Friday, March 9, 2012

Siapa Sebenarnya Dibelakang Jawatankuasa Pemandu Kerajaan Negeri Pas Kedah...?

DAP dan PKR dianggap bacul kerana membisu dengan cadangan PAS Pusat menubuhkan Jawatankuasa Pemandu bagi memantau pentadbiran kerajaan negeri Kedah yang menggambarkan mereka tiada hak sebagai sekutu dalam pakatan pembangkang, kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau berkata DAP dan PKR seharusnya memberi pandangan sekiranya kehadiran mereka dalam pentadbiran kerajaan PAS Kedah diperlukan.

"Kemelut ini menjelaskan betapa lemahnya PAS yang menunjangi kerajaan pakatan di Kedah, bercakaran sesama sendiri dan mengecewakan rakyat yang memberi mandat," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan hampir 200 pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini, petang Khamis.

Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Heng Seai Kie, pengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew dan Penyelaras Parlimen Padang Serai, Dr Chin Tung Leung.

Cadangan penubuhan jawatankuasa itu diumumkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebagai jalan menyelesaian pergeseran antara Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan dua Exconya, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh.

Soi Lek menempelak DAP yang sering menonjol sebagai jaguh dalam banyak perkara tetapi dalam isu ini mereka tidak pula mengambil peduli.

Menurutnya rakyat Kedah sangat kecewa dengan kejadian yang menimpa kerajaan Pas Kedah kerana jawatankuasa pemandu adalah 'orang-orang luar' yang tidak mendapat mandat rakyat Kedah.

Dalam isu lain, Soi Lek mahu Jawatankuasa Gaji Minimum mengkaji pendapat pekerja berhubung pelaksanaan gaji minimum bagi mengimbangi pendapatan pekerja di bandar dan luar bandar keluar dari garis kemiskinan.

No comments:

Post a Comment