Thursday, June 30, 2011

Yb Seri Muda Dulu Derhaka Sultan..., Sekarang HASUT Rakyat Pulak Benci Polis.., Dia Kata Polis Macam Israel, Macam Gurkha...!

Pada pandangan LG, Yb Seri Muda Suhaimi Shafie patut kena tahan bawah Akta Hasutan...!

Statement yang dibuat memang nampak menghasut rakyat supaya jadik takut, dia siap tuduh kerajaan akan declare darurat kalau perhimpuna haram Bersih tetap diteruskan.

Ini memang trick and tactic pembangkang nak bakar semangat penyokong2 mereka. Polis tak boleh biarkan statement macam ni boleh cetus “unrest situation..”.

PKR Ramal Putrajaya Isytihar Darurat Halang Himpinan Bersih 2.0

PETALING JAYA, 29 Jun — Kepimpinan PKR menjangkakan pentadbiran Najib akan mengisytiharkan darurat di ibu negara sebagai jalan terakhir bagi menghalang Himpunan Bersih 2.0 yang dirancang untuk didakan awal bulan depan.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Shuhaimi Shafiei berkata melihat pada perkembangan sejak beberapa hari lalu termasuk tindakan polis menahan aktivis Bersih 2.0 dan menyoal siasat pemimpin-pemimpin Bersih dan Pakatan Rakyat.

“Kita jangka mereka akan menggunakan apa juga cara termasuk mengenakan darurat,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.”

Ketua Penerangan PKR Selangor itu berkata pihaknya yakin semua perkembangan semasa sedang menjurus ke arah Putrajaya akan mengambil tindakan terdesak ini.

“Kita sedang menjurus ke arah itu... ini tindakan mereka di Putrajaya, yang takut akan kehilangan kuasa.”

“Namun begitu, tindakan ini tidak akan menyekat kemaraan rakyat yang sudah pun tahu mengenai hak mereka,” kata beliau sambil menambah tindakan pihak berkuasa ini juga tidak boleh menghalang “api kemarahan” rakyat.

“Apa yang berlaku semenjak beberapa hari lepas memperlihatkan ketakutan ‘ngeri’ pemerintah di Putrajaya...”

Shuhaimi berkata, “mengapakah pihak berkenaan rela diperlakukan bagaikan ‘gurka’ Nepal zaman penjajah kepada pihak yang berkepentingan sedangkan tugas utama pasukan keselamatan adalah menjaga rakyat.”

“Rakyat berhujah, tindak tanduk polis Malaysia kebelakangan ini tidak ubah seperti polis Israel yang menyekat kebangkitan rakyat Palestin satu ketika dahulu,” kata beliau dan menambah, “pastinya ia adalah mengikut selera pimpinan Umno BN.”


[Taken from Malaysian Insider, please click here]

Yang Mana Satu Betul Ni..? Wardina Bercuti Ataupun Wardina “Direhatkan” Oleh TV3...?

Pengacara Malaysia Hari Ini (MHI), Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, 32, mengambil keputusan untuk berehat selama dua bulan daripada mengacara program itu.

Menurut selebriti berkenaan, tindakan itu untuk meredakan keadaan berikutan isu beliau dituduh sebagai penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekali gus menyokong perhimpunan haram Bersih.

Beliau menafikan diarah oleh pengurusan TV3 supaya mengundurkan diri daripada mengacara program berkenaan, sebaliknya keputusan untuk berehat daripada mengacara program MHI dibuat atas kehendaknya sendiri tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.

"Selepas isu ini timbul, saya ada berbincang dengan pihak pengurusan TV3 dan memberitahu niat saya untuk berehat seketika. Bagaimanapun mereka tidak bersetuju kerana tindakan saya ini akan membuatkan masyarakat mempercayai saya di pihak yang salah."

"Dalam keadaan sekarang saya tidak mampu untuk melakukan tugasan yang diberi dengan sempurna. Adalah lebih baik saya berehat selama dua bulan untuk meredakan keadaan yang membuatkan saya tidak selesa," katanya yang ditemani peguam, Muhammad Hanif Harun dan Iylia Iqbal Ibrahim serta suami, Ikhwan Johari.

Beliau berkata demikian pada sidang akbar di Kelab Darul Ehsan, Ampang bagi menjawab tuduhan yang dilemparkan ke atasnya oleh penulis-penulis blog yang mendakwa beliau penyokong PKR.

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan kenyataan Wardina yang menafikan beliau adalah penyokong PKR dan sekali gus menyokong perhimpunan haram Bersih seperti yang diuar-uarkan dalam Internet.

Wardina mengendalikan program MHI yang disiarkan setiap hari Isnin hingga Jumaat selama dua jam setengah mulai pukul 6.30 pagi mengikut jadual.

Selebriti itu menjelaskan, walaupun berehat daripada mengacara program MHI, namun segala jemputan untuk program motivasi yang diterima sebelum ini akan dijayakan.

Pada sidang akhbar itu juga, Wardina berkali-kali menegaskan yang beliau tidak berminat menyertai mana-mana parti politik walaupun ada pihak yang pernah mengajaknya berbuat demikian.

Malah katanya, beliau tidak mengetahui Program Karnival Mesra Rakyat yang diadakan di Desa Mentari, Petaling Jaya, Ahad lalu adalah anjuran PKR dan kehadirannya adalah atas jemputan seorang individu yang memintanya memberi ceramah berkaitan keibubapaan.

Katanya, buat masa sekarang beliau lebih berminat memberi ceramah motivasi berbanding politik kerana mahu berkongsi ilmu dengan para pelajar wanita di institusi pengajian tinggi (IPT), ibu-ibu muda dan kanak-kanak.

"Selama ini sudah banyak kali saya bekerjasama dengan badan-badan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), tapi tidak timbul pula isu salah faham begini. Mungkin selepas ini kalau ada undangan daripada mana-mana pihak yang bukan NGO, saya akan lebih berhati-hati sebelum bersetuju," katanya.

Wardina mengaku yang beliau amat kecewa dan sedih dengan tuduhan yang dilontar kepadanya dan paling mengguris hatinya apabila gambar beliau tanpa bertudung disebarkan dengan kata-kata nista dan hina.

Sehubungan itu atas nasihat peguamnya, Wardina memberi tempoh dua minggu kepada penulis-penulis blog agar mengeluarkan semula gambar-gambar lamanya serta cerita yang tidak benar tentang dirinya.

"Sebenarnya saya tidak mahu perkara ini berpanjangan. Namun saya perlu mengambil tindakan jika masih ada penulis-penulis blog yang menyebarkan fitnah terhadap saya. Saya beri mereka tempoh dua minggu, kalau masih berdegil saya akan menghantar surat amaran dan tindakan seterusnya," jelasnya.

[taken from Utusan Online, please click here]

Cayaanglah Team Harimau Malaya....! Berbaloi2 LG Pergi Stadium Malam Tadi.....

Yeay..! Harimau Malaya menang malam tadi....

Congratz to Datuk Rajagobal yang berjaya guide anak anak buah dia menang malam tadi. Memang tak sia2 LG pergi malam tadi ke Bukit Jalil. Malaysia kalahkan Chinese Taipei 2 - 1.

Thanx to Syafiq Rahim and Aidil Zafuan yang score goals untuk Malaysia, u guyz were great...!

LG doakan this coming Sunday, they oLz bole pertahankan kemenangan nie supaya dapat melangkah ke next level.. Cuma yang sedeh malam tadi tak dapat nak lepaskan rindu kat Safee Sali. Kiciwa LG..!!

Wednesday, June 29, 2011

LG On d Way Ke Stadium Bukit Jalil....

I’m on my way with frenz siap pakai jersey Malaysia lagik taw..! we woLz semua sedang menuju ke Bukit Jalil.

