Thursday, January 19, 2012

Datuk Seri Utama Rais Yatim Seronok Makan Durian..., Strategi Anwar Pula Memakan Diri..!!

Tindakan Anwar Ibrahim mempergunakan media asing sebagai platform untuk memburukkan Malaysia di luar negara dilihat memakan dirinya sendiri.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, keadaan tersebut disebabkan ketelusan yang didukung media berkenaan dalam menilai kesahihan kenyataan Ketua Pembangkang itu kini.

“Tindakan Anwar menjaja Malaysia sebagai negara tidak baik menunjukkan beliau seorang pemimpin yang tidak mengenang jasa setelah diamanahkan sebagai seorang pemimpin suatu waktu dulu dan pernah menerima habuan daripada negara.

“Oleh itu jika tohmahan terhadap negara diteruskan, dengan sendirinya telah memalapkan imej Anwar, sekali gus reputasinya akan turun serta lama-kelamaan ramai pihak tidak akan mempercayainya.

“Penilaian imej Anwar ini adalah seperti juga dikatakan oleh majalah The Economist dan beberapa pihak yang begitu telus dan lantang pandangan mereka terhadap pemimpin seperti itu,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pesta Durian Bersama Media Asing di Kompleks Kraf di sini hari ini.

Antara yang hadir Ketua Biro The Globe and Mail di Beijing, Mark Mackinnin, media-media asing dan ketua-ketua pengarah jabatan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan The Economist melabelkan Anwar sebagai pemimpin yang tidak boleh dipercayai walaupun Ketua Pembangkang itu baru dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya.

Seperkara lagi, kata beliau, sepatutnya Anwar berterima kasih kepada sistem kehakiman negara atas pembebasan beliau berhubung kes liwatnya tempoh hari.

Namun sehingga kini beliau gagal menyatakannya dengan jelas. Ini menunjukkan Anwar tidak percayakan sistem tersebut.

“Kita harapkan masyarakat boleh menilai dan menzahirkan dalam bentuk yang konkrit terhadap reputasi serta pimpinan seperti ini.

“Kerja-kerja baik yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam situasi kini kian lama kian baik dan ini seharusnya diterima oleh masyarakat khasnya berhubung Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan pelbagai bentuk bantuan selepas ini,” kata beliau.

No comments:

Post a Comment