Wednesday, March 28, 2012

Sebarkan Foto Ini Banyak2 Kat Tanjong Karang...! Itu Arahan Anwar Ibrahim....

Anwar tak peduli, apa sahaja cara mesti dilakukan bagi memastikan Selangor akan kekal milik PKR. Apa sahaja cara....!

Malahan, sewaktu minum selepas berucap di Karnival Terima Kasih Rakyat di Stadium Kuala Selangor, Anwar sudah mengarahkan agar gambar Noh Omar dengan perempuan seksi dicetak dengan ‘warna’ dan diedar ke seluruh Sabak Bernam, Tanjung Karang, Sungai Besar, Jeram, Sekinchan dan seluruhnya. Anwar mahu Noh Omar tersembam di tempat sendiri kali ini...

Anwar juga sudah bercakap banyak kali dengan TG Haji Hadi, calon Tanjung Karang mestilah kalangan yang benar-benar hebat dan boleh menenggelamkan kredibiliti Noh Omar. Anwar mahukan pencapaian 100 % dalam PRU akan datang, khususnya kepada kawasan-kawasan Parlimen berikut:-
P092: Sabak Bernam (N1: Sungai Air Tawar; N2: Sabak)
P093: Sungai Besar (N3: Sungai Panjang; N4: Sekinchan)
P094: Hulu Selangor (N5: H Bernam; N6: Kuala Kubu; N7: Batang Kali)
P095: Tanjong Karang (N8: Sungai Burong; N9: Permatang)
P096: Kuala Selangor (N10: Bukit Melawati; N11: Ijok, N12: Jeram)
P097: Selayang (N13: Kuang; N14: Rawang, N15: Taman Templer)
P098: Gombak (N16: Batu Caves; N17: Gombak Setia, N18: Hulu Klang)

7 kawasan Parlimen (18 DUN) ini dikatakan Anwar sebagai ‘core areas’ bagi Pakatan Rakyat. Anwar mahukan 100 % – dan tidak kurang daripada itu dalam memastikan peluang BN di Selangor akan kaput seluruhnya.

Anwar tekankan, kuasa Noh di kawasan ini perlu dibatasi dengan usaha PAS yang bersungguh menyerang peribadi Noh Omar di segenap peringkat. Gambar dengan perempuan seksi itu hanya permulaan. Anwar sedang menyusun strategi untuk merosakkan kredibiliti Noh secara maksimum.

Anwar sudah terangkan kepada Dr Rani, apa sahaja permintaan PAS akan dipenuhi – selagi PAS boleh menjanjikan undi maksima kepada PR di dalam PRU yang akan datang. Dana akan dibantu oleh PKR dan DAP.

7 kawasan Parlimen di atas adalah fokus utama kepada Pakatan Rakyat. Kejayaan 100 % akan menjanjikan PR akan lebih diterima majoriti rakyat di Selangor.

Anwar yakin, Petaling Jaya (Utara dan Selatan), Puchong, Pandan, Shah Alam, Serdang, Kelana Jaya akan kekal milik PR. Ini semua urban seats. PR memang terkenal dengan kekuatan di urban seats. DAP banyak membantu.

BN kena jujur bertanya diri sendiri, sejauh mana Noh Omar mampu mempertahan 7 kerusi Parlimen dan 18 DUN yang dinyatakan oleh Anwar. Kalau ikut serangan peribadi yang berduyun-duyun selepas ini, rasanya memang sukar.

Antara isu-isu yang dijangka digunakan di 7 ‘core areas’ ini:-
  • Noh Omar, Khir Toyo. YB Rahman (Sabak Bernam)
  • NFC (kaitkan dengan Noh)
  • Rasuah (pukul keliling)
  • UMNO jual tanah Melayu; Kemewahan pemimpin UMNO
  • Isu Rosmah; Altantuyaa (tak kuat; tapi boleh recycle)
  • Perbelanjaan kerajaan
  • Hasan Ali jadi alat UMNO;Penyesuaian isu mengikut kawasan majoriti (Sekinchan, Ijok dan sebagainya);
  • Isteri Khir Toyo (isu BAKTI akan direcycle semula)
  • Kemewahan Khir (gambar rumah dan sebagainya);

Blog Gelagat Anwar

7 comments:

  1. Ini cerita orang UMNO sendiri yang reka, bukan Anwar

    ReplyDelete
  2. Cerita ni direka oleh orang UMNO Selangor rasanya bukan cerita diarahkan Anwar

    ReplyDelete
  3. Tak lah, ni cerita rekaan rakyat Palestin yg mutlak tanpa contigent.

    ReplyDelete
  4. aku ingat kalau kita list kan dosa PKR..pribadi atau parti atau K'jaan yg dia memerintah 20 muka surat pun tak cukup...

    ReplyDelete
  5. kah..kha..kah.. itu wife dia ler aduhhh

    ReplyDelete
  6. cukup2lah.....sokong PR tapi undi tetap utk BN...

    ReplyDelete