Saturday, December 24, 2011

Pas Dah Rosak Dah.....

Perbalahan terbuka antara bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan beberapa pemimpin kanan parti itu khususnya mengenai dakwaan beliau bahawa Pas telah tergelincir daripada landasan perjuangannya, bukan satu isu kecil buat parti itu.

Ramai anggota Pas sebenarnya tidak menyukai dasar baru Pas untuk mewujudkan sebuah “negara berkebajikan” kerana ia menyimpang daripada perjuangan asalnya untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

Suara Hasan dilihat bukan bersendirian, malahan mewakili sebahagian suara-suara penyokong akar umbi, yang melihat sejak kebelakangan ini parti itu lebih banyak tunduk kepada rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Saya mempunyai fakta dan bukti bahawa masyarakat yang selama ini menyokong Pas mula mempersoal dan bercadang menarik diri daripada memberi sokongan kepada Pas lantaran landasan utama perjuangan parti telah dikesampingkan,” demikian kata-kata Hasan yang menimbulkan rasa tidak senang pihak atasan parti itu.

Umum tahu Pas sudah terlalu banyak bertolak ansur dengan DAP seperti dalam isu rampasan arak di Shah Alam, isu murtad, larangan hiburan di Kedah dan isu himpunan sejuta umat.

Selepas dua minggu kontroversi itu tercetus, ia boleh diibaratkan seperti kata pepatah “Kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang”.

Anggota Parlimen Bebas kawasan Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin juga pernah meminta masyarakat menolak Dasar Negara Berkebajikan yang dibawa Pas kerana parti itu tidak konsisten dalam perjuangannya.

Beliau berkata Pas pada tahun tahun 2003 pernah mengemukakan Dokumen Negara Islam bagi menentang konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Namun kini dokumen pada 2003 itu ditolak oleh Pas sendiri dan menggantikan dengan dasar baru, dengan Pas sendiri yang menolak, membuang dan “mentongsampahkan” Dokumen Negara Islam dan perjuangan negara Islam dengan alasan negara Islam tidak disebut di dalam al-Quran,” katanya.

Zulkifli berkata rekayasa kitab baru yang dilabel sebagai Dokumen Negara Kebajikan ialah hanya untuk mengatasi Konsep Islam Wasathiyah yang menjadi teras Gagasan 1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib tun Razak.

Beliau berkata persoalannya ialah sekiranya Pas boleh membuat pusingan mendadak 360 darjah membuang ‘Dokumen Negara Islam’ atas alasan tidak ada dalam al-Quran dan menggantikannya dengan ‘Dokumen Negara Kebajikan’, apakah yang akan menghalang mereka nanti untuk membuang ‘Dokumen Negara Kebajikan’ dan menggantikannya dengan yang lain.

Zulkifli berkata pendirian Pas itu juga berubah apabila mereka bersekongkol dengan DAP.

Pakar sejarah Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata pendirian Pas sekarang sudah berbeza apabila mereka membuat pakatan dengan DAP dan juga PKR pasca pilihan raya umum 2008.

Beliau berkata Pas pernah membuat pakatan dengan DAP pada pilihan raya 1999 menggunakan nama Barisan Alternatif, dan Angkatan Perpaduan Ummah pada 1990 dengan Parti Semangat 46, tetapi dasar parti masih tetap tidak berubah.

“Kenyataan yang dibuat oleh Dr Hasan bahawa ulama tidak lagi ramai di dalam parti itu hanya mengesahkan tanggapan umum sebelum ini dan juga maklumat dari dalam parti.

“Lihat pada pemilihan parti pada Muktamar Pas Jun lepas, kita boleh tengok bahawa bukan lagi ulama yang menguasai kepimpinan parti,” katanya kepada Bernama.

Ramlah berkata DAP dan PKR adalah lebih kuat dari Pas untuk menentukan hala tuju pakatan pembangkang.

“DAP dan Pas adalah dua parti lama yang wujud di tanah air tetapi Pas lemah untuk mengawal keadaan sekarang. Saya lihat mereka adalah parti ketiga yang dirujuk dalam pakatan pembangkang itu,” katanya.

Mengenai hala tuju Hasan sama ada beliau perlu meninggalkan Pas atau tidak, Ramlah berkata sukar untuk Hasan yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Gombak Setia, untuk keluar parti.