Semangat nih.., nak support on national soccer team. Mintak2 Safee Sali and teh gang akan bring victory to our nation malam nie.. Doakan kejayaan pasukan bolasepak kita please...!!

Bloggers Yang Hentam Wardina Dikatakan Berfikiran JUMUD...!

Menyentuh tentang kehadirannya di Karnival Mesra Rakyat, Sabtu lalu, Wardina berkata, beliau hadir sebagai jemputan untuk memberi ceramah motivasi keibubapaan.

"Oleh sebab itulah saya hadir pada karnival tersebut tetapi saya tidak pun diberitahu Azmin Ali akan hadir sama.

"Apabila saya dijemput minum oleh penganjur, saya terkejut kerana Azmin Ali pun ada. Tak kan saya nak beredar.

"Saya kesal apabila ada yang berfikiran jumud dan mudah untuk membuat interpretasi tanpa menghubungi saya untuk dijelaskan keadaan sebenar.”


Read more..., please click here

Papa Rock Ramli Sarip Patut Nasihatkan Bob Lokman Mintak Perhimpunan Haram Bersih Dibatalkan.., Bukannya Konsert Yang Kena Batal..!

Konsert yang akan menggabungkan dua kumpulan rock legenda, Sweet Charity dan Blues Gang, iaitu “2 Raksasa 2011” ditangguhkan pada 1 Oktober depan atas nasihat pihak polis gara-gara demonstrasi yang akan dibuat oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Penganjur konsert tersebut, Produser Eksekutif Netzah Production, Shirazdeen Karim berkata, konsert yang sepatutnya berlangsung pada 9 Julai depan di Stadium Merdeka itu tidak dapat dilaksanakan kerana ditakuti berlaku perkara-perkara yang tidak diingini kerana demonstrasi haram tersebut.
"Kami sudah bersedia secara keseluruhannya untuk konsert itu tetapi atas nasihat pihak polis, kami terpaksa akur. Perkara ini dimaklumkan kepada kami pada Jumaat lepas."
"Polis telah menasihatkan supaya tidak menganjurkan konsert pada tarikh berkenaan demi keselamatan pengunjung yang mungkin akan bertembung dengan kumpulan demonstrasi tersebut," ujarnya pada sidang media Pengumuman Penangguhan Konsert 2 Raksasa 2011, di sini, Selasa.
Selain itu, Shirazdeen berkata disebabkan penangguhan itu pihaknya juga telah kerugian puluhan ribu ringgit bagi menampung kos-kos yang sudah dilaksanakan.

Katanya ia termasuk kos-kos yang melibatkan soal promosi, pembelian iklan dan bunting
"Kami juga tidak boleh menukar lokasi konsert itu ke tempat lain kerana sudah membayar deposit kepada pihak Stadium Merdeka. Atas sebab itulah konsert berkenaan terpaksa diadakan di lokasi yang sama dengan tarikh yang berbeza,” ujarnya.
Bagaimanapun katanya, individu yang sudah membeli tiket boleh mendapatkan semula wang masing-masing daripada pihak penganjur.

Sementara itu, vokalis Sweet Charity, Ramli Sarip berkata, pihaknya berasa sedih dengan penangguhan berkenaan tetapi menganggap ia sudah ketentuan Tuhan.

"Kami sememangnya sudah bersedia untuk konsert tersebut. Kami akui agak sedih dan terkilan kerana kami terlalu teruja untuk bertemu peminat.”
"Namun begitu kami percaya apa yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya. Lebih penting ialah keselamatan peminat," ujarnya.
(taken from mStar Online)

LG: Bersih menyusahkan rakyat..!!

Fullamak! Betul Ker Yb Johari Abdul Mintak RM100 Juta..., Bukan RM1 Juta..??


Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mengulangi ketegasannya bahawa beliau tidak pernah meminta wang daripada Trio Datuk T, yang menayangkan rakaman video seks mengaitkannya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebuah blog pro Umno- Papagomo hari ini menyiarkan klip video ketika Johari dipertontonkan video seks itu di Hotel Carcosa Seri Negara, Mac lalu.

Blog itu mendakwa Johari meminta wang RM100 ribu sebagai wang pelincir dan RM1 juta lagi bagi setiap ahli parlimen yang berjaya dipujuknya menonton video berkenaan.

Namun rakaman itu tidak menunjukkan Johari berbuat demikian sebaliknya hanya menyiarkan klip video yang memaparkan Johari menonton video tersebut dengan tiga individu iaitu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bendahari Perkasa Datuk Shuaib Abdul Lazim.

“Kalau saya betul nak minta Rahim, saya mintak RM100 juta bukan RM1juta. Amatlah bodoh kalau saya nak mintak duit daripada mereka. Saya tak hadap duit mereka,” ujarnya ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Sebaliknya kata Johari, Rahim Tamby Chik ada menawarkannya untuk menyertai Umno, namun beliau menolaknya.

"Rahim pernah offer, masuk balik UMNO tapi saya tak nak sebab saya tahu semuanya menipu.”

“(Dakwaan) Itu semua pembohongan, kenapa sekarang baru nak bangkitkan? Banyak sidang media yang telah saya buat untuk menafikan lelaki dalam video itu adalah anwar,” tegasnya.

Ketika ditanya mengapa beliau kelihatan ketawa sepanjang klip rakaman selama 2 minit itu, Johari berkata, ia kerana beliau yakin individu dalam video seks yang ditunjukkan bukan Anwar.

“Saya gelak tak semestinya kata itu Anwar. Tak kan saya nak bertumbuk dengan mereka sewaktu tengok video tu? Memanglah saya gelak kalau dah tengok video 23 minit orang bertelanjang,” katanya berseloroh.

Johari merupakan satu-satunya Ahli Parlimen KEADILAN yang dibawa menonton video seks berkenaan pada 21 Mac lalu oleh trio berkenaan, namun menafikan sekeras-kerasnya lelaki dalam video itu adalah Anwar.

Pada 24 Mac, beliau menafikan meminta sogokan wang untuk melompat parti dan mengkhianati perjuangan KEADILAN seperti dakwaan salah seorang dalang video seks berkenaan, Shazryl Eskay.

Katanya, beliau langsung tidak pernah membincangkan soal wang sewaktu menonton video itu kerana maklum kemungkinan diperangkap dengan alat perakam dalam bilik hotel berkenaan. - Keadilandaily

Tuesday, June 28, 2011

Haa.. haaa.., haaa...! Nik Aziz BOIKOT Perhimpunan Haram BerSHIT.... Padan Muka Ambiga!

Dah tersebar plak dah criter Nik Aziz pun tak kebuloq nak jadik makmum Ambiga berarak buat kacau bilau kat KL 9 Julai nanti...

Dengar criternyer Mursyidul Am Pas nie nak berangkat ke overseas trip dengan beberapa Yb Yb Pas Kelantan. Yang bestnyer they oLz semua balik 10 Julai, sehari lepas tarikh perhimpuna haram. Nampak sangatlah Nik Aziz sengaja tak mau join kerja bodoh macam nie.

Kesian la semua ahli ahli biasa Pas yang nanti kena gas pemedih mata, kena kejar FRU..., padan muka korang semua...!

Mana Pergi Amk Pkr Anwar Ibrahim..? Membujur Lalu Melintang Pukang...?

Haaa.. haaa, kenape terkujat2 bro..? dulu bukan main garang lagi buat repot polis pasal bloggers yang dedahkan video seks Anwar... Kalau buat statement kat paper Suara Keadilan beriya2 bantai PM kita!

Knape macam cicak berak kapor jer bro..? Mana pergi kawan2 Amk yang berani sangat? Knape tak pertahankan ofis sendiri? Lari lintang pukang....

More stories and photos..., please click here

Ini Macam Barulah Jantan....

Yezzerrr...!

Ini macam baru la anak jantan.. Kita jangan bagi muka kat penyangak2 pembangkang yang nak buat kacau bilau kat KL pada 9 Julai nanti.

