Monday, January 16, 2012

Dato Dr Hasan Ali TAK Akan Merayu....! Pagi Ini Jam 11 Ada Announcement Penting....

Bekas Pesuruhjaya PAS, Datuk Dr Hasan Ali menegaskan beliau tidak akan mengemukakan rayuan berhubung pemecatannya kerana beliau melihat dirinya tidak boleh kekal bersama parti itu.

Hasan yang dipetik Sinar Harian sebagai berkata, perjuangan beliau demi Islam akan dikhianati sekumpulan 'parasit' jika kekal dalam PAS.

Beliau dipecat oleh PAS berikutan tindakannya yang didakwa menyalahi dan merugikan parti berdasarkan kepada Fasal 82 (9) perlembagaan parti.

Bagaimanapun, beliau diberi tempoh sehingga 7 Februari depan untuk mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura.

Pada Jumaat, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Sultan Selangor membenarkan pemecatan Hasan daripada jawatannya sebagai exco kerajaan negeri itu.

Hasan berkata, terdapat sekumpulan 'parasit' dalam PAs yang tidak menyukainya setiap kali beliau menyuarakan isu berhubung alkohol dan murtad di kalangan umat Islam di Selangor.

"Saya tidak boleh mempertahankan Islam dalam parti kerana rakan parti dan sekumpulan parasit ini tidak menyukai isu alkohol dan murtad di Selangor diperjuangkan," katanya.

Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia berkata, penentangan terhadap perjuangannya terbukti apabila beliau dikritik kerana menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang melakukan serbuan ke atas sebuah gereja tahun lalu.

"Saya tidak boleh. Jiwa saya tak boleh. Saya tidak nampak kenapa saya perlu kekal di dalam parti.

"Saya sanggup digugurkan dalam exco dan meninggalkan segala keistimewaan. Walaupun saya amat selesa dengan jawatan itu, saya akan tinggalkan demi menyelamatkan diri, anak-anak, keluarga dan umat Islam," katanya.

Menurutnya, beliau tidak keseorangan dalam perkara tersebut dan yakin akan wujud pergerakan besar-besaran untuk memperjuangkan akidah umat islam di negara ini.

Dato Dr Hasan Ali akan mengadakan PC ekoran dari "pemecatan"nya dari jemaah exco Selangor. Jawatannya aka diisi oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani.

PC belau telah dijadualkan untuk pukul 11 pagi di rumahnya berdepan Masjid Ghufran (atas bukit), Taman Tun Dr Ismail.

No comments:

Post a Comment