“DAP mungkin akan berunding supaya Dr Hasan tidak keluar parti kerana ia hanya akan menjejaskan pakatan pembangkang untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Abdul Ghapa Harun berkata adalah perkara biasa apabila anggota dan pemimpin dalam satu-satu parti politik mempunyai perbezaan pandangan.

“Kalaupun perbezaan pandangan berlaku, di dalam parti yang mengamalkan demokrasi ia perlu diuruskan dengan baik oleh pucuk pimpinan supaya ia tidak mencetuskan masalah kepada parti,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata dalam konteks isu yang dibangkitkan oleh Hasan, ia berkaitan dengan orientasi parti yang mana parti melaksanakan perubahan yang bukannya terletak pada tangan pemimpin tertentu tetapi sudah dibawa ke muktamar agung untuk dibahaskan.

“Ini boleh dikatakan keputusan parti jadi mana-mana anggota yang tidak senang dengan keputusan (perubahan dasar) mereka berhak untuk bersuara. Tapi dalam konteks parti, jemaah, kadangkala yang tak bersetuju, harus akur,” katanya.

Ditanya sama ada kemelut itu akan menjejaskan sokongan kepada Pas, Abdul Ghapa berpendapat sokongan kepada parti itu tidak akan berubah kerana sokongan kepada Hasan dilihat tidak begitu menonjol.

“Ini adalah kerana dasar parti itu sudah diperdebatkan secara berpanjangan dan bukannya keputusan yang diadakan dalam masa singkat,” katanya – Bernama

2 comments:

  1. Lawyer Lydia
    Salam Hormat

    Dari image di posting ini ianya membawa kita sampai ke

    Chairman Isa and the listing of Felda Global Ventures-1
    Posted by Aku Peduli Apa @ APA

    Let’s talk about FELDA Global Ventures Bhd. It owns 49% of FELDA Holdings Berhad. 51% is owned by KPF. KPF looks after the interest of 220,000 felda families. It gives out dividends which you see the PM gives out at elaborate festivities. Its investment in FELDA Holdings makes money. Its own business forays overseas bombed. It’s the business arm owned 100% by FELDA that does international businesses. It hasn’t got a good track record. The subsidiaries of FGVH like FELDA Iffco Sdn Bhd, FELDA Global Technologies through Twin Rivers Technologies US (TRT), FELDA Global Ventures Middle East and FELDA Global Ventures Arabia have all chalked up accumulated losses of around RM500 million up to 2010.

    What do the brain boxes at FELDA propose? They propose FELDA Holdings Berhad be absorbed into FGV and managed by FGV. FGV which has accumulated losses that of which reflects poor management and business acumen will now manage the business owned by FGV and KPF? The management team that loses money in FGV will manage a profitable business? That’s like asking a rat to look after the pumpkin. This must a new breakthrough in management science- the party that has fumbled is tasked to manage a bigger business...

    (http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2011/11/chairman-isa-and-listing-of-felda.html)

    Terima Kasih kerana isu inilah yang bermain di kepala sebenarnya, Lawyer Lydia.

    ReplyDelete
  2. Lawyer Lydia, cerita ini menarik!
    http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/newscommentaries/46034-injunction-filed-to-stop-feldas-listing:

    Injunction filed to stop Felda's listing
    (Harakah Daily) - Four members of Koperasi Permodalan Felda Malaysia (KPF) have filed an injunction at the Temerloh High Court against the public listing of Felda Global Ventures Holdings (FGVH) on Bursa Malaysia.

    Rosdi Ismail, Alias Ibrahim, Abdullah Mohamad and Rakiah Sulong are also seeking injunctions to block KPF's extraordinary general meeting scheduled on January 5, as well as its decision to dispose its assets in Felda Holdings.

    In a press conference, counsel Mohamad Harris Abdullah said FGVH had no sufficient assets or funds to go for listing, hence Felda Holding Berhad (FHB) was forced to mortgage its 360,067 hectares of land for 99 years.

    “However, the land will be still developed using settlers’ money. FGVH also proposed to take over all equity belongs to KPF and 10 subsidiaries with a worth of RM3.13 billion," he said, adding that the extraordinary general meeting planned on January 5 did not adhere to KPF’s laws because four of its members had applied for an injunction.

    Meanwhile, Mazlan Aliman, who leads the National Felda Settlers’ Children Association (ANAK), told the same press conference that the loss-making FGVH was using Felda Plantations's property for the listing...


    Sekian

    ReplyDelete