Monday, March 26, 2012

Ada Bukti Shamsidar Isteri Azmin Ali Masuk Kondo Tivoli Villas Dengan Anwar Ibrahim....!!

Sewaktu berlangsungnya Sidang Media KHAS oleh Dato Nallakaruppan di Kuala Lumpur hari Sabtu lalu, secara terbuka Ummi Hafilda mendakwa beliau mempunyai bukti gambar yang diambilnya sendiri pada 30 Jun 1997 menunjukkan Anwar Ibrahim masuk ke Tivoli Villa bersama isteri Azmin Ali yakni Shamsidar Taharin.

Dakwanya Anwar yang waktu itu Timbalan Perdana Menteri pergi ke situ menaiki kereta Nalla.

"Datuk Nalla bawa kereta Diamler,hijau tua ..WBP 37,"katanya.

Nalla mengesahkan beliau tahu bahawa Ummi mengintipnya di Tivoli Villa pada hari itu dan ambil gambar. " Saya tau...hari ini baru saya kasi keluar ini (cerita)...siapa ada dalam kereta nanti kita cakaplah...sekarang tak mau cakap,"katanya.

Mendengar ini Ummi pula terus jawab, " dengan Shamsidar dan Anwar....dia (Nalla) yang bawa."

Isnin lalu,dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur ,Nalla secara terbuka dakwa Anwar biseksual dan mahu beliau menyamannya jika itu fitnah.

Esoknya, Naib Presiden PKR yang juga seorang peguam, N Surendran buat kenyataan kata Anwar akan hantar notis tuntutan RM100 juta kepada Nalla.

Turut kena notis berkenaan ialah akhbar Utusan Malaysia yang menyiarkan dakwaan Nalla.

Nalla kata beliau terima notis 48 jam itu Khamis.

Beliau juga hairan mengapa Anwar hantar notis tuntutan pada Utusan sedangkan akhbar itu cuma melaporkan apa yang beliau kata.

Menjawab soalan lain,Nalla menegaskan orang akan tahu siapa Nalla dan siapa Anwar bila di mahkamah nanti.

Ditanya pula bagaimana nanti jika Anwar tidak samannya atau jika saman pun kes ini meleret bertahun-tahun lamanya,Nalla berkata beliau akan terus dan terus bercakap pasal Anwar.

1 comment:

  1. mana gambar tu..???. tunjukkan la kat semua rakyat malaysia.... dah 14 tahun dah... dah 3 kali pilihanraya dah... tunggu apa keluarkan je utk bunuh terus karier politik Anwar... dan kenapa tak guna sebagai bukti masa perbicaraan saman Khalid Jafri dulu???

    ReplyDelete