Ini satu lagi dakyah yang dimainkan oleh pemimpin pembangkang dalam perang saraf mereka. Kalau difikir memang tidak lojik.Kerajaan yang memerintah ialah Barisan Nasional manakala penentu bila nak bubar Parlimen untuk pilihanraya ialah Perdana Menteri.
Sebaliknya mereka berlagak bagai profesor serba tahu konon dalam usaha hendak tunjuk mereka cukup yakin boleh menang pilihanraya umum ke 13.
Makanya kebelakangan ini kerap kita dengar pemimpin pembangkang tabur dakwaan kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak sengaja lambat-lambatkan PRU13 kerana BN tidak yakin boleh menang.
Menariknya mereka juga dakwa sepatutnya Perdana Menteri nak adakan PRU13 sejak beberapa bulan lalu tetapi tangguh dan kemudiannya tangguh lagi.
Betulkah BN tidak yakin...?
Jawab soalan mengenai dakyah ini ketika ditanya Agendadaily dalam sidang akhbar selepas beliau mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di PWTC Jumaat ,malam Najib berkata tidak timbul samasekali BN tidak yakin.
Beliau menjelaskan ia berkait dengan soal tempoh mandat dalam sesuatu penggal iaitu selama lima tahun.
Jadi tidak timbul soal pilihanraya umum perlu awal.
Menurutnya BN telah diberi mandat oleh rakyat untuk tempoh lima tahun bagi memperlihatkan kemampuan memimpin dan mentadbir negara serta membawa kemajuan dan membela untung nasib rakyat.
"Kalau kita buat pilihan raya terlalu awal, bererti kita memendekkan tempoh yang rakyat telah berikan kepada kita.
"Jadi tidak timbul soal tidak yakin. Pada kita, yang penting (ialah) untuk menunjukkan kemampuan kita untuk terus membela rakyat," katanya.
Perdana Menteri berkata rakyat telah didapati telah memberi sambutan yang baik terhadap program-program dan pembaharuan yang dilaksanakan kerajaan kebelakangan ini.
Menurutnya hal ini dapat disaksikan melalui lawatan beliau dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke negeri-negeri.
Beliau berkata ini menampakkan sokongan rakyat yang sangat memberangsangkan dan ini mencerminkan tahap keyakinan mereka terhadap BN semakin bertambah.
Ditanya pula apakah BN yakin menang jika PRU13 diadakan hari ini,beliau segera menjawab, 'Kita tidak boleh takbur'.
Apapun Najib membayangkan BN mempunyai keyakinan itu.
Beliau mengambarkan ia bukan sesuatu 'penilaian kosong' tetapi dibuat berasaskan respon rakyat yang positif.- Agendadaily

No comments:
Post a Comment