Sunday, November 20, 2011

Ntah Lah..!! Macam Mane Lagi Cara Nak Cakap Kat Penyokong Pembangkang..?

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin hari ini menafikan dakwaan bahawa beliau meminta RM60,000 untuk mengosongkan kerusinya bagi membolehkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

Sambil menyifatkan dakwaan veteran Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Syed Husin Ali menerusi buku Memoir Perjuangan Politik sebagai pembohongan, Zulkifli berkata, Syed Husin sendiri yang berjumpanya mewakili Anwar untuk menawarkan supaya kerusi itu dikosongkan.

Malah tambah beliau, Syed Husin juga ada menyebut jika beliau bersetuju mengosongkan kerusi itu, Anwar berjanji menawarkan jawatan dalam mana-mana anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Selangor dengan imbuhan bulanan antara RM50,000 hingga RM60,000 sebulan.

"Malah Syed Husin meyakinkan saya, Anwar akan mengotakan janji tersebut kerana dia juga mendapat janji yang sama untuk mengosongkan jawatan Timbalan Presiden PKR kerana Anwar mahukan Azmin Ali menyandang jawatan tersebut.

"Syed Husin memberitahu saya kalau dia mengosongkan kerusi Timbalan Presiden PKR untuk memberi laluan kepada Azmin, Anwar menjanjikan dia jawatan Senator," katanya dalam entri terbaru bertajuk Anjing-Anjing Pencen dalam blognya di http://zul4kulim.blogspot.com

2 comments:

  1. Sdr Lawyer Garang
    Salam Hormat

    DENGAN IZIN.

    PENGUMUMAN


    Sdra-Sdri Pelawat Blog Lawyer Garang
    Salam Hormat


    WAWASAN 2020

    Dewasa ini saya sedang berusaha untuk membawa turun Sdr Dato Seri Mohd Najib anak Tun Abdul Razak dari jawatan Perdana Menteri Malaysia.

    Sdra-Sdri semestinya bertanya kenapa saya mahu berbuat demikian?

    Biarlah saya beri satu jawaban yang mudah.
    Saya telah hilang kepercayaan kepada Sdr Najib untuk memimpin negara bagi mencapai, merealisasikan WAWASAN 2020.

    Saya juga sudah hilang kepercayan kepada Sdr Najib untuk membawa negara bagi mencapai walaupun satu objektif daripada sembilan objektif Wawasan 2020 tiba pada hari terakhir tahun 2020 nanti mahupun pada tahun 2030 saperti yang pernah dikatakan olehnya semasa pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi(Tun) dulu selagimana Sdr Najib berlagak Perdana Menteri.

    Sdra-Sdri mungkin setuju dengan pendapat saya atau sebaliknya.

    Sekiranya Sdra-Sdri setuju dengan pendapat saya, saya amat besar hatilah dan berterima kasih sekiranya Sdra-Sdri dapat mengemukakan hujah-hujah yang bernas menyokong pendapat kita ini.

    Sekiranya Sdra-Sdri tidak setuju dengan pendapat saya, saya mengalu-alukan apa-apa hujah yang bernas bagi tidak menyokong pendapat saya ini.

    Dalam hal ini, saya juga kenalah terima hakikat bahawa Sdra-Sdri mungkin tidaklah begitu bebas boleh mengeluarkan apa-apa hujah menyokong maupun menentang kerana desakan-desakan tertentu.

    Sdra-Sdri mungkin ada kontrak bagi mempromosi nama baik Sdr Najib ataupun Sdra-Sdri tidak mahu terbabit dalam satu-satu usaha yang anda anggap tidak masuk akal apatah lagi akan tidak mendatangkan faedah langsung kepada Sdra-Sdri mahupun UMNO.

    Biarlah saya berterus-terang di sini bahawa saya mahu Sdr Najib melepaskan jawatannya sebagai PM; itulah objektif utama saya.

    Saya berharap Sdra-Sdri dapat membantu saya dalam usaha saya ini. PRU13 semakin hampir dan Perhimpunan Agung UMNO(PAU) hanyalah selepas PRU13 nanti.

    Sekiranya Sdra-Sdri setuju Sdr Mohd Najib anak Tun Abdul Razak sudah tidak layak lagi berlaku Perdana Menteri maka sebarkanlah pendirian Sdra-Sdri ini dengan cara yang baik; setidak-tidaknya mengamalkan mantera

    DOWN WITH NAJIB! BRING DOWN NAJIB!;

    dan bayangkan realitinya Sdr Anwar Ibrahim Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia ke-enam.

    Akhirkata, sekiranya saya ada terkasar bahasa saya mohon maaf seribu maaf.

    Sekian.

    ReplyDelete
  2. Lawyer Garang Lydia
    salam hormat

    (With Your Leave and Your Copy)

    21st Century Sufi Promoter
    (a name without a people)

    1. The Sufi And The Dinar II
    (betul-betulkah emas dan perak)

    Macamana orang kampung tak kena tipu
    main gores menang pun boleh kena tipu
    inikan pula disogok cerita emas dinar
    benda bersalut plastik bersinar-sinar

    macamana orang bandar tak kena tipu
    main beli rumah pun boleh kena tipu
    inikan pula disogok cerita ustaz berdoktor
    cerita emas dan perak pun cerita kotor

    jangan beria-ia mahu beli emas
    emas tipu perak tipu mati lemas
    mati kerana jantung terlalu cemas
    tolong periksa betul perak atau emas

    Kesian dan sekian

    2. Hackers Anonymous
    (bring down the system)

    was sms to paguh, kb and gen/2
    let us play the hackers’ game
    you block me
    i block you
    tell najib
    out there the b is s
    let us play the hackers’ game

    (was marinam blocked or hacked)

    maaf dan salam takzim


    Lawyer Lydia,
    sabar-sabarlah kita dengan MarinaM
    sayangkan ayah, sayangkan ibu
    sabar-sabarlah dengan marinam
    tapi najib tak boleh dibiarkan

    DOWN WITH NAJIB!
    BRING DOWN NAJIB!

    ReplyDelete