Saturday, March 17, 2012

Terlalu Menyibuk Hal NFC..., Banjir Di Ampang...?

Banjir kilat yang melanda Hulu Langat dan Ampang mendedahkan kelemahan dan ketidaksungguhan Pakatan Rakyat untuk menjalankan tugas mereka selaku penyandang jawatan Wakil Rakyat di kedua-dua kawasan tersebut.

Kelambatan dan ketidakpekaan Pakatan Rakyat bertindak membuktikan, Pakatan Rakyat memang tidak pernah peduli dengan kebajikan rakyat, kecuali hanya untuk beretorik untuk mendapatkan undi semata-mata.

Lembah Jaya Utara merupakan kawasan yang paling teruk terjejas, apabila berlaku tanah runtuh dan kerosakan kediaman yang teruk. Pada malam kejadian, pihak pertama yang muncul dan menghulurkan bantuan adalah UMNO Ampang yang diketuai oleh Dato’ Ismail Kijo dan Ketua Pemudanya, Safarizul Mustafa.

Manakala Zuraidah Kamaruddin dan ADUN Lembah Jaya, Khassim Abdul Aziz tidak muncul-muncul...

Hanya pada keesokan harinya, barulah Pakatan Rakyat Ampang mengumumkan tentang bantuan, tempat penempatan selain beretorik dengan gambar-gambar yang kononnya dapat meyakinkan orang ramai bahawa Pakatan Rakyat benar-benar mengambil berat tentang rakyat yagn mereka wakili.

Hakikatnya, bantuan yang diberikan oleh Pakatan Rakyat sekadar untuk dipaparkan di dalam media-media milik mereka. Bantuan susulan, tidak dilakukan dan Pakatan Rakyat terlalu berharap, gambar-gambar yang dipaparkan dalam lakonan mereka akan membolehkan penduduk di Ampang dan Hulu Langat tidak terpengaruh dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional dalam konteks bantuan yang diberikan kepada orang ramai di kedua-dua daerah tersebut.

Pada malam kejadian, iaitu pada 8 Mac, antara kawasan yang turut terjejas ialah Kampung Sungai Puteh. Sebuah rumah dilaporkan hampir dihanyutkan oleh arus deras sungai tersebut.

Sebaik sahaja mendapat berita, para pemimpin UMNO Ampang bergegas ke tempat kejadian walaupun hujan turun dengan lebat. Mereka bertungkus lumus menyelamatkan mangsa sekalipun basah kuyup dan keletihan.

Tidak ada satu kelibat Pakatan Rakyat pun kelihatan pada malam itu. Hanya setelah mengetahui UMNO Ampang turun padang dan membantu mangsa-mangsa yang terbabit sehingga lewat subuh, pagi esoknya barulah Pakatan Rakyat menerusi Khassim Abdul Aziz mengumumkan tentang rancangan bantuan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat di Ampang.

Manakala Zuraidah Kamaruddin yang lebih sibuk dengan National Feedlot Corporation dan majlis pertunangan anak Perdana Menteri pula, langsung tidak bersuara, apatah lagi kelihatan di Lembah Jaya Utara.

Baca seterusnya..., klik sini

1 comment:

  1. Berita Lama:

    Scorpene’s Sting: Malaysia’s Bribery & Murder Scandal
    http://www.defenseindustrydaily.com/Scorpenes-Sting-Liberation-Publishes-Expose-re-Malaysias-Bribery-Murder-Scandal-05347/


    Berita Baru:

    Scorpene subs case to open in France, finally
    http://www.malaysiakini.com/news/192342

    ReplyDelete