhaen - Qisti o Qisti how sweet is thy lips and thy eyes lovely and wise like thy mother's.

    Sekian

    ReplyDelete