Mesti ade group yang berani tampil macam nie. Kena tunjuk yang kita tak takut sikit pun dengan they oLz yang sibuk nak buat demo sana sini saje nak buat huru hara! Tapi LG mintak sangat Patriot yang dah muncul nie kena betol2 serious nak lawan Ambiga & The Gang... Jangan nanti tiba 9 Julai baju kuning lagi ramai giler dari baju merah.....

Monday, June 27, 2011

Bahaya! Bersih 2 Nak Promo The Return Of Chin Peng...?

Polis mengesan gerakan terancang pihak tertentu didakwa cuba menghidupkan semula fahaman komunis bagi tujuan menjatuhkan kerajaan melalui perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Gerakan itu juga didakwa sedang giat menyebarkan propaganda anti kerajaan termasuk melalui risalah yang secara terang-terangan menghasut rakyat menggulingkan pemerintah seperti berlaku di negara-negara Asia Barat.

Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, maklumat itu diperoleh hasil siasatan terhadap 31 penyokong Bersih diketuai Ahli Parlimen Sungai Siput yang juga pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr. Jeyakumar Devaraj yang ditahan semalam.

Menurutnya, selain membawa beribu-ribu risalah berunsur anti kerajaan, kumpulan itu juga membawa baju-T tertera gambar pemimpin komunis yang diangkat sebagai ‘kesatria’ termasuk pemimpin gerila komunis Cuba, Che Guavera dan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) seperti Chin Peng, Rashid Maidin, Abdullah CD dan Suriani Abdullah.

“Berdasarkan isi kandungan risalah, tulisan nama pemimpin PKM di bahagian belakang baju T, polis percaya kumpulan itu ada membawa unsur-unsur untuk menghidupkan semula fahaman komunis yang haram dari sudut undang-undang.”

“Ini sesuatu yang serius kerana kempen Bersih itu nampaknya dimasukkan unsur-unsur seolah-olah untuk hidupkan semula fahaman komunis, bukannya semata-mata menuntut pilihan raya bersih,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, Jeyakumar bersama 30 lagi individu dipercayai penyokong Bersih ditahan ketika menaiki sebuah bas di Plaza Tol Sungai Dua, di sini.

Kumpulan itu ditahan kira-kira pukul 3.40 petang ketika menaiki bas pesiaran yang dipercayai dalam perjalanan dari Sungai Petani ke Pulau Pinang bagi mempromosikan perhimpunan tersebut.

Abdul Rahim berkata, pihaknya merampas 28 helai baju T tertera wajah pemimpin komunis, 15 batang bendera logo PSM, 5,000 risalah ‘Udahlah tu..Bersaralah’, 600 risalah perhimpunan Bersih, 1,500 risalah PSM dan dua banner tertulis ‘Udahlah tu, Cukup 54 Tahun, Bersaralah’.

Turut dirampas dalam bas berkenaan adalah dua alat pembesar suara dan mikrofon.

Pada sidang akhbar itu, Abdul Rahim turut membacakan salah satu ayat dalam risalah milik kumpulan berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan perhimpunan Bersih yang berbunyi:

“Kalau rakyat Marhaen di negara-negara Arab dapat menjatuhkan rejim-rejim kuku besi yang berdekad-dekad lama memerintah, tidak mustahil rakyat Malaysia menuntut perubahan politik di tanah air kita. Pemerintahan satu parti. Masa untuk perubahan”.
Menurut Abdul Rahim, tindak-tanduk kumpulan berkenaan jelas merupakan satu ancaman kepada keselamatan negara apatah lagi melibatkan sebuah pertubuhan yang diharamkan oleh undang-undang. [taken from, Utusan Online]

Kantoi Sudaah..! TV3 Sokong Bersih 2.0..? Pecat Datuk Johan Jaafar & Datuk Seri Farid Ridzuan...?

Very very interesting STORY..., please click here

Sunday, June 26, 2011

Cayalah..! Datuk Seri Shahrizat Lebih Garang Dari Hishamuddin Tun Hussein....

Wanita UMNO dan Barisan Nasional (BN) diarah supaya bersiap sedia untuk bersama-sama menentang perhimpunan haram Bersih yang dirancang akan diadakan pada 9 Julai nanti.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil berkata, jika perlu Wanita UMNO dan BN akan turut serta menentang perhimpunan haram jika mendapati perancangan itu boleh menimbulkan pelbagai masalah dan menjejaskan keselamatan negara.

Kita pantang dicabar, jangan temgok wanita itu lembut mereka boleh lakukan apa sahaja, kalau perlu kita turun, kita akan akan turun padang bersama-sama menentang mereka yang cuba gugat keselamatan negara, wanita sentiasa bersiap sedia.

“ Saya pun tidak tahu, mengapa mereka perlu membuat perhimpunan untuk kemukakan bantahan dengan mengadakan perhimpunan, mereka kata ada lapan bantahan yang ingin dikemukan, mereka boleh kemukakan, bukan setakat lapan, lapan puluhan bantahan pun, kita boleh terima tanpa perlu buat perhimpunan “ katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Mesyuarat Wanita UMNO Bahagian Hulu Selangor.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ucapannya di majlis berkenaan yang meminta supaya Wanita UMNO dan BN bersiap siaga untuk bersama-sama menentang perhimpunana harama Bersih untuk memastikan kestabilan negara, agama dan bangsa.

Dalam ucapannya itu, Shahrizat berkata beliau kesal dengan apa yang cuba dilakukan oleh Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sareevenasen untuk mengadakan perhimpunan haram hanya kerana tidak berpuas hati dengan SPR.

Menurutnya, apa yang dilakukan oleh Ambiga itu bukan disebabkan tidak berpuas hati dengan SPR tetapi mempunyai niat jahat walaupun pelbagai pihak menentang apa yang ingin dilakukan oleh mereka. “ Sepatutnya, dia terima cadangan SPR untuk adakan rundingan, tetapi dia menolak, ini menunjukkan dia mempunyai niat jahat apabila ingin terus mengadakan perhimpunan haram itu “ katanya.

Shahrizat berkata, Wanita UMNO dan BN tidak boleh berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengugat keselamatan negara dan bersedia untuk bersama-sama dengan mana-mana pihak menentang mereka yang ingin membuat kekacauan di negara ini.- MediaUMNO -

Fuyoo..! Pas Lebih Teruk Dari Ayah Pin...

Bila Spy ingat-ingat balik, dah hampir 57 tahun PAS perjuangkan sebuah negara Islam dan nak tegakkan undang-undang Islam 100% di negara ni. Dari zaman Hadi Awang dan Nik Aziz muda, sampailah dorang dah beranak cucu sekarang ni barulah perjuangan negara Islam dorang “terbatal”.

Dulu bukan main sakan puak-puak khawarrij tu kata UMNO tak Islam pasal tak memperjuangkan negara Islam. Siap ada keluar amanat kafirkan orang-orang UMNO dan juga kata perjuangan menentang UMNO adalah SYAHID. Maklumlah.., UMNO dari dulu lagi tumpukan kemajuan ummah dan juga kebajikan rakyat.

Walaupun UMNO tak sembang besar pasal nak perjuangkan Islam dan wujudkan undang-undang Islam dalam Malaysia, Spy rasa UMNO dah buat lebih dari apa yang puak-puak sewel PAS dok berkokok selama 57 tahun ni..

UMNO buat polisi negara berkebajikan demi kepentingan rakyat, dan UMNO juga pastikan undang-undang Islam diserapkan dalam sistem perundangan negara.. Jangan bohong kalau kata UMNO tak buat semua ni baii.. Munafik lah sapa yang kata UMNO langsung tak menyumbangkan kebajikan rakyat dan juga menegakkan Islam.

