Tuesday, March 13, 2012

Dr Hasan Ali Akan SAMAN Mahfuz Omar Dan Khalid Samad

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali akan menyaman Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad kerana didakwa memfitnahnya.

Bekas ahli PAS yang dipecat oleh parti itu berkata, saman kepada dua pemimpin PAS itu akan difailkan dan dikemukakan segera dalam minggu ini.

"Yang Berhormat Ahli Parlimen Pokok Sena (Mahfuz) minggu lalu kata saya terima RM30 juta dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS), minggu ini saya akan saman dia.

"Apabila Ahli Parlimen Shah Alam (Khalid) katakan saya dibiaya syarikat besar dan dia sudah namakan pun syarikat ini, saya akan saman dia juga minggu ini," katanya ketika ceramah Bicara Semasa: Bersatulah Umat Selamatkan Akidah, di Dewan Jubli Intan, di Batu Pahat.

Mahfuz sebelum ini mendakwa terdapat unit di bawah KBS yang menyumbang sebanyak RM30 juta bagi menaja siri ceramah Hassan di seluruh negara bagi menarik golongan muda memihak kepada kerajaan.

Sementara itu, Khalid pula mendakwa Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan Puncak Niaga Bhd sebagai penaja kepada Hassan dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO), JATI.

- Bernama

No comments:

Post a Comment