Friday, July 6, 2012

Main Belakang Beb...!!

Oleh Sanggah Tok Janggut....

Ahli Parlimen Putrajaya Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Setiausaha Agung UMNO [SUA] sedang diusahakan untuk dijadikan mangsa pertama dalam Wilayah Persekutuan oleh golongan-golongan Anwarista bagi menyingkirkan beliau untuk tidak dicalonkan sekali lagi dalam Pilihanraya Umum Ke 13 nanti.

Senarai pencalonan yang diberikan oleh seorang Pengarah sebuah agensi ditolak mentah-mentah oleh seorang individu yang dikatakan cukup berpengaruh dalam sebuah Agensi kerajaan tetapi tidak menganggotai Agensi tersebut namun dikatakan telah dilantik sebagai Ketua Operasi jabatan itu untuk menyelaras atau mengenalpasti calon-calon daripada UMNO yang akan bertanding pada PRU13 nanti. Harap-harap Najib tahu perkara ini....!

Penolakan tersebut dikatakan apabila Pengarah Agensi tersebut memberitahu bahawa hanya Tengku Adnan sahaja yang mampu mengulangi kemenangan BN di Putrajaya kerana SUA UMNO ini mempunyai `track record` membanggakan sebagai MP Putrajaya tetapi individu yang berlagak bagai orang penting Negara ini menolak cadangan tersebut dan bila ditanya balik kepada Pengarah agensi itu.

Beliaudengan penuh sindiran menjawb calon lain adalah Setiausaha Politik Perdana Menteri ataupun Ketua Pengarah agensi.

Gerakan Anwarinas ini didalangi oleh jembalang-jembalang (siapa jembalang ini akan saya dedahkan nanti...)yang bertopengkan sebagai penyokong kuat atau tegar PM Najib sedang bergerak bukan sahaja di Wilayah Persekutuan tetapi sedang menjelajah di seluruh negara.


Tidak hairanlah tiba-tiba di Pasir Puteh muncul semula nama Kamaruddin Mohd Nor (beliau adalah bekas orang kuat Anwar dan juga ABIM)untuk dicalonkan semula sebagai calon UMNO untuk Parlimen itu.

Ramai lagi calon yang dilihat sebagai anggota Usrah bekas ahli ABIM yang dikatakan sentiasa berkampung melakukan majlis usrah di Bangi dan Puchong dengan diketuai oleh Sidik Fadhil dipercayai akan mendominasi pencalonan PRU13 nanti.

Kalau ini benar, PM Najib serta UMNO sedang menempah lubang kubur untuk kebumi dan ditallkinkan...!!

Gerakan Anwarista sedang mengsasarkan bekas-bekas anggota ABIM sebelum ini dan juga rakan-rakan yang pernah bersama-sama menyokong Anwar Ibrahim.

Malah dalam Wilayah Persekutuan seperti yang disebutkan awal tadi proses membuang nama-nama pemenang PRU12 sedang giat dilaksanakan.

Individu tersebut sebelum ini pernah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Bahagian Putrajaya dan saya harap apa yang saya dengar ini tidak benar , apabila beliau dikatakan telah ditaja sebanyak RM1 juta untuk menentang Tengku Adnan Tengku Mansor di Bahagian Putrajaya oleh sesorang yang cukup berpengaruh di pejabat Perdana Menteri.

Kita harap tajaan RM1 Juta itu tidak benar dan kalau benar,kita harap PM Najib tahu apa yang sedang dilakukan oleh kakitangan di pejabatnya itu malah lebih memualkan lagi bila individu ini juga pernah mendapat peruntukan lebih sejuta ringgit untuk menjayakan satu konvoi dalam negeri sedangkan ketika itu sedang berlangsung Perhimpunan Agung UMNO.

Beliau juga diberikan segala hak dan keistimewaan untuk keluar masuk di sebuah agensi dan mengatur segala macam program yang mana program-program tersebut lebih kepada mengaut kentungan peribadi...!

Beliau bebas melakukan apa sahaja tindakan keputusan serta dilantik sebagai Ketua Operasi kerana hubungannya yang terlau baik,rapat serta intim dengan salah seorang pegawai politik PM Najib.

Gerakan Anwarista ini dibimbangi telah pun mempengaruhi "War Room" yang katanya diketuai oleh bekas orang kuat Najib yang sedang menjadi Pengerusi sebuah pusat dagangan.

Difahamkan ianya turut mengaburi mata seluruh ahli-ahli `war room` yang telah diberikan tanggungjawab untuk menapis senarai calon dan seterusnya menjadi `winnerble candidate` seperti yang PM Najib maksudkan.

Sekiranya gerakan Anwarinas ini tidak dibendung, Najib akan mengulangi nasib seperti Pak Lah apabila "Tingkat Empat" cukup menguasai serta berpengaruh dalam membuat keputusan, akhirnya Pak Lah tumbang sebelum sampai waktunya...!

Najib silap kalau meletakkkan sepenuh kepercayaan kepada "Tingkat Empat" sebagai Penasihat Politiknya. YAB PM seharusnya banyak belajar dari kaedah politik ayahnandanya yang tidak menggunakan orang-orang politik sebagai Penasiht....

Kita harap Najib tahu ada sesuatu yang bakal meracuninya.

Untuk tulisan ini, saya hanya mahu mendedahkan ini dahulu dan bakal menyusul selepas ini adalah pendedahan bagaimana pihak polis dihalang untuk membuat tangkapan ke atas seorang pemimpin pembangkang yang menghina mahkamah...!

Akan saya dedahkan juga nanti bagaimana dokumen-dokumen sulit dibawa keluar untuk jatuh di tangan pembangkang dan bagaimana Ops Kampus terpaksa dihentikan apabila maklumat-maklumat berkaitan Ops tersebut bocor...!

Apa pun pendedahan yang bakal berlaku ini saya harap bukan sesuatu yang benar dan kalau benar,saya harap Najib juga telah mengetahuinya.

No comments:

Post a Comment