Saturday, January 21, 2012

Ah Jib Gor Bagi ANG PAU RM2.5 Juta Kepada SMJK Chong Hwa... Berbaloi Ker Nak Dapat Undi Cina Untuk BN...??

Kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM2.5 juta kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chong Hwa Jalan Gombak di sini bagi pembinaan bangunan baru sekolah tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan telah meluluskan model pembangunan projek bagi menggantikan bangunan sekolah yang sudah lama.

“Peruntukan yang diberikan itu merupakan sebahagian daripada sumbangan kerajaan melalui Belanjawan 2012 untuk sekolah jenis kebangsaan Cina.

“Sebagai Ah Jib Gor (abang), saya nak beri angpau kepada sekolah ini sebagai sumbangan ikhlas kepada rakyat,” katanya semasa melawat sekolah berkenaan dalam Program Turun Padang ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Turut mengiringi beliau ialah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Timbalannya, Datuk M. Saravanan; Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek; Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong dan Pengerusi BN Wangsa Maju, Datuk Mohd. Shafei Abdullah.

Najib turut mengumumkan sambutan baik masyarakat Cina terhadap akaun laman sosial Facebook bahasa Cinanya iaitu ‘Ah Jib Gor’ yang bermaksud Abang Najib mempunyai 12,000 pengikut selepas tiga hari dibuka.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, sokongan berterusan daripada rakyat penting untuk memastikan program transformasi yang dirancang kerajaan dilaksana dalam usaha negara mengejar status negara maju.

No comments:

Post a Comment