Thursday, July 12, 2012

Kesian Datuk Sri Najib....! TERKENA Lagi Dia....

Baru baru ini salah seorang Exco Pemuda UMNO Malaysia Datuk Muhammad Khairun Aseh mengkritik tindakan ‘kurang bijak’ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam [SPA] yang memperkenalkan dua dasar baru “kununnnya” bertujuan mahu meningkatkan peluang permohonan jawatan ke sektor awam sebagai menindas dan tidak berdaya maju…

Dasar baru yang berkuatkuasa 2 Julai 2012 sebenarnya menindas kerana menutup peluang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia [SPM] kerana sudah pasti keutamaan akan diberikan kepada pemegang ijazah.

CUEPACS dalam raeksi segera menyifatkan tindakan SPA membernarkan pemegang Ijazah Sarjana Muda memohon jawatan diperingkat lulusan SPM sebagai suatu tindakan tidak relevan dan “langkah kebelakang”.

Dasar SPA ini langsung tidak mencerminkan daya saing dalam kalangan pemohon yang berbeza kelayakan malah mendakwa ia adalah satu pembaziran.

Dasar seumpamanya pernah diamalkan dahulu, calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda layak memohon jawatan di peringkat SPM. Bagaimanapun, ia lebih banyak mendatangkan masalah berbanding menyelesaikannya….

Apa akan berlaku kepada calon yang memiliki diploma atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)…?.

Sekiranya calon memiliki ijazah tersebut menerima tawaran yang setimpal dengan kelayakan, sudah tentu dia akan meninggalkan jawatan SPM yang dimiliki. Kemudian, SPA perlu buat lagi temuduga untuk cari pengganti, ia adalah pembaziran dan menyebabkan kekecohan.

Ia bukanlah penyelesaian yang realistik kepada masalah 35,000 pemilik ijazah yang bekerja secara kontrak ketika ini…!!

Semenjak SPA mendapat Tan Sri Mahmood Adam sebagai Boss baru pada 19 Mei 2012, nampaknya dasar yang baru diperkenalkan ini terus mendapat kritikan dan bukannya pujian…!

Apakah Mahmood Adam ini kurang bijak untuk membuat keputusan yang penting dan tidak mencetuskan sebarang kontrovesi sekaligus menyusahkan hidup YAB Perdana Menteri Datuk Sri Najib…?

Blog MIK pernah melibas salah seorang “orang kuat” kerajaan di Putrajaya kerana berkelakuan saling tak tumpah seperti Mahmood Adam, klik sini.

Kali ini apakah Mahmood Adam juga mahu menerima nasib yang serupa…?

Blog MIK hanya mahu menyaksikan segala urus kerja YAB PM kita sentiasa didokong, dibantu oleh mereka yang boleh memainkan peranan menjayakannya…

Kita tidak mahu melihat sebarang keputusan dimana akan berkesudahan dengan mengheret Najib menjadi seperti Badut ditertawakan oleh rakyat kerana silap langkah beberapa spesis pegawai atasan kerajaan yang TOLOL…

Masihkah anda ingat lagi bagaimana Najib dimalukan kerana kesilapan bekas Ketua Setiausaha Negara [KSN] dalam isu hangat SPBA, saksikan video klip dibawah ini…;



Setelah menyaksikan video klip diatas, kita jangan hanya melihat kelakuan pihak Ahli Parlimen Pembangkang sahaja TETAPI harus melihat dari sudut ruang yang digunakan oleh mereka menyerang YAB PM, yang pentingnya ruang dan peluang itu disediakan seluas luasnya oleh Tan Sri KSN..!!

Kalau tidak kerana “stupid mistake” beliau itu, tidak mungkin Najib diserang sedemikian rupa..!

Mahmood Adam juga pernah gagal dalam melaksanakan salah satu Government Exercise secara besar besaran oleh sewaktu beliau menghabiskan waktunya selama 3 tahun sebagai KSU bersama Kementerian Dalam Negeri [KDN].

Program 6P iaitu - PENDAFTARAN, PEMUTIHAN, PENGAMPUNAN, PEMANTAUAN, PENGUATKUASAAN dan PENGUSIRAN.

Rasional KDN berhubung Program 6P adalah untuk memantapkan pengurusan warga asing di negara ini, membantu mengawal kemasukan baru pekerja asing ke negara ini, membantu pengurusan aktiviti ekonomi negara ini dan membantu mengawal perkembangan jenayah di negara ini.

Pengampunan Pendatang Asing Tanpa Izin - PATI bukanlah kali pertama dilakukan…

Kerajaan pernah cuba melaksanakannya pada tahun 1989, 1991, 1996 dan 2004. Apabila ditinjau kembali sejarah, tindakan pengampunan PATI lazimnya berlaku semasa ekonomi berada dalam keadaan tidak menentu.

Apabila ekonomi menjadi lemah, kerajaan terpaksa memberhentikan projek pembangunan, seterusnya pengawalan kemasukan pekerja asing baru dan pengurangan bilangan PATI…..

Kerajaan Persekutuan telah meminda Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) pada tahun 2002 dan memberatkan hukuman terhadap majikan yang mengupah PATI.

Mana mana “Pesalah” akan berdepan dengan denda sebanyak RM10,000, 5 tahun penjara, 6 kali sebatan dalam usaha kerajaan untuk mengurangkan bilangan PATI.

Pada 1 Mac 2005, kira-kira 3 ribu orang anggota polis serta 5.6 ribu anggota RELA mula mengambil tindakan terhadap pekerja asing yang masih berada dalam negara selepas pengampunan sekitar tahun itu. RELA boleh mendapat emolumen RM100 bagi setiap penangkapan PATI.

Walaupun kerajaan sering menyatakan kemahuan untuk mengurangkan pergantungan kepada tenaga pekerja asing, tetapi fakta menunjukkan hakikat yang sebaliknya….

Apabila dibandingkan 409,660 pekerja asing sah pada tahun 1999 dengan 2 juta pekerja asing sah pada tahun 2008, bilangan perkerja asing sebenarnya tidak menurun, tetapi meningkat secara besar-besaran….!!

Mari kita lihat dibawah ini, angka angka terkini mengenai kebanjiran warga asing dalam negara kita.

Selepas pengampunan dan pemutihan PATI, KPRU mendapati jumlah pekerja asing sah meningkat kepada 1,004,948.

Namun, selepas proses pengampunan dan pemutihan, masih terdapat sejumlah 872,830 PATI yang membuat pendaftaran di bawah Program 6P yang belum diketahui status mereka. Sila lihat Jadual dibawah ini;

Mahmood Adam tidak sepatutnya menambahkan beban dan pening kepala Najib menjelang hampirnya Pilihanraya Umum ke 13 ini…!

Beliau seharusnya membalas kepercayaan Najib terhadapnya walaupun Program 6P menemui kegagalan namun tetap terpilih mengetuai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Sebarang keputusan melaksanakan dasar yang tidak sesuai seperti yang baru baru ini diumumkan oleh SPA sebenarnya mengundang padah dan sebarang protes berkesudahan dengan BN akan kehilangan undi rakyat pada PRU ke 13.

Kesian sungguh kita menyaksikan kerja kuat dan usaha gigih Datuk Seri Najib dengan mudah dijahanamkan oleh spesis seperti individu bergelar Tan Sri Mahmood Adam…!

1 comment:

  1. selepas penambahbaikan tangga gaji dalam perkhidmatan awam, jumlah pemohan kerja di perkhidmatan awan semakin meningkat. ini menyebabkan saing semakin bertambah di semua peringkat jawatan.

    ReplyDelete