Saturday, December 31, 2011

Betul Ker Datuk Seri Reezal Merican Buat Hal...??

Anak kelahiran Pulau Pinang bernama Adam Adli Abdul Halim mengecam tindakan Ketua Penerangan Umno Malaysia Datuk Reezal Merican Naina Merican kerana mengugut ibu bapanya demi memperbaiki imej Umno BN yang kian dipersoal oleh rakyat belakangan ini.

Ugutan itu, menurut mahasiswa tahun akhir Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkenaan gara-gara beliau menurunkan bendera muka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di perkarangan PWTC pada 17 Disember lepas.

Beliau berkata Reezal bertindak demikian selepas gagal memujuk keluarganya untuk memberi tekanan psikologi kepadanya.

“Selepas saya menerima banyak ugutan daripada samseng-samseng Umno, tidak mungkin ibu bapa saya menerima ugutan Reezal Merican (supaya) saya minta maaf secara terbuka kepada Umno.

“Saya tak buat salah, buat apa saya minta maaf. Saya bukannya buat salah. Kalau nak anggap ini (turun bendera) biadap, mereka lebih biadap (kerana) fitnah saya guna (akhbar) Utusan (kononnya) saya koyak bendera (muka Najib) dan dedah (gambar) gay mirip muka saya di internet lebih biadap,” ujarnya semalam di Komtar, George Town.

Beliau yang juga anak kelahiran Parlimen Kepala Batas yang kini disandang oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi kecewa kerana Reezal yang juga pemimpin Umno tempatan, di sini, sanggup mengugut beliau sekeluarga.

Pendedahan terbaru itu disuarakan selepas Solidariti Mahasiswa Untuk Kebebasan Akademik (Bebas) menyerahkan Memorandum 6 Tuntutan Mahasiswa kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. - Sumber

1 comment:

  1. Lawyer Lydia
    salam hormat

    Hebat kamcing KJ.
    Reezal dapat kerusi ADUN atau MP?
    mana?

    Sila buat polis repot kalau ada yang mengugut.

    Sepatutnya Reezal dapat kerusi parlimen jerat cina atau DUN nya Air Puteh. Ada berani?
    Atau Reezal mahu Pak Lah jangan bertanding dan makan percuma?

    Apapun Selamat Menyambut 2012, Lawyer Lydia dan pelawat blog yang lain.

    ReplyDelete