Saturday, January 28, 2012

Projek Zuraidah Gagal...!!

Pengarah Eksekutif NFCorp, Wan Shahinur Izmir Salleh menafikan sekeras-kerasnya dakwaan beliau dan anggota keluarganya menggunakan duit pinjaman RM250 juta untuk berbelanja mewah dari menggunakan wang tersebut untuk projek lembu fidlot.

Beliau nyata kesal dengan pelbagai dakwaan dan tohmahan terhadap keluarganya sehingga diberitakan wang dibelanjakan untuk membeli kereta mewah, kondominium dan paling mengaibkan katanya membeli baju dalam berharga RM16,000.

Wan Shahinur dilihat agak terkejut dengan kehadiran wartawan di Kelab Sultan Sulaiman petang tadi sepatutnya hanya mengadakan perjumpaan dan memberi taklimat kepada dengan sebuah badan NGO yang dikenali sebagai Gabungan NGO-NGO Malaysia.

"Perjanjian pinjaman ini telah ditandatangani. Kegagalan untuk membayar pinjaman hanya akan menyebabkan pihak kami diisytiharkan bankrap malah boleh dipenjarakan. Kami tidak akan lari dari tanggungjawab membayar setiap sen dari pinjaman ini.

Tidak timbul langsung soal penyalahgunaan wang pinjaman," kata Wan Shahinur, yang juga adalah anak kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Pihak NFCorp agak kecewa apabila aset dibekukan. Kami perlu memikirkan cara terbaik untuk menguruskan syarikat. Pihak kami perlu membelanjakan RM400,000 sebulan untuk pemakanan lembu fidlot dan pembayaran adalah dalam bentuk tunai kepada para pembekal.

Masa pihak pengurusan turut terganggu kerana 8 hingga ke 9 jam kami perlu memberi kenyataan di balai polis."

Beliau juga memberi penjelasan keputusan syarikat membeli dua unit kondominium di One Merenung adalah satu keputusan terbaik kerana telah memberi pulangan dalam bentuk sewa dan mempunyai nilai yang tinggi untuk dijual.

"Pembelian kondominium ini jelas tercatit dalam perjanjian MOA (Memorandum of Agreement) yang membolehkan syarikat untuk melabur.

Hartanah ini adalah pelaburan terbaik bagi membolehkan kami membayar kembali pinjaman walaupun projek ini telah ditangguhkan. Pinjaman perlu dibayar" kata beliau.

"Kami berniaga dan bukannya ahli politik," tegas Wan Shahinur yang turut menjelaskan projek ini juga bertujuan untuk mewujudkan rangkaian perniagaan bagi kaum bumiputera.

Dalam pada itu beliau memohon maaf kerana kelewatan untuk mengadakan sesi taklimat yang sepatutnya dijadualkan bermula jam 3.30 petang dan hanya bermula kira-kira dua jam selepas itu.

KL Pos

No comments:

Post a Comment