Friday, July 29, 2011
DAP Dah Jumpe Calon PM Baru...! Yes, Its NOT Anwar Ibrahim
Parti pembangkang didakwa mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah untuk dilantik sebagai ketua pembangkang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhadapan masalah berhubung kontroversi video seks dan dipercayai akan dipenjarakan berikutan kes liwat dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mendedahkan perkara itu, berkata tindakan terdesak memilih Ahli Parlimen Gua Musang yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu juga sebagai persiapan parti pembangkang itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.
“Pagi tadi (semalam) saya mendapat maklumat daripada rakan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bimbang apabila mendapat tahu mengenai adanya beberapa pemimpin tertinggi parti itu, DAP dan PAS sudah mengadakan perjumpaan dan berbincang dengan Ku Li berhubung perkara itu.
“Saya terkejut mendengarnya kerana kenapa perlu memilih Ku Li untuk dijadikan kuda tunggangan seolah-olah PKR ‘dijual’ kepada Ku Li dan kenapa tidak lantik Lim Kit Siang atau Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Ini permainan politik yang aneh dan luar biasa yang didalangi DAP untuk memecahbelahkan Melayu di negara ini, dan bukan semata-mata isu untuk melantik Ku Li sebagai ketua pembangkang saja,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Zahrain berkata, sebagai pemimpin politik veteran negara, Ku Li seharusnya memikirkan kesan terhadap masyarakat Melayu jika beliau menerima pelawaan parti pembangkang itu.
“Jika Ku Li tidak waras beliau akan terima pelawaan itu dan ini satu keadaan di mana ahli PKR diperkotakkatikkan.
“Oleh itu, jika Ku Li seorang pemimpin yang berpendirian dan membela kepentingan Melayu, beliau perlu tampil memberi penjelasan dan tidak berkelakuan seperti Anwar,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment