Kira-kira 1,500 orang terdiri daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jumaat mengadakan demonstrasi secara aman dengan berarak dari Masjid Melayu Lebuh Aceh ke Komplek Tun Abdul Razak (Komtar), di sini.
Perarakan sejauh kira-kira enam kilometer yang bermula 2.45 petang itu bagi membantah perhimpunan haram yang dijadualkan pada 9 Julai ini dan membantah pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng yang didakwa menyokong perhimpunan itu.
Antara NGO terlibat ialah Pertubuhan Suara Anak-anak Malaysia, Pertubuhan Insan Mulia dan Pribumi Perkasa Negara.
Perarakan sejauh kira-kira enam kilometer yang bermula 2.45 petang itu bagi membantah perhimpunan haram yang dijadualkan pada 9 Julai ini dan membantah pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng yang didakwa menyokong perhimpunan itu.
Antara NGO terlibat ialah Pertubuhan Suara Anak-anak Malaysia, Pertubuhan Insan Mulia dan Pribumi Perkasa Negara.
Sepanjang perarakan itu kumpulan berkenaan membawa sepanduk 'Jangan Berani Bangkitkan Komunis', 'Pulau Pinang Hak Kami' dan 'Guan Eng Dalang Perpecahan Melayu'.
Sejurus tiba di Komtar, mereka berarak mengelilingi bangunan itu dan setibanya di Jalan Penang pada kira-kira 3.10 petang, kumpulan itu bertindak nekad dengan duduk di atas jalan raya selama 10 minit.
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Mohamad Ezam Mohd Nor yang turut menyertai demonstrasi itu berkata Malaysia perlu dipertahankan daripada kumpulan yang ingin merosakkan keharmonian negara.
"Perhimpunan ini untuk memberi mesej jelas kepada pengkhianat-pengkhianat ini bahawa negara kita masih ramai anak-anak Melayu, Cina dan India yang akan mempertahankan maruah negara," katanya.
Demonstrasi itu menyebabkan kesesakan di sekitar Georgetown dan banyak premis di sekitar Komtar ditutup.
Sementara itu, selepas diarahkan bersurai pada kira-kira 3.25 petang, kira-kira 30 orang daripada kumpulan itu bergerak ke Jambatan Pulau Pinang bagi mengadakan demonstrasi di tengah-tengah jambatan.
Tindakan itu menyebabkan kesesakan selama lebih dua jam sepanjang kira-kira lapan km dari Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, di bahagian Pulau ke pertengahan jambatan, menuju ke Seberang Perai - BERNAMA
pihak penganjur BERSIH bodoh nak buat riot bersih. menyusahkan rakyat. tutup jalan sana sini.tapi umno pun tak nak kalah. nak jugak tunjuk bodoh dan menyusahkan rakyat. bodoh lawan bodoh. jadinya bertambah-tambah bodoh. terbaik!
ReplyDelete