Tapi PAS…, kesian beb bila nak bercerita pasal puak-puak PAS hari ni.. Korang cubalah bayangkan.., selama 57 tahun pengikut dan penyokong PAS kena kencing baii.. Ada yang “mati syahid” buta saja pasal ingatkan PAS betul-betul istiqamah nak perjuangkan negara Islam..

Selama 57 tahun penyokong-penyokong PAS sanggup buat apa saja demi perjuangan parti. Dorang sanggup junjung slogan-slogan “Membangun Bersama Islam”.., “Pemerintahan Ulama”.., “Hentikan Perjuangan Sekular” dan “Tegakkan Hukum Islam”.. Tup-tup.. Hadi kata negara Islam tak ada dalam agama..

Read more..., please click here

Walaupun JOZAN Tak Menang..., Tapi Pada LG JOZAN Tetap Juara Di Hati..! Adoyai Puun...


Saturday, June 25, 2011

Pakatan Bukannya Kuat..!! Tapi, Komponen BN Yang Selalu “Menyusahkan” BN...!!!

Kalau anda melihat papan tanda di tanah perkuburan seperti di atas, apa yang anda fikirkan?

Sudah tentulah anda akan terfikir bahawa orang Islam juga hidup berkasta-kasta. Brahmin tak boleh ditanam bersama-sama Kesatria... Waisya tak boleh campur dengan Brahmin dan Kesatria... dan Sudra memang tak boleh campur langsung dengan tiga kasta teratas... kalau PARIAH lagi ler, jangankan tanam sekali, bayang mayat kena tanah perkuburan Brahmin pun, boleh menyebabkan satu kampung ditimpa petaka!!!

Itukah fahaman yang cuba diterapkan?

Dah terdesak sangat gamaknya, M. Saravanan, si Ahli Parlimen Tapah sampaikan tanah perkuburan orang Islam pun 'ditajanya'. Apa ke bangangnya MIC sekor nih!

Semenjak bila pula ada Ahli Parlimen di Malaysia ni yang telah menaja tanah perkuburan orang Islam? Dah memang dah nak mandi air mayat ke si Saravanan ini sampaikan langsung tak ada pantang larang nak berpolitik dan nak menunjukkan yang dia bermurah hati dengan masyarakat yang diwakilinya?

Apa ke bangang sangat MIC sekor nih?

Kalau setakat nak taja papan tanda, tak perlulah sampai ada cop UMNO dan Barisan Nasional di situ. Mayat-mayat dan tulang-tulang dalam tanah di kubur itu, sudah tidak berparti politik lagi. Kalaupun mereka PAS, tapi kalau semasa hidup, iktikad mereka ialah menyokong PAS akan menjadi syafaat kepada mereka, mereka akan dibalun sampai ke hari akhirat. Kalaupun semasa hidup, iktikad mereka UMNO adalah tempat bergantung, kubur mereka akan disempitkan sehingga tulang selangka mereka berselisih kiri dan kanan....

Yang orang UMNO kat TAPAH tu, apa ke bangang sangat!!! [LG pick up dari tulisan Blog Flying Kick]

Friday, June 24, 2011

Undang Undang Unik Negara Malaysia Boleh...???

Best betul episode kes ini kerana pemimpin Islam di Malaysia akan mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim bermati-matian.

Memang sah sudah rakaman video seks yang ditayangkan oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim adalah tulen dan tidak ada sebarang 'tampering' (diubah-ubah) dan 'superimpose' (gambar ditindih) dilakukan.

Seorang pakar dari Amerika Syarikat telah mengesahkan bahawa lelaki yang melakukan seks dengan seorang wanita dalam video itu adalah serupa dengan Anwar.

Nak cakap apa lagi? Nak nafi lagi?

Pakar dari Dartmouth College, Hanover, New Hampshire mengesahkan Anwarlah pelakon lelaki dalam video seks berkenaan.

Perkara itu terkandung dalam fakta kes yang dibacakan di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur hari ini setelah Shazryl dan Shuib mengaku bersalah terhadap pertuduhan menayangkan secara terbuka adegan lucah iaitu hubungan seks antara lelaki dan perempuan.

Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby pula mengaku bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan kedua-duanya melakukan perkara yang sama.

Majistret Aizatul Akmal Maharani mengenakan denda RM3,000 terhadap Shazryl, RM1,500 kepada Shuib dan RM1,000 kepada Rahim.

Ternyata hari ini, tukang wayang disabitkan kesalahan dan pelakon filem lucah bebas.

Kalau nak buat satu lagi pun tidak apa. Apa nak risau, sesiapa juga bebas melakukan seks asal kedua-duanya bersetuju.

Tapi janganlah dengan bini orang, tunng orang, anak dara orang atau dengan kata lain ‘orang punya’. Dengan orang yang tidak dipunyai seperti pelacur atau tidak ada apa-apa hubungan dengan orang lain kita bebas melakukannya. Polis tidak boleh tangkap dan seret ke mahkamah kerana melakukan seks.

Namun, jika pakar sudah mengesahkan di mahkamah, tidakkah boleh Anwar diseret kerana berbohong atau menafikan dirinya bukan pelaku video seks berkenaan?

Tidak tahulah sama ada polis boleh charge Anwar kerana pembohongannya itu. Kita tunggu nanti apakah Anwar akan diseret ke mahkamah.

Dan kalaupun polis enggan seret Anwar, daripada bukti atau laporan pakar Amerika Itu, Anwar sah melakukannya.

Kita tunggu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan kes ini. Mereka berdua ini ‘lebih bijak’ daripada pakar berkenaan.

Pastinya selepas ini,pakar dari Dartmouth College, Hanover, New Hampshire pula yang akan dituduh sebagai berbohong dan sebahagian konspirasi Trio Datuk T berkenaan.

Oleh Hambali Abdul Latiff - please click here

Thursday, June 23, 2011

Nasib Shamsidar Lebih Baik Berbanding Dengan Cut Tari....


Full story, please click here

Issh..!! Biar Betol.., Menteri Umno Lebih Suka Rahsiakan Poligami..??


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dilihat mengelak memberikan jawapan pasti sama ada menyokong atau menolak cadangan kerajaan Kelantan memberi insentif khas kepada suami yang tidak menyembunyikan perkahwinan lain daripada isteri.

Bagaimanapun, beliau dilihat menyatakan sikap tidak senangnya aktiviti tersebut kerana perkara itu diibaratkan seolah-olah "memikul beban kayu".

" Salih Yaccob itu lain, sebab namanya dah soleh, " selorohnya sambil disambut gelak ketawa kira-kira 100 hadirin yang hadir menyaksikan penyerahan zakat perniagaan oleh sepuluh syarikat besar di sebuah hotel di ibu negara hari ini.

Exco kerajaan Kelantan Wan Ubaidah Omar berkata, pemberian insentif khas itu sebagai galakan kepada suami agar tidak menyembunyikan perkahwinan daripada diketahui isteri dan anggota keluarga lain.

Katanya, kalau ada pihak yang berpoligami seperti pelawak terkenal Salih Yaccob yang beristeri empat bolehlah ke hadapan untuk terima insentif itu.

Jamil Khir juga terus berseloroh dengan tidak mahu menjawab pertanyaan wartawan kepadanya pagi tadi kerana menganggap soalan tersebut sekadar picisan.

"Saya tidak mahu menjawab sebab soalan itu hanyalah sekadar picisan," katanya.

Beliau turut menjelaskan pelbagai persepsi masyarakat sekarang yang menyalahtafsirkan ayat al-Quran berhubung keharusan berpoligami.

"Ada seorang datang ke pajabat agama menyatakan dia telah berkahwin sepuluh, kerana dia telah menambahkan atau mendarabkan bilangan angka yang terkandung dalam surah itu," katanya.

Beliau juga memetik Surah an-Nisa yang menyebut supaya berkahwinlah dua, tiga atau empat dan sekiranya tidak mampu cukuplah dengan seorang isteri. – Malaysiakini.

