Monday, July 18, 2011

Kerajaan BN Datuk Sri Najib Akan Tumbang Dalam Pilihanraya ke 13 Nanti...! huu.., huuu, huuuu...!!


BN yang berada dalam kedudukan panik merasakan kerajaannya kini terancam dan tidak mampu berfikir secara jelas lagi, kata anak sulung mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Paduka Marina Mahathir.

"Mereka rasa terancam kerana memandang remeh BERSIH pada 2007 dan pada pilihan raya umum 2008 mereka hilang banyak kerusi di parlimen dan dewan undangan negeri. Dan oleh kerana kini dalam keadaan panik, mereka tidak boleh berfikir dengan jelas lagi. Apa di kepala mereka adalah hanya cara untuk menang pilihan raya.

"Awak boleh dapatkan semula sokongan orang ramai dengan hanya berbaik kepada mereka. Awak tidak boleh dapatkan sokongan dengan bersikap jahat. Awak tak boleh tuduh peserta perhimpunan itu semuanya kumpulan samseng, mungkin ada segelintir. Tetapi bukan semua mereka.

"Majoriti mereka adalah kumpulan professional. Kumpulan itu adalah berbeza-beza dan ia sebenarnya 1Malaysia, muda, kaya, miskin, setiap bangsa dan agama menyertainya,” kata Marina dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

Pada 9 Julai lalu, Marina juga mengambil bahagian dalam perhimpunan BERSIH 2.0. Beliau turun ke jalanan bersama anak dan rakan-rakannya.

Mereka bermula berhampiran Jalan Pudu (Berjaya Times Square) dan berarak sepanjang Jalan Hang Jebat di hadapan Stadium Negara menuju ke bangunan Majlis Olympik Malaysia.

Katanya, mereka yang turun pada hari itu begitu bangga dengan pertubuhan BERSIH 2.0.

"Saya mungkin tidak setuju dengan perjuangan mereka tetapi mereka melakukan perkara yang baik. Kami semua menjadi 1Malaysia.

"Sekarang kerajaan melabelkan kami dengan pelbagai nama. Biar saya beritahu, mereka kini kehilangan banyak undi.

Mereka mungkin beranggap mereka telah tewas tetapi biar saya beritahu, sebenarnya banyak yang masih di atas pagar dan sudah tentu (tindakan kerajaan itu) mereka akan menyokong pihak satu lagi. Saya lihat ini jelas dalam media sosial, terutamanya di emel, twitter dan blog," kata Marina.

5 comments:

  1. bimbangkan kesihatan tun mahathir apabila terbaca kata2 marina ni...kasihan dengan dato mukhriz kerana kakaknya tidak bijak menjaga reputasi ahli keluarga demi kepuasan diri sendiri..

    ReplyDelete
  2. bershit tidak mmendpt sokongan rakyat,,,rakyat malaysia cintakan keamanan dab melihat cara pembangkang yg menghura harakan keistabiilan negara akan menolak bentuk politik mcm ini,,,

    ReplyDelete
  3. Merak buih ni ingat depa ada penyokong banyak sangat kot...kalau betui tak payah nak berdemo,tunggu saja PR13,bukan lama pun lagi,nak buat kacau buat apa? Aku rasa terhina dengan merak buih ni.Open minded konon.Aku amat hormat bapak dia ni sebab aku kenal lebih 40 tahun,tapi bangsat sianak ni nak menegak bangsa lain dari melayu.jenih bebas nii.Masa belajaq dilondon dulu pun lebih bebas kalah orang putih.Aku tau sebab aku pun belajar disana semasa dia,tapi dia juniorlaa.Buat malu keluarga dan bangsa saja.Orang macam ni nak menegak bangsa, agama dan negara? Jadi biru habih.Please ask yourslf where your origin is,what has the government done to for you to act this way,have you ever give any thought what made you as you are now,there's is everything to gain from your present government as compared to your rallying friends from PR!You should be ashamed of yourself.Remember it's not just today that you should be thinking but what the future holds fore your children,and children's children.You may think as you are now because of your stable life.What about your children and their children? you think your wealth can guarantee their future? you really believe PR can give you that confidence than the present government? Ramai yang baru nak bertaubat bila dah nak mampus, you will be the next one...

    ReplyDelete
  4. yg pasti pembangkang mmg tak AKAN dpt undi aku lepas ini...
    Apa bebal pompuan nih, nasib baik ko anak Tun M...
    Sheeiiishh...

    ReplyDelete
  5. YG DIA KATA RAMAI PARA PROFESIONAL YG JOIN BERSIH TU ....ADA BPE KERAT?..
    TAPI DIA LUPA LAPORAN TERHADAP BERSHIT LEBIH DARI 2000 DARI NGO2,PERSENDIRIAN DAN DARI KOMPONEN BN...
    JADI TANG MANA DIA KATA BN AKAN BUNGKUS??..SKRG NI AKU HERAN....MINORITI ATAU MAJORITI JDI PENENTU?..AGAK2 AKU LA...DAH RAMAI BEBENOR ORG DLM PaRia..TERMASUK JUGA MARINA YG SYOK SENDIRI...

    ReplyDelete