Monday, December 26, 2011

Bebaskan Anwar 901 - Nasib Baik Dr Khir Toyo Tak Ikut Sama.....

PKR dan AMK akan mula menggerakkan gerakan Membebaskan Anwar Ibrahim 901. Berdasarkan maklumat yang diterima pada 28 Disember 2011, jam 11 pagi, bertempat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bharu Kuala Lumpur, akan berlangsung pelancaran 'GERAKAN BEBASKAN ANWAR 901' bertemakan 'tolak fitnah' dan 'lawan konspirasi'.

Nampaknya, PKR dan AMK berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan Ketua Umum mereka daripada dijatuhi hukuman setelah perbicaraan liwat selama lebih tiga tahun berjalan, tidak menampakkan hasil yang baik untuk Anugerah Tuhan itu.

Segala peluang telah diberikan kepada Anwar Ibrahim untuk membuktikan yang dia tidak bersalah. Berbeza dengan Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor yang menghadapi pertuduhan rasuah dan salahguna kuasa, perbicaraan Anwar Ibrahim merupakan perbicaraan terpanjang yang pernah dikendalikan oleh mahkamah Malaysia.

Khir Toyo telah didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam. Bekas Menteri Besar Selangor itu dijatuhi hukuman penjara selama 12 bulan, manakala banglo yang dipertikaikan itu telah disita dan dirampas oleh mahkamah.

Anehnya, Khir Toyo tidak pula menggerakkan sebarang gerakan BEBASKAN KHIR TOYO walaupun dia mampu berbuat begitu memandangkan dia juga mempunyai penyokong yang sangat ramai, terutama dari kalangan Pemuda UMNO.

Keputusan hakim dalam kes Anwar Ibrahim hanyalah pada 9 Januari, tetapi nampaknya puak-puak Anwar sudah kelam-kabut dan merancang lebih awal untuk membuat huru-hara agar menimbulkan tekanan kepada hakim supaya tidak menjatuhkan hukuman terhadap Ketua Umum PKR itu.

Sedap dia yang dapat, yang susah dan dapat sakit adalah orang lain... Jadi, betullah seperti yang dilabelkan oleh isterinya sendiri bahawa Anwar Ibrahim adalah Anugerah Tuhan...!!!

Blogger The Flying Kick

No comments:

Post a Comment