Datuk Eskay Akan Bukak Semua Di Mahkamah…. Habislah Anwar Ibrahim…!!


Anwar Ibrahim, Ketua Peipu tu. Dia dah tentu - tentu la akan mati kutu lepas ni sebab dah tak ada modal dia nak Poo...singh cerita.

Kalau dulu, dia boleh la jugak dia nak kaitkan pendedahan yang dibuat oleh Datuk Eskay tu didalangi oleh pihak tertentu, KONONnya.

Diantara pihak yang sering menjadi bahan titnah Datuk Seri Najib, Datuk Seri Hishamuddin dan Polis. Dan dengan pendakwaan tersebut, maka akan hilang la cerita cerita fitnah ni nanti.

Apa lagi bahan yang dia dapat gunakan untuk memburuk-burukkan orang lain terutamanya pemimpin dan Kerajaan Barisan Nasional?

Mungkin itu bagi kita la kan. Bagi Si Ketua Penipu ni pulak, dah tentu dia ada cara lain untuk terus menaburkan fitnah dengan membuat andaian yang bukan bukan.

Al - maklum la, Ketua Penipu la katakan. Kalau tak de helah lain, tak de la dia dinamakan sebagai Ketua Penipu. Tak layak la dia di'Anu-Gay-Rah'kan oleh isteri dia sebelum ini.

Belum pun cukup tempoh 24jam, malah hari yang sepatutnya Datuk Eskay dipanggil ke Balai Polis serta didakwa kerana menyebarkan bahan lucah, Si Ketua Penipu tu dah ada 'trick' lain.

Si Ketua Penipu tu dah dapat meramalkan bahawa Datuk Eskay yang akan didakwa pada hari Jumaat nanti akan dibebaskan dengan hukuman yang ringan.

Kalau dulu dia salahkan Polis, Perdana Menteri dan Menteri KDN. Kali ini dia salahkan Peguam Negara yang mempunyai rekod prestasi 'tersendiri' terhadap pemimpin Politik.

Kononnya, dia nak kata la yang Peguam Negara ni akan berat sebelah dalam mengambil keputusan untuk menjatuhkan hukuman terhadap Datuk Eskay tu nanti.

Si Ketua Penipu tu juga turut menyatakan bahawa dia tidak yakin bahawa Putrajaya serius untuk mengambil tindakan terhadap Datuk Eskay.

Malah dia juga turut percaya bahawa ianya hanya dilakukan untuk menarik kembali kepercayaan rakyat sahaja semata-mata.

Hek eleh!!! Kalau dah dia tak percaya yang Datuk Eskay tu akan dikenakan hukuman, apa tengkoraknya dia sendiri tak ambik tindakan? Kenapa dia tak saman Datuk Eskay tu dulu?

Yang peliknya, dia dapat meramalkan hukuman yang akan dikenakan kepada orang lain. Hukuman yang akan dikenakan kepada dia dalam kes liwat nanti, dia tak dapat ramalkan ke?

Nampak sangat la yang Si Ketua Penipu ni dah hilang akal, dah mati kutu dengan pendakwaan terhadap Datuk Eskay tu. Lepas ni dia dah tentu tak boleh buat kerja dia lagi dah iaitu menipu rakyat!!!

This article taken from ;
Blog Semut Hitam

Wednesday, June 22, 2011

Murah Rezeki Salih Yaacob….! Tak Lama Lagi Dapat Gelaran “Dato” Dari Kerajaan Kelantan….?



Pas Kelantan bercadang memberi insentif khas kepada golongan suami yang tidak menyembunyikan perkahwinan lain daripada isteri.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Omar berkata pemberian insentif khas itu sebagai galakan kepada para suami agar tidak menyembunyikan perkahwinan berikutnya itu daripada diketahui oleh isteri dan anggota keluarga yang lain.

"Ada syaratnya dan kalau anda seperti Salih Yaakob (penyanyi dan juruhebah Radio Sinar FM) bolehlah ke hadapan untuk terima insentif itu."

Beliau berkata, pada 2002 sahaja lebih 1,000 pasangan telah mendaftarkan perkahwinan berikutnya di Kelantan. "Yang tidak daftar mungkin ramai dan ini yang kita tidak mahu kerana ia boleh mengundang masalah," katanya.

Read more…, please
click here

Rombakan Kabinet..? Datuk Seri Hishamuddin Tukar Ke Kementerian Lain….??

Isu paling hot n spicy sekarang bersembang kat mana mana café ker, coffee house ker, mapley teh tarik ker, semuanyer dok cer citer pasal Bersih 9 Julai….

Kalau browse Fb wall especially yang buat group Fb semuanyer sibuk dok komen pasal Bersih, ade yang pro dan ade yang contra...! Dah jadi macam most awaited event of the year pulak dah… Kalau ikut dari kempen yang pro Bersih, siap konfiden giler lagi tu government BN boleh collapse, sebab they oLz nak jadikan demo Bersih 2.0 nanti macam kat Tahrir Square Mesir…!!

Dalam isu panas macam nie sebenarnyer ketegasan pihak polis sangat2 penting. Tak boleh biarkan event macam nie diteruskan, buruk imej negara kita.. Pusat bandar K Lumpur dah dikenali seluruh dunia, dah jadi tumpuan ramai tourist seluruh dunia. Kenape nak biarkan anasir2 pembangkang buat huru hara..??

Cuba tengok kat article LG sebelum nie, ade paste result polling votes dari The Star Online tunjuk 1.3 juta responden setuju Bersih 2.0 diteruskan, cuma 14,222 saje yang tak setuju. Daripada angka tersebut, maknernyer 99% setuju…! Yang penting untuk kita fikirkan dalam konteks nie, pembaca dan responden The Star Online kebanyakkannyer melayu atau bukan melayu...??? Dah tentulah jawapannyer ramai bukan melayu….

Tetapi nanti masa berarak buat demo ramainyer orang melayu…, siap bawak anak anak kecik lagi! Itu semua taktik supaya tak nak kena cekup polis, betul tak?? [please click here]

Itu la pasal, polis kena very very serious dan kena betol2 tegas untuk halang Bersih 2.0. Jangan bagi muka langsung kat penganjur. No mercy please! Kita semua tak mahu negara kita jadik kucar kacir, tak nak jadik huru hara…!

Bila sembang pasal polis mesti kena tegas dah tentulah semua orang akan refer pada Menteri KDN kita yang dah teruk kena label sebagai Menteri KDN paling lembik, pengecut, penakut…, macam2lah orang dok mengata pasal dia. Semua dah fed-up sebab dia punyer pasal pembangkang dah naik tocang, naik lemak makin kureng ajar!

Read more…, please
click here

The STAR Jadik Agen Demo Bersih 2.0 Pulak Dah...??



Sejumlah 99 peratus daripada lebih sejuta responden menyokong perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini dalam bancian yang dijalankan oleh The Star Online.

Jumlah sebenar bilangan responden tidak dapat disahkan apabila portal berita berkenaan menghentikan banciannya kira-kira tengahari tadi.

Menurut skrin yang dirakamkan oleh seorang pengguna Facebook, jumlah responden mencecah 1.3 juta pada jam 12.25 tengah hari berbanding 527,330 yang dicatatkan pada jam 6.11 pagi ini, yang dirakamkan menerusi laman Google Cache.


Soalan yang dikemukakan berbunyi 'Apa pandangan anda berhubung perhimpunan BERSIH 2.0pada 9 Julai? 1,312,917 responden menjawap 'Ia sepatutnya dibenar diteruskan' pada 12.25 tengahhari.

Manakala pilihan satu lagi - 'Ia harus dibatalkan' - hanya dipilih oleh 14,222 responden.

