Marah benar para penyokong PAS terhadap keputusan kajian yang dijalankan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) sehingga blogger-blogger pro-Pakatan itu memperlekehkan kreadibiliti kajian yang telah mengambil tempoh sebulan hingga dua bulan itu.
Kajian UUM baru-baru ini menunjukkan bahawa UMNO/BN mampu merampas Kedah kembali dari Pakatan, lebih tepatnya PAS Kedah, ekoran KPI Kerajaan PAS Negeri Kedah yang langsung tidak tahu buat kerja selain dari merompak hasil bumi di negeri Jelapang Padi ini.
Justeru marah dengan keputusan kajian yang memihak kepada UMNO/BN tersebut, maka blogger-blogger Pakatan melatah mempersoalkan cara dan modus operandi penyelidikan yang dijalankan oleh UUM.
Mereka mengatakan bahawa kajian seperti itu memerlukan “pilot study” dan “arm-desk research” bagi menyokong kajian yang dijalankan.
Selain itu, dia juga menimbulkan isu “siapa bakal MB Kedah jika UMNO/BN berjaya merampas Kedah”. Antara nama yang disebut ialah Datuk Mukhriz Mahathir, Datuk Paduka Ahmad Bashah Hanipah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Seri Mahadzir Khalid.
Saya tersenyum lebar melihat latah mereka mengenai kajian UUM itu. Saya tertanya-tanya, apakah mereka fikir UUM tidak punya kepakaran untuk menjana maklumat pada peringkat “grass root” dengan berkesan?
“Pilot study” dan “arm-desk research”? Apakah blogger PAS fikir UUM tidak pernah dengar ungkapan-ungkapan tersebut? Dan apakah dia fikir UUM tidak melakukan “pilot study” atau “arm-desk research”?
Kalau mereka nak tahu, UUM sudah lama dan selalu melaksanakan “pilot study” dan “arm-desk research”. Tapi, takkanlah UUM perlu beritahu blogger Pakatan dan seluruh rakyat Malaysia setiap kali mereka mahu menjalankan “pilot study” dan “arm-desk research”?
Greenboc bukannya Naib Canselor UUM untuk diberitahu segala aktiviti yang dijalankan UUM. Jadi, kalau Greenboc tak tahu apa-apa, janganlah buat macam tahu segalanya. Kalau jahil, lebih baik diam dari memperlihatkan kejahilan diri itu pada orang ramai…
Mengenai siapa bakal Menteri Besar jika UMNO/BN berjaya merampas Kedah dari terus dijajah PAS, itu bukan terletak ditangan Greenboc, rakyat Kedah, Ketua Perhubungan UMNO Negeri, Ketua-Ketua Bahagian atau Azizan Razak.
Ia bergantung kepada Allah SWT..!!! Siapa kita untuk meramalkan siapa bakal Menteri Besar Kedah. PRU ke-13 belum berlangsung dan belum tentu sama ada UMNO/BN atau PAS yang akan menang nanti.
Kalau tiba-tiba Allah mentakdirkan bahawa Azizan Razak keluar PAS dan menyertai UMNO secara tiba-tiba, bertanding sebagai calon PRU ke-13 dan menang, serta kemudiaannya dilantik menjadi Menteri Besar UMNO/BN Kedah, siapa sangka?
Itu semua kehendak dan takdir Allah! Apakah Greenboc cuba mendahului Allah SWT dengan ramalan karut marut dan berniat jahat memecah belahkan kekuatan UMNO/BN yang kembali semakin mendapat tempat dihati rakyat?
UMNO/BN perlu menang pada PRU ke-13 ini. Selepas itu barulah timbul mengenai soal siapa bakal MB Kedah. Kemudian, terserahlah kepada Allah SWT untuk mengilhamkan kepada Presiden BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dan DYMM Sultan Kedah atau Pemangku Baginda untuk memutuskannya.
Itu muktamad. Lainlah jika Greenboc berkuasa untuk menentang takdir Allah itu.
Pada saya, sebagai blogger “otai” Pakatan Haram, Greenboc lebih wajar menasihati PAS Kedah yang sedang bergoncang teruk dilanda “gempa bumi”, “puting beliung” dan “ribut taufan” yang tidak kunjung reda.
Itu bukan rahsia lagi di Kedah. Senario PAS Kedah yang berantakan bagaikan “telur di hujung tanduk”, bagaikan “retak menanti belah”!
Greenboc perlu menasihati “warlord-warlord PAS Kedah” seperti Azizan Razak, Phahrolrazi Zawawi, Dr. Ismail Salleh, Dr. Hamdan, “singa betina yang baru nikah dengan bekas drivernya” Aishah Ghani, Mahfuz Omar, Taulan Rasul dan Naib Presiden PAS, Mat Sabu yang cuba “kacau daun”!
Sepatutnya, Greenboc yang kononnya “agak terpelajar” perlu melakukan “pilot study” dan “arm-desk research” untuk menyelamatkan PAS dari dirampas kembali oleh UMNO/BN. Greenboc perlu buat kajian dan dengarlah suara rakyat yang bagaikan sudah “serik” huru-hara pemimpin PAS.
Jika sudah mendapat keputusan kajian nanti, harapnya Greenboc jangan terkejut atau menipu diri sendiri kerana sememangnya PAS Kedah memang huru-hara, teruk dan lebih teruk dari yang dijangka. Itu fakta sebenar dan realiti kehendak komuniti rakyat Kedah!
kedahan69ners.com

No comments:
Post a Comment