Jimmy seorang yang "pelik" dan enggan bercampur gaul dengan ahli-ahli keluarganya yang lain dalam apa-apa majlis yang diadakan.
"Dia ingat dia tu superstar tak layak untuk bergaul dengan sanak saudara saya. Setiap kali majlis kenduri diadakan oleh bapa saya, Jimmy jarang bertegur sapa dan bersalaman dengan sanak saudara kami.
Setelah sekian lama berdiam diri, isteri kepada pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh, iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimy, mendedahkan faktor utama berlaku keretakan rumah tangga mereka adalah disebabkan suaminya itu pernah memukulnya serta terlalu mengongkong.
"Saya tidak suka Jimmy kerana perangainya pelik yang bukan seperti orang biasa. Semasa majlis pertunangan kami, rombongan pihak lelaki yang hadir hanya lima orang sahaja dan semasa majlis akad nikah, rombongan pihak lelaki tak sampai 10 orang... itu pun di kalangan ahli keluarga sahaja.
"Tidak ada artis atau selebriti yang hadir bagi pihak dia (suami). Untuk pengetahuan umum, itulah perangai Jimmy Shanley yang tidak mempunyai kawan," ujar Nursuhaila dalam satu kenyataan bertulis yang diedarkan kepada para wartawan dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di syarikat milik keluarganya, Perwanza Enterprise (M) Sdn Bhd, di Damansara Damai di sini, Isnin.
Suhaila, 25, berkata, sejak berumah tangga pada 1 Oktober tahun lalu, kehidupannya tidak tenteram kerana mereka sering bertengkar disebabkan Jimmy,32, enggan membenarkan dia keluar bersama rakan-rakan.

"Paling teruk saya pernah dipukul lebih kurang empat hingga lima kali sepanjang sebulan bersamanya. Sebelum akad nikah dan semasa berbulan madu di Koh Samui (Thailand) saya juga mengalami peristiwa yang serupa.
"Selama ini saya berdiam kerana tak nak publisiti murahan...saya orang bisnes dan tak suka publisiti macam ni.Banyak lagi yang saya pendamkan dan tak perlu dihebahkan kepada umum," ujarnya.
Tambah Suhaila, dia tidak faham mengapa Jimmy tidak cuba untuk berkomunikasi dengannya setiap kali mereka menghadapi masalah tetapi pengacara itu lebih senang mengadu kepada ibu Suhaila, Muniroh Kasim.
Dalam pada itu, Suhaila juga mendakwa, Jimmy tidak membuat sebarang pembayaran kos rawatan bersalinnya, bayaran mengurut mahupun wang untuk membeli lampin untuk anak mereka Zahrah Shanley yang lahir pada 24 Jun lalu.
"Dia kata dia seorang yang bertanggungjawab... semestinya dia sudah membuat persiapan tersebut dan bukan cakap kosong di media sahaja.
"Selepas bersalin, saya tidak pernah pun menghalang dia untuk berjumpa anak kerana saya tahu, Zahrah juga memerlukan Jimmy dan saya tidak akan halang kasih ayah terhadap seorang anak," ujarnya.
Read more…, please click here
Kenapa individu sama sejenis mahukan sebuah institusi perkahwinan? Perlukan zuriat? Tak dapat hidup tanpa berpasangan? Mencinta seorang insan? Atau apa? Nah! jawapannya adalah berbagai.
ReplyDeletePerkembangan institusi perkahwinan global menunjukkan trend yang menyongsang. Pasangan yang dulunya tak dianggap layak berkhawin tetapi sekarang ini telah diberikan hak berkenaan.
Sementara pihak yang layak mendirikan institusi berkenaan sama ada enggan menggunakan hak berkenaan atas berbagai alasan atau bagi mereka yang telah mendirikannya, semudah itu pula merobohkannya.
Apakah individu berlainan jenis tidak lagi melihat institusi perkahwinan sebagai satu keperluan utama tetapi lebih kepada satu pilihan terakhir? What say you, Sis?
jiwa kacau
ReplyDeletemengapa berkahwin jika masih ingin berseronok dgn kawan2? bukankah tempat isteri di sisi suami? jgn ingat bila berkahwin tanggungjawab sebgai isteri diambil mudah! suami berhak melarang isteri dari keluar berpoya2 krn ianya kan menjejaskan maruah suami juga akhirnya... sedarlah apa niat awak suhaila, bila berkahwin dulu? nak bebas? jgn kahwin!!!
ReplyDeletejimmy anak yatim piatu. sudah tentu fokusnya hanya terhadap isteri lepas bersatu...dia perlukan isteri sbg teman tempat mengadu. jika isteri tidak sanggup menjadi teman setia, siapa lagi yg harus suami tunggu? jgn bila suami cari yg lain, baru nak melolong satu dunia!!