Tuesday, January 10, 2012

Bolehkah Anwar Ibrahim Terlepas Hukuman Mahkamah Allah...?


Mahkamah manusia sudahpun membuat keputusan, maka sudah tiba masa Anwar Ibrahim berani berhadap dengan Mahkamah ALLAH pulak…! Apa maksud Mahkamah ALLAH?

Maksudnya ialah Anwar dan Saiful Bukhari Azlan patut menyerahkan hakikat kebenaran aduan kes Anwar meliwat Saiful ini kepada ketentuan Ilahi…

Saiful sudah berbuat sedemikian dari awal lagi. Setelah mantan Mufti Perlis Dr. Asri Zainul Abidin memberikan nasihat kepada kedua-dua Saiful dan Anwar supaya membuat sumpah mubahalah, maka Saiful tanpa sedikit pun keraguan terus mengangkat sumpah;
“Wallahi, Watallahi, Wabillahi, saya Saiful Bukhori Azlan dengan ini bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Anwar Ibrahim dengan memasukkan zakarnya kedalam dubur saya. Jika saya berdusta, maka la’nat ALLAH akan turun keatas saya dan keluarga saya…”

Cabar Anwar supaya berbekalkan keputusan Mahkamah sivil itu, dia sepatutnya tidak lagi berdolak-dalik untuk melakukan sumpah mubahalah saperti yang dinasihatkan oleh Dr. Asri itu.

Malah Anwar, berserta dengan Saiful, mengadakan solat hajat perdana bersama ribuan jemaah lain untuk memohon petunjuk dan hidayah daripada ALLAH, menadah tangan bersama-sama supaya ALLAH menunjukkan diantara Anwar dan Saiful; siapa yang benar, siapa yang salah dan berbohong…..

Dan kepada yang bersalah dan berbohong itu, diminta ALLAH menurunkan laknat kepadanya…! Doanya mudah, iaitu tuan Imam hendaklah berdoa lebih kurang saperti berikut:
“Ya ALLAH ya Rahman, kami datang kepada Mu Ya ALLAH, dengan segala kelemahan, kerendahan diri dan kekerdilan kami, kejahilan dan kebodohan kami, kami memohon kepada Mu Ya ALLAH supaya memberikan petunjuk dan hidayah kepada kami tentang permasalahan aduan yang dibuat oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan, yang mengadu dia diliwat oleh Anwar Bin Ibrahim, dengan memasukkan zakarnya kedalam dubur Saiful; walhal Anwar Bin Ibrahim menafikan dia ada berbuat sedemikian….!

Maka dengan kebesaran nama mu Ya ALLAH…, dengan lafaz Wallahi, Watallahi, Wabillahi, kami , termasuk Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhori, memohon petunjuk dan hidayah daripada Mu, tunjukkanlah kepada kami, didunia ini, dengan seberapa segera mengikut ketentuan masa Mu Ya ALLAH, siapa diantara Saiful dan Anwar ini yang bercakap bohong Ya ALLAH….!

Dan kami memohon kepada Mu Ya ALLAH, berilah petunjuk dan hidayah mu itu dengan menurunkan laknat dan bala kepada penama yang berbohong tersebut; dengan cara laknat dan bala yang bersesuaian mengikut kehendak dan ketetapan mu, agar jelas kepada kami siapa yang berbohong diantara keduanya. Ameen Ya Robbal ‘alamin…”.

Syaratnya kedua-dua Saiful dan Anwar mesti hadir dalam solat hajat perdana tersebut. Siapa sahaja yang berkelayakan boleh menjadi Imam dan membacakan doa tersebut.

Samada Tok Guru Nik Aziz, Haji Hadi Awang, Tan Sri Harussani Zakaria, Dr. Asri Zainul Abidin atau mana-mana individu lain yang difikirkan layak dan sesuai.

Selepas mengadakan solat hajat dan memohon doa saperti diatas, maka kita serahkanlah kepada ALLAH untuk memberikan ketentuan dan taqdirnya, insya ALLAH!

Kepada Anwar…, bersujud syukurlah kerana ALLAH masih memberi peluang kedua. Second chance…! Bertaubatlah, dan kembalilah kepada kehidupan Islam berdasarkan Al Quran dan Sunnah!

Tinggalkanlah perjuangan peribadi untuk memuaskan nafsu nak menjadi Perdana Menteri. Anwar memang sudah tidak layak memimpin negara umat Islam ini. Gunakanlah kesempatan masa yang ada ini untuk bermuhasabah dan membuat persediaan ke alam kepastian: alam mati!


Anwar pun sudah berada di umur “subsidi”, umur yang Rasulullah saw sebut sudah layak masuk pencalonan ahli barzakh, umur yang pepatah Melayu sebut “rumah kata pergi, kubor kata mari”. Sudah-sudahlah tu, pergunakan peluang dan ruang yang ALLAH beri sebaiknya!
Kepada Saiful…, ketewasan didunia bukan bermakna kegagalan selama-lamanya. Jangan lupa, pembalasan diakhirat menunggu mereka yang menzalimi dan menganiaya kamu. Kesabaran itu kunci ketenangan.

Perbanyakkan doa dan munajat kepada ALLAH Yang Maha Esa, pohonlah kekuatan dan petunjuk kebenaran kepadanya. Ingat pesan Rasulullah saw, tidak ada hijab dengan ALLAH untuk doa orang yang dizalimi. Berdoalah.., kerana doa itu senjata orang muqmin!

Kepada rakyat Malaysia, walaupun Mahkamah perundangan sudah membuat keputusan, namun Mahkamah Rakyat juga punya kuasa yang tersendiri. Masih belum terlewat untuk Mahkamah Rakyat membuat keputusan dan menghukum si durjana. Gunakanlah kuasa itu sebaiknya.

Kembalikanlah maruah dan harga diri rakyat dan negara ini! Lakukanlah yang ma'ruf, cegahlah kemungkaran! Pastikan si durjana dihukum sebaiknya dalam Pilihanraya Umum Ke 13 akan datang…. Suara rakyat suara keramat….!

Hak rakyat hak yang tidak boleh digugat! Satu undi penentu masa depan agama, bangsa dan tanahair tercinta ini!

Baca seterusnya…, klik
sini

No comments:

Post a Comment