Sunday, July 15, 2012

Tan Sri Khalid Arahkan Wan Azizah Masuk Team Faekah....?


Katanya Anwar akan lari di Nibong Tebal dalam PRU-13, akibat tidak yakin lagi mendapat sokongan di kawasan sendiri. Tetapi, di Nibong Tebal juga, nampaknya Anwar tidak berapa yakin.

Dengan ceramahnya yang semakin kurang mendapat sambutan, Anwar sudah benar-benar tertekan. Justeru, Anwar terus merayau-rayau mencari kawasan yang sesuai untuk bertanding.

Isterinya, Wan Azizah pula tidak boleh bertanding kerusi Parlimen kerana meletak jawatan sebagai MP Permatang Pauh pada 2008 untuk memberi laluan untuk Anwar. Namun, dalam kenyataan beliau baru-baru ini, Wan Azizah ada menyuarakan hasratnya untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Soalnya, di mana...?

Ada yang membuat spekulasi yang beliau akan bertanding di Selangor. Tetapi, di masa yang sama Wan Azizah dikatakan ada membayangkan yang beliau ingin bertanding di kawasan beliau membuang undi, iaitu di Permatang Pasir di dalam kawasan parlimen Permatang Pauh.

Kerusi tersebut dimenangi oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man. Alasan Wan Azizah ialah, beliau hanya akan bertanding di kawasan yang dilihatnya ‘boleh menang’.

Kerusi Permatang Pasir adalah kerusi turun temurun PAS maka ia bolehlah dikira sebagai ‘boleh menang’ jika dilihat dari sudut Pakatan Rakyat (PR) sebagai sebuah entiti.

Tetapi, masalah di sini ialah, semangat kerjasama dan persefahaman antara parti-parti sekutu PR adalah terlalu longgar. Jika Wan Azizah benar-benar ingin bertanding di situ, maka beliau perlu memujuk PAS untuk melepaskannya.

Kalaupun benar PAS sanggup memberi laluan kepada PKR, apakah pengundi di sana sanggup menerima Wan Azizah sebagai wakil mereka...?

Di dalam PR, penyokong PAS tidak semestinya menyokong PKR atau DAP dan begitu juga sebaliknya. Justeru, bukan mudah untuk PR memuktamadkan pengagihan kerusi bagi menghadapi PRU yang dikatakan tidak berapa lama lagi.

Sehingga ke hari ini, walaupun Anwar sebagai Ketua Pembangkang telah mengumumkan yang pengagihan kerusi telah muktamad tetapi PAS masih belum mengesahkan jumlah kerusi yang akan ditandingi dan DAP juga masih berdolak dalih mengenainya.

Nampaknya, Anwar hanya memuktamadkan pengagihan kerusi di dalam mimpi.... Malah Anwar juga tidak dapat mengesahkan kerusi untuk isterinya...!!

Jika benar Wan Azizah ingin bertanding maka ini juga mengesahkan cakap-cakap mengenai keperibadiannya yang sukar dijangka. Wan Azizah dikatakan mempunyai cita-cita yang tidak kurang rakusnya dengan Anwar Ibrahim.

Sudah pasti segala air mata dan tebal mukanya selama ini mempunyai matlamat yang jauh lebih tinggi dari sekadar ingin membela suami biseksualnya.

Wan Azizah tahu bahawa di kala imej Anwar sudah terlalu buruk dan tidak dapat dipulihkan lagi, imej dirinya sebagai wanita mulia, waja dan tabah masih kekal. Dari satu segi, beliau telah berjaya mengalahkan Anwar yang selama ini menyiksa hidupnya.

Mungkin Wan Azizah merasakan sudah sampai masanya untuk beliau berbuat sesuatu untuk dirinya sendiri, dan bukan lagi untuk Anwar. Kerana itu, beliau ingin bertanding lagi. Masalah beliau adalah di DUN mana dan apakah PAS sanggup memberi laluan kepadanya.

Lupakan DAP, kerana DAP tidak akan mengalah untuk sesiapa saja....

Apapun keputusan Wan Azizah, yang pasti ialah seperti juga suaminya, Wan Azizah hanya akan bertanding untuk kepentingan dan kepuasan dirinya, bukan untuk rakyat ataupun negara.

Kita sebagai rakyat jangan sekali-kali lupa akan hakikat ini.

No comments:

Post a Comment