Article taken from Malaysiakini “ Bancian Star – 99% Sokong Himpunan Bersih ”


LG : Fuyoo...! Tengok la tu, 1.3 juta rakyat sokong untuk teruskan Bersih! Ramainyer..., kalau yang mengundi tu semua datang, memang boleh jadik macam Tahrir Square kat Mesir laa..! Takutnyerr...

Kalau betol semua 1.3 juta datang berdemo, + pulak lagi dengan semua demonstrators yang dah biase ikut demo Pas & Pkr, soalannya sekarang cukup ke Polis & FRU nak stop demo nie..???

Tuesday, June 21, 2011

Siapa Kata Di Negeri Tok Guru Nik Aziz Tak Ade Masalah Sosial…??


KOTA BHARU: ‘Parkir Asmara’ sebuah pasar raya di sini, seperti didedahkan muka depan akhbar ini 8 Jun lalu, bertukar ‘parkir berdarah’, apabila seorang pelatih salun parah ditikam sekurang-kurangnya tujuh kali di kepala, leher dan muka menggunakan gunting oleh bekas suaminya dipercayai kerana gila talak, semalam.

Kejadian kira-kira jam 4 petang itu disedari petugas pasar raya berkenaan sejurus terdengar jeritan wanita berusia 28 tahun itu ketika dia cuba melarikan diri daripada ‘ditawan’ bekas suami yang memandu kenderaannya.

Dalam keadaan yang tidak bermaya dan berlumuran darah, mangsa, Hazita Mohamad memberitahu kejadian berkenaan kepada petugas pasar raya itu bahawa dia ditikam bekas suaminya dan memberitahu lelaki berusia 30-an terbabit melarikan diri dengan berjalan keluar dari parkir berkenaan.

Melihat keadaan mangsa yang parah, kakitangan pasar raya berkenaan menghantarnya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi mendapatkan rawatan segera di wad kecemasan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan kejadian menimpa mangsa dan wanita itu dipercayai diekori bekas suaminya dari sebuah pusat beli-belah di sini, sehingga ke lot parkir pasar raya itu.

"Bekas suaminya menerpa masuk ke dalam kereta dan menikamnya menggunakan gunting hingga menyebabkan dia cedera di belakang kepala, leher kiri dan kanan serta muka." [Harian Metro]

Monday, June 20, 2011

HOT & Spicy...! Cerita Saksi Kes Khalwat Ahli Politik & Puteri.... Must Read!!


“ seorang wanita dalam lingkungan usia 30an, bertudung dengan memakai seluar berwarna hitam dan blouse masuk ke bilik hotel...”

Ketika serbuan dibuat oleh pihak polis, media, dan 7 orang pegawai Jabatan Agama Hal Ehwal Islam Kelantan [JAHEIK], pintu bilik hotel diketuk tetapi hanya berjaya dibuka selepas 20 minit…!

Apabila pintu dibuka, pasangan lelaki seorang Ahli Politik hanya memakai tuala mandi berwarna hijau, wanita tadi sudah tidak memakai tudung dan keadaan katil didalam bilik itu agak berselerak….

Read more..., please
click here

Lagi Best Dari Maharaja Lawak... Ambiga Vs Anwar


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan meminta pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga membatalkan perhimpunan 9 Julai sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa pilihan raya umum akan dijalankan secara bersih dan adil.

Anwar yang juga ketua umum PKR berkata beliau akan meminta Ambiga membatalkan perhimpunan itu jika Najib boleh memberi jaminan tersebut esok.

Bagaimanapun, Ambiga yang juga bekas pengerusi Majlis Peguam, dalam reaksinya, menegur Anwar kerana mengambil peranannya.

Secara berseloroh, beliau berkata, ianya bukan terpulang kepada Anwar untuk membuat keputusan tersebut.

"Kami telah memutuskan untuk mengadakan perhimpunan itu dan kamilah yang akan memutuskan sama ada hendak mengadakannya ataupun tidak," katanya kepada pemberita sebelum pelancaran rasmi perhimpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur malam ini. - Malaysiakini

Kita Mesti Tentang Ambiga Habis2an..! LG Join Perhimpunan Kat Kelab Sultan Sulaiman Semalam….



Sebanyak 57 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diketuai oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), hari ini secara terbuka mengisytihar perang habis-habisan ke atas Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Nada keras tersebut dilaungkan sebulat suara oleh hampir 3,000 ahli NGO berkenaan yang mewakili pelbagai kaum di negara ini pada majlis pelancaran Gerak Aman iaitu kempen anti-Bersih di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, di sini hari ini.

Malah, kesemua mereka termasuk hampir 300 ahli masyarakat Cina dan India juga secara terbuka, melaungkan ikrar bersedia ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai satu bentuk pengorbanan kerana ingin mempertahankan keamanan negara.

Tidak cukup dengan pengisytiharan secara terbuka itu, kumpulan NGO tersebut kemudian membakar gambar Datuk Ambiga Sreenevasan, sebagai manifestasi kebencian dan kemarahan mereka terhadap Bersih sambil melaungkan ‘aman’ sebanyak tiga kali.

Pengerusi Gerak Aman, Datuk Ibrahim Ali berkata, puluhan ribu rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan anti-Bersih akan berkumpul di ibu kota pada malam menjelang 9 Julai, sebelum digerakkan secara besar-besaran keesokan harinya bagi menghalang perhimpunan Bersih.

"Kita sudah merayu kepada pihak Bersih supaya dihentikan demonstrasi ini, pihak berkuasa juga sudah memberi amaran kerana ia mengancam negara tetapi pembangkang dan Ambiga tetap berdegil. Jadi kami terpaksa bertindak demi keamanan negara."

"Kali ini kita sanggup berdepan apa sahaja kerana kami percaya demonstrasi Bersih ini tiada sebarang kaitan dengan pilihan raya, ia dicetus agar Malaysia jadi huru-hara seperti di Asia Barat bagi membunuh sistem demokrasi dan demi kepentingan Datuk Seri Anwar Ibrahim."

"Oleh kerana inilah rentak dan tari Bersih, maka kami juga akan menari mengikut rentak yang sama. Kita akan menghalang mereka dengan apa jua kos sekalipun yang terpaksa kami tanggung," katanya kepada pemberita selepas pelancaran majlis tersebut.”

Hadir sama Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin; Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar; Presiden Gagasan Melayu Perak, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail dan Ahli Majlis Tertinggi Perkasa, Mohd. Zahid Md. Arip.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, menyedari risiko tindakan undang-undang bakal dikenakan terhadap ahli Gerak Aman, Perkasa telah menyediakan seramai sembilan peguam untuk memastikan mereka yang ditahan mendapat pembelaan.

Sementara itu, Zulkifli memberitahu, mereka menentang Bersih bukan kerana menolak demokrasi, tetapi demi memastikan keharmonian yang dinikmati sejak lebih 50 tahun lalu tidak dimusnahkan oleh petualang negara yang berada di belakang demonstrasi tersebut.

Pada masa yang sama, beliau yang juga bekas peguam bela Anwar turut mengingatkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, supaya bersedia menghadapi penentangan sengit daripada Gerak Aman yang penuh dengan semangat nasionalisme.

Utusan Online….

Sunday, June 19, 2011

Wei...! Hati2 Lah Sebab Dalam Pas Ade Penyakit Merbahaya...


Pas Umpama Kelkatu...!

Pemimpin Pas diselar kerana mengamalkan budaya 'politik kelkatu', iaitu menjadi pak turut dalam melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin menjelaskan, mereka sanggup mengetepikan agama dan perjuangan asal parti semata-mata mahu memegang kuasa.

Katanya, sokongan Pas terhadap perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini mencerminkan wajah sebenar para pemimpin parti itu.

"Tuhan bagi akal fikiran, gunakanlah. Jangan sampai jual agama, jual perjuangan semata-mata mahu pegang kuasa.

