Kerajaan telah menyerahkan kepada pihak polis untuk menangani BERSIH 2.0 termasuklah mengisytiharkan darurat untuk memastikan keselamatan awam tidak tergugat. Suatu langkah yang sudah lama didesak oleh majoriti rakyat Malaysia dan cuba dihalang oleh para penyokong BERSIH 2.0 serta Pakatan Rakyat.
Sebenarnya Najib tidak perlu membuat pengumuman itu memandangkan ada menteri yang bertanggungjawab iaitu Hishamuddin Hussein Onn. Namun memandangkan Hishamuddin Hussein Onn bukanlah seorang menteri yang capable dan reliable, maka Najib sendiri terpaksa membuat pengumuman berkenaan.
Kalau sudah polis diberikan tanggungjawab sepenuhnya, diharapkan Menteri KDN itu tutup mulut dan tidak perlu bersuara lagi!
Para pemimpin Pakatan Rakyat sudah mula galak bersuara sekarang. Ada yang terang-terang mencabar pihak polis agar menangkap mereka seperti yang dilakukan oleh Nga Kor Meng yang mengulangi semula perangai angkuh Komunis Sungai Siput yang meminta kerajaan menghantar Askar Melayu untuk mereka bunuh.
Sayangnya, stesen Keretapi Bukit Berapit sudah tidak digunakan lagi dan hanya tinggal tapak untuk membuktikan bagaimana ancaman komunis menyebabkan sebuah stesen keretapi dibina di tengah-tengah hutan dan bukit hanya untuk anggota tentera!
Ambiga Sreevanasan pula cuba memujuk polis agar bersikap lunak terhadapnya, meskipun secara jelas BERSIH 2.0 adalah boneka yang digerakkan oleh NDI dan OSI, dua buah pertubuhan Amerika Syarikat yang dimiliki oleh Madeleine Albright dan George Soros.
AMK dan PKR pula cuba mengajar rakyat bagaimana hendak bertempur dan berhadapan dengan pihak polis. Pihak polis digambarkan sebagai musuh yang sangat kejam, sedangkan mereka pula digambarkan sebagai pihak 'baik' yang teraniaya, walaupun hakikatnya merekalah sebenarnya yang mencetuskan kekacauan dan ketidaktenteraman.
Maka pengumuman yang dibuat oleh Najib sebenarnya disambut baik. Biar polis yang menjalankan peranan mereka. Kalau perlu darurat, majoriti rakyat pasti akan mengikut sungguhpun perintah darurat akan merencatkan sektor ekonomi.
Lebih ramai yang lebih bersedia untuk menerima negara yang aman damai dan tidak menyukarkan kehidupan berbanding sekadar satu perjuangan untuk konon-kononnya mendapatkan sebuah pilihanraya yang bersih dengan disusuli kekacauan di sana sini!
Tidak guna menjadi Mesir atau Libya kerana keamanan tetap tidak juga muncul. Sekalipun kerajaan sudah berubah, rakyat semakin sukar mencari rezeki.... [take from Blogger fren – The Flying Kick, please click here].
The King and U
15 hours ago
No comments:
Post a Comment