Thursday, March 1, 2012

Bersumpahlah...! Baru Line Clear....

Badrulamin cuba mengheret nama Tengku Mahkota Pahang,Tengku Abdullah bagi menyelamatkan dirinya daripada tuduhan berkhalwat dengan isteri orang di Kuantan baru-baru ini dan tindakan terbaru ini cukup membuktikan beliau tersepit dengan tuduhan tersebut....!

Tindakan mengaitkan Tengku Mahkota ini merupakan satu lagi tindakan yang paling tidak bermoral oleh Ustaz Celup ini selain mengambil kesempatan memporak-perandakan rumahtangga orang lain dengan memancing isteri orang untuk berkhalwat dengannya di hotel tersebut.

Katanya, kes berkenaan mendapat perhatian Tengku Mahkota yang didakwa mengenalinya secara peribadi.

"Dan rupanya kes saya ini juga diberikan perhatian oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah yang memang mengenali saya secara peribadi, yang dua kali saya dijemput berceramah dalam majlis beliau.

"Dan beliau tadi mengarahkan orang kanannya bertemu saya, mendengar sendiri versi saya dan berbincang sendiri dengan lawyer saya.

"Dan gambaran yang diberikan ialah kemungkinan besar Tengku Mahkota akan campur tangan untuk menghentikan perbuatan fitnah, perbuatan jijik Umno yang tidak sudah-sudah menggunakan alat fitnah untuk menyerang, menyerang dan menyerang," katanya.

Sebagai orang yang dilihat kononnya beragama, kita cabar Badrulamin dan pasangannya melakukan sumpah mubahalah bahawa mereka tidak melakukan khalwat dan jauh sekali antara mereka terlibat dengan zina.

Mereka tidak perlu berdolak dalik dengan menyalahkan orang lain termasuklah mengaitkan UMNO yang menjadi perancang disebalik kejadian khalwat itu....

Malah tindakan Badrulamin dan pasangannya yang mengatakan bahawa tangkapan tersebut adalah fitnah terancang merupakan sesuatu yang tidak masuk akal.

Ustaz PKR ini sudah tidak ada jalan lain kalau benar-benar beliau merasakan difitnah,diperangkap atau sebagainya.... Jalan terbaik untuk beliau adalah bersumpah laknat...!

Begitu juga dengan wanita tersebut, bersumpahlah dengan nama Allah bahawa mereka tidak melakukan itu semua dan kita percaya Allah akan tunjukkan kebenaran ataupun balasanya kepada sesiapa sahaja.

Penjelasan yang Badrulamin berikan juga membuktikan bahawa wujud kejadian khalwat di antara mereka dan mengikut sumber-sumber tertentu hubungan kedua pasangan haram ini telah berlaku sekian lama tetapi mereka berjaya menyembunyikannya hinggalah tertangkap perbuatan sumbang mereka ini.

Bila Badrul Amin mengaitkan Tengku Mahkota Pahang yang kini difahamkan berada di Korea Selatan, beliau sebenarnya sedang mencari talian hayat untuk menyelamatkan maruah beliau dan keluarganya.

Ada juga sumber mendakwa bahawa ada pihak-pihak tertentu sedang berusaha untuk membayar dengan harga yang mahal kepada suami wanita terbabit supaya kes tersebut tidak dipanjangkan sehingga ke mahkamah.

Sebagai orang yang kononnya dilihat beragama dan mempunyai pengetahuan keagamaan yang tinggi,tingkah laku perbuatan Badrul Amin sebenarnya dilihat cukup keji...!

Teramat jijik sekali dan wajarlah suami wanita terbabit memukul beliau walaupun sebenarnya ketika itu Badrul Amin dan pasangan lebih layak untuk kita rejam dengan batu ataupun disembelih lehernya.

Badrul Amin sedang berusaha untuk membuktikan beliau adalah suami kepada isteri –isteri yang cukup baik dan juga untuk menyelamatkan maruahnya yang mencari makan dengan menjual vcd vdc yang kononnya penuh dengan motivasi...,ibarat orang sedang lemas beliau akan cuba berpaut di apa sahaja keadaan untuk menyelamatkan diri!

Beliau tidak perlu menyalahkan sesiapa termasuklah wanita tersebut kerana untuk membuktikan bahawa dirinnya telah insaf kerana menceroboh taman kepunyaan orang lain, beliau harus bertaubat!

Manakala wanita yang dicekup berkhalwat itu juga "wajib sujud di kaki" suaminya memohon ampun dan beliau akan berdosa sepanjang hayat sekiranya suami beliau tidak mengampunkan segala kecurangannya itu...!!

Blog Sanggah Tok Janggut

No comments:

Post a Comment