"Jangan jadi macam kelkatu. Kelkatu tahu cahaya boleh membunuhnya tetapi serangga ini tetap menuju ke arah cahaya meskipun sudah nampak kawan-kawannya yang lain jatuh.”

"Jangan kita amal politik kelkatu, iaitu politik yang boleh menjatuhkan kita," katanya ketika menyampaikan ceramah pada program Wajah Sebenar..Pakatan! anjuran Angkatan Belia Muda Kepala Batas (Bemuda) di Permatang Tok Brain, Penaga di sini malam tadi.

Hadir sama Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris.

Zulkifli menambah, beliau hairan bagaimana pemimpin Pas sanggup menyokong Bersih yang dipengerusikan oleh Datuk Ambiga Sreenevasan, iaitu penyokong kuat Majlis Antara Agama (IFC).

Kumpulan sama juga pernah menuntut hak sama rata antara Islam dan bukan Islam, selain menjadi pelopor ulung kes murtad Lina Joy.

“... Lupakah pemimpin Pas siapa Ambiga? Dialah penganjur IFC yang mereka pernah lawan habis-habisan dulu.”

“ Namun, hari ini mereka boleh angkat Ambiga. Merekalah hipokrit paling besar," tegasnya.

Utusan Online...

Friday, June 17, 2011

A Good One About Ambiga… Must Read!

LG pun nak tumpang sekaki criter pasal former President Malaysian Bar Council, Ambiga Sreenavasan.

Lawyers yang practice semua gerenti tak lupa dengan Forum Memeluk Islam kat ofis Bar Council Lebuh Pasar , Kuala Lumpur hari Sabtu 9 Ogos 2008.

Ramai yang bising pasal forum tersebut! Umat islam jadik marah... Sampaikan ade insiden dua bom api telah dilontar ke rumah banglo Datuk Seri Shahrizat Jalil kat Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara jam 3 pagi oleh dua lelaki bermotosikal . Motifnya dijangka ditujukan kepada Ambiga kerana banglo itu asalnya kepunyaan Ambiga tetapi dia dijual kepada Shahrizat pada tahun 2005. Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Ahmad Bhari Wan Abdul Khalid mengesahkan laporan tersebut....

Read more..., please
click here

At last..! Khairy & Pemuda Umno Dah Jadi Berani… Betul ker? Jangan Acah Acah Aje Taw!


Pergerakan Pemuda UMNO hari ini mengumumkan akan turut mengadakan perhimpunan pada 9 Julai depan bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai cadangan membaik pulih sistem demokrasi di negara ini.

Menegaskan ia bukan berniat untuk ‘beradu kekuatan’ dengan perhimpunan dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, perhimpunan itu bagi menyatakan sokongan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Di samping itu katanya, perhimpunan itu bagi menyatakan beberapa perkara yang dianggap perlu diperbaiki seperti pemindahan pengundi oleh pembangkang.

"Kami akan mohon permit dan bincang dengan polis mengenai laluan ke Istana Negara. Tetapi jika tidak mendapat permit sekali pun, perhimpunan itu akan tetap dijalankan kerana pembangkang juga tampak tidak mengendahkan ratusan laporan polis yang dibuat."

"Kami tidak berniat untuk bertembung. Setakat ini kami sudah mendapat sokongan daripada beberapa pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Terlalu awal menganggarkan berapa yang akan hadir tetapi kami rasa dalam puluhan ribu tidak menjadi masalah," katanya.

Haaaa…! Macam nie lah baru Pemuda namanyer!! Kena berani… Lawan jer Pkr, Pas yang sibuk nak buat hura hara kat KL guna demo Bersih. Jangan bagi muka!

Thursday, June 16, 2011

Best Nih..! Memang Terbukti Anwar Ibrahim Meliwat Saiful….?



Pada malam 28 Jun 2008 bila dah kecoh2 Saiful Bukhari buat police report kena liwat dengan Anwar, rupa2nyer ade kisah benar yang berlaku dalam Quality Hotel ramai rakyat tak tawu….

1.Anwar Ibrahim gabra.., menggeletar rasa nak demam…
2.Anwar Ibrahim takut terus plan lari nak bersembunyi kat Kedutaan Turki
3.Buat emergency meeting nak paksa Rahimi buat surat sumpah palsu…
4.Berpakat pakat buat cerita Anwar nak kena bunuh…

Memang ade perbezaan antar kes liwat Azizan [tahun 1998] dengan kes liwat Saiful… Ini yang membuatkan Anwar panik!

Dalam kes Saiful, laporan polis dibuat oleh Saiful dua hari sahaja selepas kejadian. Azizan enam tahun. Ini dua hari. Berlaku 26 Jun 2008, lapor 28 Jun.

Kedua, DNA yang ditemui dalam lubang dubur Saiful ini disahkan tidak kurang dari tujuh orang. Bukan seorang. Polis, doktor yang memeriksa, pakar forensik (beberapa orang), pakar kimia. Semua confirm ada DNA di dalam dubur Saiful. Dan semuanya confirm, bahawa DNA itu adalah sumbernya air mani.

Tak kan tujuh orang (pakar) ini nak menipu. Ketujuh-tujuh orang ini tidak kenal antara satu sama lain. Jadi, nampak beza dengan kes Azizan ?

Bukan sahaja mereka temui DNA dalam dubur Saiful, mereka dapat kenal pasti sumber DNA itu iaitu air mani “Lelaki Y” dan air mani itu ada lagi kat dalam (dubur).

Cuma orang Melayu dia tak faham. Anwar pandai. Dia pergi kat luar, dia kata tak kan lah air mani boleh bertakung.

Air mani bukan air bertakung seketul begitu. Masih melekat kat dinding dubur. Dia ambil swab, cotton bud itu, ambil swab sampel yang ada itu. Bukannya air bertakung dalam karung macam tu.

Maknanya sumber DNA dikenal pasti oleh beberapa orang yang independent, tak ada kena mengena antara satu sama lain

Read more…, please
click here

True Or False..? Datuk Hishamuddin Penakut..? Takut Dengan Pembangkang??

Please click here

Wednesday, June 15, 2011

Siape Sebenarnyer Punca Umat Islam Di Msia Dah Berpecah Belah..??


Berpecahnya umat Islam adalah kerana taksub kepada ajaran pemimpin. Al-Quran secara jelas memang menegas orang Islam itu adalah bersaudara. Tetapi apabila pemimpin berkata Islam menyuruh orang Islam berpecah-belah, yang taksub kepadanya akan berkata "Ya, benar Islam menyuruh orang Islam berpecah belah", seperti kata pemimpin mereka.

Apabila pemimpin berkata mereka disuruh tolak perpaduan dalam Islam untuk mendapat sokongan bukan Islam, mereka yang taksub akan terima bulat-bulat dakwaan pemimpin mereka. Biarlah bagaimana terangnya ajaran Al-Quran berkenaan dengan persaudaraan dalam Islam, ajaran pemimpin mereka dianggap lebih Islam dari Al-Quran.

Dahulu pemimpin mereka berkata bekerjasama dengan bukan Islam menjadikan orang itu kafir dan mereka kata "Kafir! Kafir!". Hari ini pemimpin mereka yang sama berkata mereka mesti bekerjama dengan orang yang kafir. mereka bersetuju dan terus berkerjasama dengan orang kafir. Mereka tidak lagi ambilkira dakwaan dahulu bahawa mereka akan jadi kafir.

Demikianlah dengan puak Assabiah, puak yang fanatik setia kepada pemimpin dan kumpulan mereka. Yang utama bukan ajaran Islam walaupun amat jelas. Yang diutamakan ialah kata-kata pemimpin mereka.

