Sunday, March 4, 2012

Seleweng Dana RM150 Juta: SPRM Siasat Kerajaan PAS Kedah?

Di sebalik kekalutan krisis kepimpinan Kerajaan PAS Negeri Kedah, saya diberitahu oleh satu sumber dari Wisma Darulaman bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang menyiasat pejabat-pejabat Exco Kerajaan Negeri di pusat pentadbiran negeri itu.

Menurutnya lagi, ada di kalangan Exco-Exco dan pegawai-pegawai lantikan politik di wisma tersebut yang disyaki menyeleweng dana peruntukan yang disuntik oleh Kerajaan Pusat (BN) untuk membuat dan menyelenggara jalanraya di seluruh Kedah yang berjumlah RM150 juta.

Namun mengikut rekod audit, hanya RM50 juta digunakan dan selebihnya ‘disimpan’ di dalam ‘tabung amanah’ yang diragui statusnya.

Bila ditanya ADUN BN di dewan undangan negeri tentang dimanakah duit itu sekarang, mereka menjelaskan bahawa wang itu ‘selamat’ di dalam ‘tabung’. Benarkah begitu?

Menurut sumber lagi, ramai pihak khususnya pada pemimpin BN yang sudah tahu bahawa wang tersebut telah disalahgunakan bagi membayar gaji kakitangan awam negeri Kedah! Ini adalah kerana Kerajaan PAS Kedah dikatakan gagal menjana wang bagi membayar gaji kakitangan awam peringkat negeri yang sepatutnya dibayar dari akaun kerajaan negeri itu sendiri.

Dalam hal ini, sekiranya benar dakwaan sumber berkenaan maka bolehlah saya simpulkan bahawa bahawa para pemimpin PAS Kedah telah menyeleweng wang yang diperuntukkan untuk kebajikan rakyat.

Amanah yang diberikan oleh Kerajaab Pusat untuk rakyat negeri Kedah telah dikhianati begitu saja tanpa memikirkan kesan terhadap kesejahteraan rakyat di negeri itu.

Contohnya, TV3 pernah melaporkan ribuan rakyat di Sungai Petani yang menunjukkan protes terhadap Kerajaan PAS Kedah yang dikatakan gagal menyelenggara jalanraya sehingga menyebabkan kemalangan jalanraya kerap berlaku dan ada yang hampir kehilangan nyawa.

Selain itu, kenderaan mereka juga sering rosak dan terpaksa dihantar ke bengkel melakukan proses ‘balancing’, ‘allignment’ dan ada juga yang terpaksa menukar tayar kenderaan yang rosak pada hampir setiap bulan!

Apakah Kerajaan PAS Kedah fikir nyawa rakyat Kedah begitu murah?

Baca seterusnya.... KLIK SINI

No comments:

Post a Comment