Wednesday, July 4, 2012

Di Pejabat PM Masih Ada Lagi Kakitangan Musang Berbulu Ayam Tajaan Anwar....

Kita juga tidak terkejut kalau ada laporan yang mendedahkan bahawa ada di kalangan Ketua-Ketua Jabatan,Agensi-agensi Kerajaan maupun Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian,Timbalan Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian tertentu didokong oleh orang-orang yang masih menyokong Anwar Ibrahim.....!!

Mereka ini sebelum ini pernah didedahkan bersifat seperti musang berbulu ayam, menjadi api dalam sekam..., bermuka-muka bila didepan YAB Perdana Menteri dan sekaligus menjadi agen menyalurkan segala maklumat kerajaan kepada pihak Pembangkang...

Golongan atau penyangak sebegini masih bertaburan di semua Jabatan dan Agensi.

Kenapa kita tidak perlu terkejut kerana bukan sahaja di Jabatan,Agensi atapun Kementerian-kementerian tertentu malah di Pejabat Perdana Menteri sendiri pun masih ada lagi musang berbulu ayam.

Masih ada kakitangannya yang bersimpati serta menyokong perjuangan songsang Anwar Ibrahim.

Untuk tulisan ini,saya hanya mahu mendedahkan sebahagian kecil dahulu gerakan kumpulan Anwarinas dan juga Anwarista ini sebagai petanda awal bahawa saya akan mendedahkan perancangan Anwar ataupun blue print kumpulan ataupun individu yang sebenarnya masih setia menyokong Anwar tetapi bermuka-muka di depan PM Najib.

Kononnya melafazkan taat setia kepada kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri...

Mereka ini sedang menjadi ular lidi dan sudahpun ada yang menjadi ular sawa membaham mangsa-mangsa tertentu dan menunggu masa untuk menjadi "Anaconda" bagi menelan Najib serta kerajaannya!

PM Najib sedar atau tidak bahawa di pejabatnya sendiri sedang ada usaha untuk mengsabotaj kepimpinan beliau and setiap apa yang beliau rancangkan baik untuk kerajaan ataupun parti, dalam masa yang sama Anwar sudah mendapat segala maklumat itu....

Dari mana Anwar terima ini semua kalau bukan daripada rakan-rakannya yang sudahpun berakar umbi di sekeliling Najib.

Baca seterusnya..., klik SINI

1 comment:

  1. hanya orang cerdik bijak pandai sahaja yang tahu menilai...UMNO-BN cuba nak memperbodohkan orang melayu..ini bukan perjuangan Anwar Ibrahim, ini perjuangan rakyat...

    ReplyDelete