Hari ini umat Islam berpecah-belah kerana fahaman yang berbeza-beza berkenaan ajaran Islam. Di negara tercinta ini juga orang Melayu Islam berpecah-belah. Mereka berpecah dan menolak sebarang usaha untuk menyatupadukan mereka mengikut ajaran Islam yang terdapat dalam Al-Quran. Pemimpin mereka dan cita-cita besar pemimpin mereka untuk ke Putrajaya lebih utama bagi mereka dari ajaran Islam. Oleh itu Islam dan ajarannya yang sebenar boleh diketepikan untuk tidak menakutkan orang bukan Islam kerana sokongan mereka ini lebih utama daripada negara Islam dan hukum-hukumnya.

Read more…., please
click here

Imigresen Dera Wanita Singapore Buat “Nude Squat” Burukkan Imej Msia..., Bagi Lauk Untuk Pembangkang Lagi….!


LG ingat lagi bukan main kecoh dulu Teresa Kok bawak cerita ada wanita warga Cina kena dera buat ketuk ketampi bogel dalam lokap oilis…, tahun 2005.

Bukan main kecoh sampai Timbalan Foreign Affairs Minister masa tu Datuk Zahid Hamidi dengan sorang lagi Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Azmi Khalid kena bergegas terbang ke China mintak maaf! Tapi lepas tu kenal pasti perempuan tu bukan warga China, rupa rupanya wanita melayu kulit putih kena tahan sebab nak periksa ada sorok dadah ke tak kat tempat sulit wanita…. Teresa Kok senyap buat bodo, yang penting dia dah buat Malaysia malu!

Hari nie, ade lagi kes yang sama! Kali nie katanya Immigration offivers kat tambak Johor pulak dera dua wanita Singapore….


Jabatan Imigresen Johor telah menjalankan siasatan berhubung dakwaan dua wanita Singapura yang mereka dipaksa ketuk ketampi dan bercangkung dalam keadaan berbogel oleh anggota jabatan berkenaan.

Kedua-dua wanita itu dilapor ditahan awal pagi 9 Jun lalu, atas dakwaan cuba masuk ke Malaysia secara tidak sah.

"Kita telah menjalankan siasatan dan sudah menyerahkan laporan (berhubung insiden itu) kepada ibu pejabat imigresen di Putrajaya hari ini.

"Tunggulah keputusan daripada ibu pejabat imigresen dan kementerian," kata pengarah Imigresen Johor, Mohd Nasri Ishak ketika dihubungi Malaysiakini.

Mohd Nasri bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu kenyataaannya bercanggah dengan keputusan ibu pejabat.

Akhbar harian berbahasa Cina di Singapura - Lianhe Zaobao, melaporkan kejadian itu berlaku pada awal pagi 9 Jun lalu apabila dua wanita berkenaan memandu menyeberangi Tambak Johor dari republik itu.

Mereka menuju ke Johor Bahru dengan tujuan untuk makan malam tetapi secara cuai dan lalai melalui kaunter imigresen tanpa mengecop passport masing-masing.

Atas kesilapan itu, mereka ditahan dan didakwa sebagai pendatang asing dan dikurung di lokap di Pontian, Johor.

Wanita yang menggunakan nama samaran Lin Li Li, memberitahu akhbar itu, dia dan rakannya Zhan Ting Ting, juga nama samaran, kemudiannya diarahkan supaya menanggalkan semua pakaian mereka dan melakukan ketuk ketampi sebanyak 10 kali.

Selepas selesai melakukannya, mereka diberi pakaian tahanan dan mendakwa digari dan dikurung di bilik tahanan yang cukup memilukan.

- Malaysiakini -

Kes Anwar Ibrahim Saman Khairy Jamaluddin Settle Luar Mahkamah..! Ade Ape2 Ker..??


LG masih ingat lagi kes saman Anwar Ibrahim keatas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sebab Anwar kata KJ fitnah dia masa KJ berceramah kat Kuala Kangsar.

Semalam dapat news kes saman nie dah settle out off court. Kiranyer macam kawtim laa pinjam tagline juara Af9 Hazama!

Kenape boleh kawtim? Ade ape2 ker dua mamat nie..?? LG cuak la dengan KJ sebab dia nie semakin tak nampak aura dia sebagai Ketua sayap Umno. Pemuda macam lesu kalau nak compare dengan AMK yang tak habis2 buat attacking kat Umno & BN…

Tuesday, June 14, 2011

Kenape Tak Habis2 Nak Fitnah Dr Rais Yatim..??


Fitnah terbaru Rais Yatim membazirkan RM100 juta di dalam sehari untuk sambutan Hari Seniman satu fitnah yang tidak masuk akal,berniat jahat dan bertujuan untuk menjejaskan reputasi beliau sebagai seorang pemimpin UMNO dan kerajaan yang mahu menamatkan kerjaya politik secara bertanggungjawab bila tiba masanya setelah berkhidmat dengan 6 Perdana Menteri.

Kita tahu siapa tangan-tangan ghaib di belakang BERNAMA ini yang telah diswastakan penyiarannya.Kita tahu siapa yang berniat jahat dan ingin membalas dendam terhadap tindakan Rais yatim yang mengheret beberapa individu ke mahkamah kerana memfitnah beliau dalam kes pembantu rumahnya dan barangkali senjata fitnah yang menggunakan Bernama ini dilihat senjata yang boleh makan tuan rupanya hanyalah sebuah fitnah terancang…

Tidak cukup dengan serangan daripada portal atau blog tersebut ianya turut menerima reaksi segera daripada Ketua Menteri Pulau Pinang kononnya, sebahagian jumlah itu atau RM2 juta, boleh digunakan untuk membiayai festival Warisan Georgetown selama sebulan di Pulau Pinang yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Katanya lagi, DAPig terperanjat (kononnya) dengan laporan BERNAMA bahawa sebanyak RM100 juta telah dihabiskan untuk menyambut Hari Seniman pada 29 Mei lalu tetapi mendapat sambutan yang dingin daripada penggiat seni.

Read more…, please
click here

Kena Hati2…, Ada Agent Pkr Dalam PM’s Office…??


Please click here

Monday, June 13, 2011

Ehh.. Ehhh…! Pak Lah Badawi Tak Tidur Lagi…?


LG agak terkezuut jugak lag bila dok selak news kat Utusan Online pagi nie!

Dah lama tak dengar bunyi dari former PM kita, Tun Abdullah Badawi. Semenjak tak jadi PM dah senyap lama dah… Tiba tiba ade pulak statement Pak Lah bantai Pas!

Rupa rupanyer Pak Lah “belum tidur lagi….”


Pas Semakin Hilang Arah

KEPALA BATAS 12 Jun - Keputusan kepimpinan Pas mengubah hala tuju perjuangannya kepada negara berkebajikan bagi menggantikan penubuhan negara Islam yang lantang dilaung-laungkan selama ini membuktikan parti tersebut semakin hilang arah.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, perkembangan itu agak mengejutkan kerana Pas sanggup meminggirkan asas perjuangan yang dibina selama ini semata-mata untuk meraih keuntungan politik.

"Apa jua istilah yang mahu digunakan, Pas nampaknya meminggirkan perjuangannya. Kalau Pas tidak lagi mengikut apa yang menjadi matlamat mereka selama ini, maka cara berpolitik juga pasti akan berubah.”

"Saya fikir, ini bukan lagi soal perjuangan, ia hanya untuk mengumpan sokongan politik semata-mata," katanya selepas merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Kepala Batas di sini hari ini.

Abdullah berkata, usaha mewujudkan sebuah negara berkebajikan sudah menjadi perjuangan Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama sehingga setiap lapisan rakyat tanpa mengira kaum mendapat manfaat.

"Dalam banyak bentuk slogan, tajuk atau istilah kebajikan, kita (BN) sudah melakukannya sejak dahulu lagi dan dasar untuk menjaga kebajikan rakyat masih dilakukan sampai hari ini," katanya.
Utusan Online

P/s; ramai yang kata Pak Lah punca Pembangkang jadik kuat dan sekarang semakin kureng hajar!!