Seorang pemuda, Mohd Faisal Bin Rohban Ahmad hari ini berazam mahu memulakan hidup baru sebagai seorang blogger. Mohd Faisal yang sebelum ini di saman fitnah oleh Naib Presiden PAS, YB Dato’ Haji Husam Bin Musa, amat bersyukur kerana saman tersebut telah ditolak oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu dengan alasan pihak Husam telah gagal membuktikan Faisal adalah blogger yang didakwa membuat fitnah terhadapnya.
Faisal ketika bercakap dengan Kickdefella hari ini membina azam baru, dia mahu bersama Kickdefella dan rakan-rakan media sosial di Kelantan untuk menentang kemungkaran terutamanya yang menyelebungi aktiviti-aktiviti Husam Musa.

Pada Oktober 2009, Husam pernah meminta Kickdefella menjejaki seorang pemuda bernama Mohd Faisal Bin Rohban Ahmad. Bahkan pada satu malam Husam telah mengarahkan Kickdefella pergi ke sebuah rumah berdekatan Jalan Kebun Sultan pada jam hampir sebelas malam dengan menyamar sebagai pegawai kebajikan untuk mendapat maklumat mengenai pemuda itu.
Tidak cukup dengan itu, Husam juga telah menghantar ‘orangnya’ di Hospital Kota Bharu untuk menjejaki dan mengintip arwah ayah Mohd Faisal yang ketika itu terlantar sakit.
“Sebelum ini penyokong-penyokong Husam menghukum saya lebih awal dalam laman facebook mereka berdasarkan laporan harakahdaily.net sedangkan mahkamah masih belum membuat sebarang keputusan yang mengatakan saya adalah pemilik blog ruangbiacarafaisal,” kata Faisal.
“Saya pun belum memberikan keterangan di mahkamah ketika itu. Blog tersebut pun bukan milik saya, nama blog ruangbicarafaisal dan nama saya adalah Mohd. Faisal Rohban Ahmad dan hari ini Mahkamah telah buat keputusannya.
Pada 23 Oktober lalu harakahdaily.net dan Sinar Harian menyatakan saya pemilik blog sedangkan itu salah,” tambah Faisal.
Mohd Faisal sekarang sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan saman ke atas Harakahdaily dan Sinar Harian.

Kickdefella merasa terkilan bila Husam meneruskan kes saman ini walaupun Kickdefella sendiri sudah menjelaskan kepada dua sahabat karib Husam bahawa pemuda itu bukan orang yang dibuktikan dalam carian kes saman itu oleh pihak Husam.
Kickdefella adalah orang yang terlibat dari awal dalam kes ini, kerana pada satu pagi setelah Husam tewas bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS 2009, Kickdefella dimaklumkan bahawa ada dakwaan Husam menerima wang dari Tamrin Ghafar. Setelah memperolehi maklumat itu Kickdefella segera ke pejabat seorang sahabat di Wakaf Siku Kota Bharu dan ditunjukkan posting di dalam blog ruangbicarafaisal. Kickdefella kemudian mencetak posting itu dan menghubungi Husam.
Husam menyuruh Kickdefella menemuinya di warung nasi dagang di belakang pejabat Global Media Channel. Setibanya di situ didapati lihat Husam seorang diri di dalam keadaan kusut. Setelah menunjukkan posting tersebut dan meminta Husam berterus terang sama ada dakwaan itu benar atau tidak, Husam mengakui dia tidak tahu menahu kewujudan blog itu di internet sebelum ini.
Usaha memujuk Husam untuk menyelesaikan saman itu di luar mahkamah gagal kerana menurut sahabat-sahabat Husam, Husam sering berkata dia belum pernah kalah di mahkamah walaupun telah berkali-kali menyaman ramai pihak.
Husam mungkin terlupa ‘sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh juga ke tanah’. Tiba masanya Husam tunduk ke bumi dan merendah diri di dalam berdepan dengan kritikan oleh rakyat.
KICKDEFELLA

No comments:
Post a Comment