Wednesday, December 7, 2011

Dah Lebih 50 Kali Tangguh...!!

Atas permintaan peguam Anwar Ibrahim, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersetuju menangguhkan penggulungan kes kepada 12 dan 13 Dis sebagai tarikh baru penggulungan akhir dalam kes liwat membabitkan penasihat PKR itu.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh baru itu selepas menemui pihak pendakwaan dan pembelaan di kamarnya Selasa setelah peguam yang mengetuai pihak pembelaan, Karpal Singh menulis kepada mahkamah memohon perkara itu ditangguhkan ke Isnin ini.

Karpal ketika ditemui di kompleks mahkamah itu berkata Mohamad Zabidin telah melapangkan tarikh 8 dan 9 Dis yang ditetapkan sebelum ini.

"Hakim membenarkan permohonan kami selepas bantahan keras pihak pendakwaan di mana Timbalan Pendakwa Raya Wong (Wong Keng Kiat) menegaskan bahawa masa yang diberikan mencukupi untuk pihak pembelaan dan tiada alasan kukuh untuk pelanjutan," kata Karpal Singh.

Untuk rekod kes liwat Anwar ini sudah tertangguh lebih 50 kali dalam jangka masa tiga tahun.

Macam-macam alasan digunakan untuk tangguh kes, termasuk kali ini, pihak pembelaan memerlukan lebih masa terutamanya untuk menyediakan transkrip nota perbicaraan membabitkan dua saksi pakar dari Australia iaitu pakar DNA Dr Brian Leslie McDonald dan pakar forensik Dr David Lawrence Noel Wells.

Ini merupakan tarikh ketiga yang ditetapkan mahkamah, selepas tarikh asal pada 23 dan 24 Nov setelah pembelaan memohon lanjutan masa bagi memfailkan hujahan selepas mereka menyatakan tidak dapat menyiapkan transkrip nota perbicaraan.

2 comments:

  1. Salam tuan,
    Mohon izin utk lionkkan blog saya di sini. Blog tuan telah saya linkkan di blog 1 saya. Moga kita boleh bertukar maklumat, terima kasih dan selamat berjuang.

    # Link blog saya :httphttp://ibm-akusayangumno.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Lawyer Lydia,
    Salam Hormat

    Ini hanya pendapat peribadi: Walaupun masyarakat Islam majmuk tidak menyukainya Anwar menang cara mana pun; sumpah akan makan diri yang bersumpah kalau tak betul - 'rotten meat' hidup (living dead)

    Zaman sudah berubah agaknya.
    Katakanlah ianya logik yang aneh tetapi cerita ini bersangkut dengan posting anda:

    i. (http://www.bbc.co.uk/news/world-us-canada-16062937)
    Hillary Clinton declares 'gay rights are human rights'

    ii. (http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-16014663)
    Australia's governing Labor party backs gay marriage

    Persoalannya, adakah yang si-saiful itu pengamal Seksualiti Merdeka?

    Maaf.

    ReplyDelete