Tuesday, March 20, 2012

"Saya Boleh Dedahkan Di Mahkamah Siapa BUDAK Yang Anwar Liwat..."

Senator Datuk KS Nallakaruppan muncul semula hari ini dan mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang biseksual dan beliau pernah melihat Anwar 'beraksi' dalam satu sidang media di pejabat Perkasa, Kuala Lumpur.

Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP) itu turut mencabar Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya jika dakwaan itu tidak benar.

Nallakarupan yang berulang kali menyatakan beliau kawan Anwar selama 30 tahun mahu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengeluarkan fatwa membenarkan seorang biseksual menjadi ketua pembangkang.

Beliau sebelum itu menyatakan hairan mengapa Pakatan Rakyat melantik Anwar, seorang biseksual menurut beliau, untuk menjadi ketua pembangkang.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang biseksual. Dia tidak berhenti walaupun selepas dia keluar dari penjara. Saya meninggalkan dia kerana dia masih meneruskan aktiviti itu, "kata Nalla.

"Orang ramai menganggap beliau adalah seorang Muslim yang baik, tetapi ia tidak. Saya mencabar beliau, jika dia anak jantan, bawa saya ke mahkamah," tambah beliau.

"Dia boleh menipu orang ramai, tetapi hakikatnya ialah beliau mahu merosakkan negara. Jika dia berani, panggil saya keluar (ke mahkamah) . Saya boleh mendedahkan di mahkamah siapa budak yang dia telah liwat. Saya cabar Anwar on this matter, bisexual,” katanya lagi.

Menurut beliau, jika Anwar menghadapkannya ke mahkamah, beliau akan mendedahkan lebih banyak perkara mengenai Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kerana setakat ini pendedahan yang telah beliau buat hanya 30 peratus sahaja.

"Nik Aziz juga harus mengeluarkan fatwa untuk membenarkan biseksual menjadi ketua pembangkang. Mengapa mereka (Pakatan Rakyat) tidak mengambil tindakan ke atas beliau? Mereka mesti mengambil tindakan terhadap perilakunya. Terdapat begitu ramai pemimpin pembangkang, mengapa meletakkan lelaki biseksual (untuk menjadi ketua pembangkang)? " tanya Nalla.

“Dengan ini saya katakan yang Anwar seorang biseksual dan saya cabar Anwar saman saya di atas kenyataan ini. Anwar doesn’t want to face the truth, dia bukan anak jantan.

"Dia (Anwar) tidak ada prinsip. Beliau mahu menjadi Perdana Menteri, itu sahaja. Beliau akan merosakkan apa-apa untuk menjadi Perdana Menteri, "katanya.

Beliau juga memberitahu telah mengatakan pertemuan dengan pemimpin utama PAS untuk mendedahkan siapakah Anwar.

"Saya bersedia jumpa Nik Aziz untuk tujuan yang sama," katanya.

Ditanya apakah sebabnya beliau 'muncul' semula menyerang Anwar, kata Nallakarupan, beliau terpaksa, kerana Anwar 'pusing' Malaysia untuk membohongi rakyat Malaysia.

"Sebagai orang yang kenal Anwar, saya perlu mengatakan kepada rakyat bahawa Anwar adalah manusia lidah bercabang, seorang biseksual," katanya

Sumber - Agendadaily

No comments:

Post a Comment