JASIN, 15 Julai -- Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri Melaka, Datuk R.Perumal (kanan) melepaskan benih anak ikan Lampam ke dalam Sungai Tehel, di sini, hari ini. Turut serta Anggota Dewan Undangan Negeri Bemban Chua Kheng Hua (kiri).
TERJATUH... Beberapa petugas Jabatan Perikanan Melaka membantu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri Melaka, Datuk R.Perumal (dua kanan) naik ke tebing selepas terjatuh ke dalam sungai bersama beberapa jemputan ketika melepaskan benih anak ikan Lampam ke dalam Sungai Tehel, di sini, hari ini. Sebanyak 20, 000 ekor benih ikan dilepaskan pada program tersebut. [Bernama]
kahkahkahkah...padang muko....
ReplyDeleteSelepas pilihanraya dulu ADUN yang terjatuh sungai itu ada melawat kekolam penternak penternak ikan di Tehel bersama JKKK yang baru dilantik ketika itu dan berjanjo hendak membantu penternak penternak untuk menyelasai masaalah saliran air kekolam kolam peserta yang tak berapa namuak belanjanya ...dah hampur lima tahun sampai sekarang tidak tunaikan pun.... harap dengan peristiwa ini dapat mengingat kembali janji YB dan JKKK dulu.. nak membantu kami penternak penternak ikan di Tehel yang semacam dianaktirikan ini...
ReplyDelete