Tuesday, January 10, 2012

Sistem Kehakiman Malaysia Yang Terbaik Dari Ladang....


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, keputusan mahkamah hari ini yang membebaskan Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat telah dapat membersihkan sama sekali kerajaan daripada tuduhan tidak berasas berhubung campur tangan dan konspirasi kerajaan terhadap pemimpin pembangkang itu.

“Keputusan hari ini sekali lagi menunjukkan bahawa di sebalik apa yang telah didakwa, sistem kehakiman Malaysia adalah sebuah institusi bebas di mana baik politik mahupun ahli politik mempunyai sebarang pengaruh berhubung pelaksanaan keadilan,” katanya.

Najib berkata, ini sebaliknya mengukuhkan pemisahan kuasa yang jelas bagi setiap cabang kerajaan Malaysia, dan begitu juga cabang lain tidak campur tangan dalam urusan cabang yang lain.

“Sebagai ketua cabang eksekutif, saya hormati keputusan cabang lain dalam kerajaan, badan kehakiman,” kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebaik kepulangan beliau hari ini daripada satu lawatan ke Afrika Selatan.

Mahkamah Tinggi hari ini melepaskan dan membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, pada 2008.

Najib berkata, kes ini dibawa oleh seorang individu persendirian dan adalah penting tuduhan beliau itu didengar di mahkamah.

“Jauh daripada menjadi satu perbicaraan bermotifkan politik, ia telah menjadi satu gangguan yang tidak dialu-alukan daripada hal yang lebih penting untuk mentadbir negara kita demi kepentingan rakyat Malaysia,” katanya.

Ini merupakan tuduhan meliwat yang kedua dihadapi Anwar.

Pada 8 Ogos, 2000, dia disabitkan dan dihukum penjara sembilan tahun selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi kerana meliwat pemandunya Azizan Abu Bakar.

Bagaimanapun, empat tahun kemudian, dia dibebaskan selepas Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 2-1, mengubah sabitan itu dan mengetepikan hukuman penjara.

1 comment:

  1. Lawyer Lydia
    Salam Hormat

    “Jauh daripada menjadi satu perbicaraan bermotifkan politik, ia telah menjadi satu gangguan yang tidak dialu-alukan daripada hal yang lebih penting untuk mentadbir negara kita demi kepentingan rakyat Malaysia,” katanya.

    Betulkah najib kata begitu?
    Macamana? - satu gangguan?

    cer citer?

    ReplyDelete